Monday, July 05, 2010

Behind the old face

lensa nurrkasih:

Super Model: Abah
Thanks for being a wonderful father!

lensa kecil: Saya suka merakam foto 'warga emas', dan yang selalu menjadi sasaran 'tembakan' saya adalah Abah he. Tenang dan damai. Di raut wajah tua mereka, menceritakan seribu satu macam pengalaman hidup. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka. Yang pasti jauh di sudut hati, tentu mereka berpesan sama seperti pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya. Antara pesanannya:

Hai anakku: Janganlah engkau condong kepada urusan dunia sahaja dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih rugi daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

* "(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi." (Luqman 31:16).

0 nurr click(s):