Sunday, December 26, 2010

Keep us close to You

lensa nurrkasih:

Somewhere
Bangi

Bukan mudah, tatkala jam di dinding berdetik tiga kali, kita bangun melemparkan selimut tebal dan meninggalkan tilam empuk. Pergi ke bilik air lalu membasuh muka, membersih tangan dan mencuci kaki… berwuduk.

Di gelap malam, menjenguk ke tingkap, mendongak sejenak ke langit. Menghitung bintang yang mengerdip. Menyaksikan alam sekeliling sedang rebah di dalam kesepian, memuji dan memuja Tuhannya dengan bahasanya sendiri.

Di saat orang lain lenyap dalam ayunan mimpi, kita bangkit membaja diri. Mempersembahkan puji dan puja yang tidak berbelah bagi. Merayu diampunkan setiap dosa dan kesalahan. Memohon keredhaan dan kerahmatan untuk menempuh kehidupan. Meleleh airmata di muka kerana kita yang lemah dan dhaif ini diperkenan mengadap. ~ Abah Aman ~

lensa kecil: Jalan mujahadah.

10 nurr click(s):

Faarihin said...

nice..

selamat bermujahadah... (^__^)

黄清华 Wong Ching Wah said...

Good macro work !

Sasa Al-Sharif said...

bila cerita mcm tu aku teringat masa kecik dulu, suka sangat bila masa bangun sahur. lepas sahur terus keluar berbasikal dengan adik buat bising keliling kampung untuk bangunkan orang bersahur dan ajak ke surau untuk jemaah subuh. sedih pulak igt kenangan tu

yangyuyu said...

wah bermakro makro

Nurr Kasih said...

Faarihin: thanks..bermujahadah :)

Nurr Kasih said...

Mr.Wong: still trying..thanks.

Nurr Kasih said...

Sasa: ya nurr pn teringat kenangan di uni bila kwn2 selalu kejut utk qiam..rindu saat2 itu..

Nurr Kasih said...

yangyuyu: cuba je ummi..tak berapa menjadi sgt pun huhu.

Cik Shiqa said...

salam, cantik nye gmbr..

Nurr Kasih said...

~ Cik Shiqa: wsalam..terima kasih singgah sini :D