Thursday, July 29, 2010

New release – Mind's Eye

lensa nurrkasih:

The art of place
Suria Apartment


lensa kecil: Berkesempatan bermusafir tempoh hari, ini picture di Suria Apartment tempat saya menginap. Banyak juga shoot gambar tapi biasa lah banyak juga yang tak menjadi :). Apapun teruskan berkongsi gambar he.

* 'Kenal akan keindahan dan sanggup berkongsi keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. -Hamka-

Tuesday, July 27, 2010

'Senja'

lensa nurrkasih:

Looking around
Senja di ufuk timur

lensa kecil: Cari-cari dekat folder picture yang rasa nak 'upload'.

* Photography quotes: 'Our job is to record, each in his own way, this world of light and shadow and time that will never come again exactly as it is today.' -Edward Abbey-

Friday, July 23, 2010

Jalan-jalan di Laman Padi, Pulau Langkawi

lensa nurrkasih:

Laman Padi
Langkawi Island






lensa kecil: Hidup seorang pengembara.

* 'Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.' (Al-Bukhari)
.

Tuesday, July 20, 2010

Growth

lensa nurrkasih:

Growth
See with heart

lensa kecil: Semenjak ada 'gear' kecil, pergi ke mana-mana akan selalu pandang ke langit. Melihat awan dan langit. Jika cuaca baik, kelihatan awan akan sangat cantik dengan pelbagai bentuk. Subhanallah. Kalau dulu, tengok juga tapi tidaklah se'excited' seperti sekarang :).

* 'Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).' (Ar-Rad 13:2)

Saturday, July 17, 2010

Flower @1

lensa nurrkasih:

Flower
Purity and serenity

lensa kecil: Saya upload gambar bunga pula. Sangat cantik dan colorful. Maha Suci Allah yang menciptakan. Tetapi gambar-gambar ini 'out of fokus' je :). Terus mencuba..


* Photography quotes: 'It's not the camera, but who's behind the camera.' - Anonymous - (Adehh..he)

Friday, July 16, 2010

Still Life @1

lensa nurrkasih:

Everywhere
Key to see behind it

lensa kecil: Melihat gambar-gambar 'still life' daripada rakan-rakan fb. Saya cuba juga tetapi 'picture still life' mereka memang sangat cantik dan kreatif. Apapun, setiap gambar itu ada makna dan 'interpretasi'nya tersendiri bagi si jurufoto :).

* 'Boleh jadi kamu BENCI sesuatu padahal ia BAIK bagi kamu, dan boleh jadi kamu SUKA sesuatu padahal ia BURUK pada kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.' (Al-Baqarah 2:216)

Thursday, July 15, 2010

In harmony with nature | Taman Cempaka, Kajang

lensa nurrkasih:

Lake garden
Beautiful place


lensa kecil: Ini adalah sekitar kawasan utama taman itu. Orang berjogging, saya sempat lagi 'menembak' :). Gambar yang pertama itu, sangat cantik kalau dapat buat ROL (Ray Of Light). Dan pagi ini seorang rakan blog pula membuat tutorial: ROL di sini. Terima kasih..nanti boleh cuba. Apapun tenang pagi itu melihat keindahan ciptaan Tuhan.

* 'Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.' (Al-Ra'd 13:28)

Wednesday, July 14, 2010

Exercise for a healthy

lensa nurrkasih:

My Nephew
Baitul Sakinah, Tawau

lensa kecil: Semasa bercuti ke desa halaman hari itu, seronok je melihat anak-anak riang ini bermain badminton. Saya pun apa lagi, sekali menyertai mereka. Sampai sakit-sakit lengan dibuatnya. Di kawasan perumahan BSI fasa (2) ini, baru 2-3 buah keluarga yang berpindah ke sini. Jadi kawasan ini masih sunyi lagi dari orang sekeliling. Kami apa lagi, bagai kawasan perumahan ini kami yang punya he.

* Photography quotes: 'Photography is the beauty of life, captured'. -Tara Chisholm-

Tuesday, July 13, 2010

Majestic powers of flight

lensa nurrkasih:

Dragonfly@ Anisozygoptera
Usually found around lakes, ponds and wetlands
lensa kecil: Dapat shoot dragonfly, close up je ;). Masa itu pergi ke arowana ponds untuk proses harvest.

* Photography quotes: 'Photography is like an open book to the world'. -Lisa Jones-

Monday, July 12, 2010

Taman Cempaka, Kajang

lensa nurrkasih:

Lake garden for healthy lifestyle
Taman Cempaka, Kajang

lensa kecil: Panaroma di sekitar lake garden. Tempat riadah bagi mereka yang tinggal berdekatan. Cantik kawasan sekitarnya. Dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan 'track jogging' sejauh 4km mengeliling tasik ini. Sambil riadah dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah.

* "Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Al-An'aam 6:102)

Friday, July 09, 2010

Greenery scenery

lensa nurrkasih:

Inspiring and lovely farm
Home sweet home, Kunak

lensa kecil: Kebun Abah berhampiran rumah menjadi 'tembakan' saya pula. Abah lagi yang menjadi modelnya 'Model Petani Berjaya' he. Home sweet home menghijau dengan tanamannya. Beginilah hasilnya berbudi pada tanah. Hijau yang mendamaikan. Masya-Allah.

* "Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)." (Al-Baqarah 2:22)

Thursday, July 08, 2010

Orange color in the sky

lensa nurrkasih:

Sunrise
Bandar Sri Indah, Tawau

lensa kecil: Pagi itu saya pergi seorang cuba-cuba 'menembak' walau sunrise sudah agak meninggi sedikit. Pilot dan Lecturer 'liat' pula bila dikejutkan pagi itu. Ada lah sempat shoot satu dua gambar. Tapi sunrise tak menjadi huhu. Cuba lagi ;).

* "Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui." (Yasin 36:38).

Monday, July 05, 2010

Behind the old face

lensa nurrkasih:

Super Model: Abah
Thanks for being a wonderful father!

lensa kecil: Saya suka merakam foto 'warga emas', dan yang selalu menjadi sasaran 'tembakan' saya adalah Abah he. Tenang dan damai. Di raut wajah tua mereka, menceritakan seribu satu macam pengalaman hidup. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka. Yang pasti jauh di sudut hati, tentu mereka berpesan sama seperti pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya. Antara pesanannya:

Hai anakku: Janganlah engkau condong kepada urusan dunia sahaja dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih rugi daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

* "(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi." (Luqman 31:16).

Saturday, July 03, 2010

Aesthetic quality of the blur

lensa nurrkasih:
Bokeh -
(term comes from the Japanese word)
Around the side - Housefly

lensa kecil: Mencuba membuat bokeh tetapi tak berapa menjadi ;). Hanya menggunakan 'gear' kecil sahaja he. Apapun teruskan usaha dan belajar.

* Photography quotes: In photography, Bokeh is the blur, or the aesthetic quality of the blur, in out-of-focus areas of an image, or "the way the lens renders out-of-focus points of light. Bokeh occurs for parts of the scene that lie outside the depth of field. Photographers sometimes deliberately use a shallow focus technique to create images with prominent out-of-focus regions.

Friday, July 02, 2010

History of Legends | Kota Mahsuri, Pulau Langkawi

lensa nurrkasih:

Rich in historical
Kota Mahsuri, Pulau Langkawi

lensa kecil: Tiada gambar 'best' yang hendak diupload ;). Jadi saya telusuri kembali kembara saya ke Kota Mahsuri. Legenda Mahsuri dari kurun ke-18 sehingga generasi Mahsuri ke-7. Allahuakbar.

* "(Dia-lah) yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk 67:2).