Monday, November 15, 2010

Silhouette | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Around the corner
Putrajaya



Hati Ini
Sepi malam ditemani bintang,
Terik mentari ditemani bayu siang,
Tuhan yang Esa menjadikan ciptaan-Nya berpasang-pasangan,
Malam dan siang,
Suka dan duka,
Namun, mengertilah hati
Di mana ada puncaknya, pasti ada surutnya,
Di mana ada tenang, pasti ada berkocakan,
Namun, hati jangan sekali kau tunduk pada tuntutan nafsu itu,
Amarahmu itu,
Kerana Rabbmu telah berpesan,
Hatimu itu sentiasa berbolak balik..
Dan hatimu itu, hanyalah dipegang oleh-Nya,
Maka, janganlah hati itu digusarkan oleh kata-kata hati,
Yang acapkali dibisikkan kata-kata dusta dari musuhmu,
Janganlah hati ini, gundah gulana dengan dunia,
Kerana ingatlah:
'Lah Tahzan, Innallahama'ana'
Janganlah bersedih..Sesungguhnya Allah bersama kita.
Yakinlah, terus tabah, moga kasih Ilahi terus bersamamu.
~Ummi Raudhah, Mac 2010~

lensa kecil: Picture ini saya ambil semasa pergi beriadah petang bersama SIL. Sekitar PICC :). Oh, lama betul tak update blog Nurr Kasih. Insya-Allah akan update :D.

8 comments:

yangyuyu said...

nice capture, awk memang talented la nanti ajar sy tau, kite g outing lg

Asri Alam said...

tu dia musim kuning sepetang :)

Faarihin said...

cantiknya suasana petang macam tu.. suka tengok.. (^__^)

Nurr_Rahmah said...

yangyuyu: thanks ummi. ni pun byk kali TnE. tak pe nti kita outing sama kita share2 ye :).

Nurr_Rahmah said...

Sasa: hehe musim kuning sepetang..nice istilah :)

Nurr_Rahmah said...

Faarihin: ye saya pun suka..tapi jarang dpt suasana mcm ni..

ej said...

hohoho.. tahap otai dah nih.. nice!!

Nurr_Rahmah said...

ejai_ej: hoho..otai??..aduhh ni pun TnE sampai lebam haha. kebetulan dapat he.