Thursday, August 26, 2010

See hope in the morning - Apartment Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

In the morning light
Around my apartment

lensa kecil: Segala puji hanya bagi Allah. Cuba-cuba 'menembak' sunrise di awal pagi :). Tak awal pagi sangat pun. Alhamdulillah, cuaca pun baik. Bukan senang rupanya ye mendapatkan gambar 'landscape' yang cantik dalam photography. Betul-betul harus menyemai sifat sabar :). Dah beberapa hari saya mengusung 'gear' untuk mengambil picture semasa matahari naik. Tetapi faktor cuaca dan faktor diri sendiri tidak mengizinkan. 

* Photography quotes: "Photography is like fishing. You go out in the morning with no idea of what the trip will bring. Sometimes luck is on your side and all your crab pots are full of prime Lobsters. Other times you get nothing. - Bob Croxford -

Tuesday, August 24, 2010

Panoramic view

lensa nurrkasih:

Around the corner
Swimming pool, Suria Apartment




lensa kecil: 14th day of Ramadhan Kareem. Terus bermujahadah menyempurnakan sebaiknya ibadah puasa ini dan pengisiannya. Picture ini saya ambil semasa trip saya ke BM. Merakam gambar di sekitar kawasan penginapan selepas breakfast pagi itu. Mencuba more angle of view la kononnya huhu.

* Photography quotes: "Everywhere is something which could be beautiful. You must only to see and to know what and how to take off, to crop from the infinity. Abstract, fine art, nature, landscape and portrait photography." -Florin Constantinescu-

Saturday, August 21, 2010

1 2 3 action!

lensa nurrkasih:

~Sofia Zahra~
Smile

lensa kecil: 11th day of Ramadhan. Moga terus berusaha untuk melipatgandakan membuat kebaikan di bulan mulia ini. Besar ganjarannya. Hari ini saya upload gambar Sofia lagi. Model kecil yang selalu menjadi 'tembakan' saya hu. Ok 1 2 3 smile! *_*. Again, 1 2 3 smile! Ngeee ^_~.

* 'Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.' -Hamka-

Friday, August 20, 2010

Open our eyes

lensa nurrkasih:

Subhanallah
Increase our faith



lensa kecil: Picture lama yang biasa-biasa saja, tetapi saya upload sebagai tanda syukur dan perkongsian melihat kebesaran Allah bersama anak-anak saudara. Lagipun nak tunggu upload picture saya yang perfect dari segi compo, exposure, WB, skill dan teknik tak tahu la bila hehe. Gambar ini saya ambil ketika menunggu sunset, tapi sunset tak dapat. Tika ini awan tebal.

* 'Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya). (Yunus 10:67)

Wednesday, August 18, 2010

Don't they see?

lensa nurrkasih:

Grass
All around us






lensa kecil: Gambar ini saya ambil ketika hendak ke tempat kerja. Singgah sebentar, kemudian ambil gambar rumput-rumput di tepi jalan. Masa ini awal pagi lagi, jadi tak ramai orang. Kalau tak mesti mereka hairan melihat seseorang terbongkok-bongkok mengambil gambar ;). Cuaca pagi itu mendung. Sambil 'menembak' sambil berzikir dalam hati. Maha Suci Allah yang menciptakan semua ini. Nikmat apa lagi yang kami cuba dustakan?

* 'Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.' (Abasa 80: 21-32)

Tuesday, August 17, 2010

Outdoor activity - Basuh kereta

lensa nurrkasih:

Washing car can be a relaxing
Baitul Sakinah, BSI Tawau




lensa kecil: Alhamdulillah, today is the seventh day of Ramadhan. Moga teruskan azam untuk memperbanyakkan ibadah dan kebaikan di bulan barakah ini. Ok saya upload lagi gambar semasa di desa halaman. Inilah aktiviti anak-anak saudara semasa cuti sekolah. Seronok pula melihat mereka bersemangat membasuh kereta. Tuan punya Myvi apalagi, senyum memanjang le kereta dah bersih ;). Kalau di BSI ini, seronok juga membasuh kereta sendiri sebab air banyak. Tapi kalau balik ke Kunak, seronok pula pergi ke sungai bermandi-manda sebab air kat rumah dicatu penggunaannya ^_*.

* Kata hikmah: 'Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada orang disekeliling anda.'

Thursday, August 12, 2010

Share something

nurrkasih:

Dragon NOT fly
Ponds

lensa kecil: Alhamdulillah, today is 2nd day of Ramadhan. Syukur segala aktiviti harian Allah permudahkan. Saya upload picture lagi untuk LensaNurr. Shoot picture ini berdekatan kolam. Nyaris juga terjun masuk ke dalam kolam mengejar droganfly he. Beginner photograpy huhu. Punya la semangat mengambil gambar dragonfly tapi 'gear' tak mengizinkan nak close-up lebih dekat :). Apapun untuk perkongsian.

* Photography quotes: Everything around us, ourselves included, is in constant change. Photography is our means of capturing now - and to remember where we've come from. - Amanda Van

Wednesday, August 11, 2010

Masjid Besi, Putrajaya

lensa nurrkasih:

The interior side view
Steel Mosque

Picture jambatan ini diambil dari dalam masjid. Refleksi jambatan di dalam air yang mengelilingi masjid.
 
lensa kecil: Rekabentuk dalaman Steel Mosque, Putrajaya. Gemerlapan dilimpahi dengan cahaya. Bersesuai dengan proses transformasi masa kini, senibina masjid juga mengalami perubahan dan perkembangan dalam memenuhi fungsinya sebagai sebuah masjid. Gaya seni bina Islam dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi dan Byzantine. Masjid Quba adalah masjid yang mula-mula dibina oleh Rasulullah s.a.w.

* Info: "Riwayat Imam al-Baihaqi daripada Jabir, bahawa Nabi SAW ada bersabda: “Bersolat di Masjidil Haram dengan ganjaran 100 ribu solat, solat dalam masjidku (Masjid Nabawi) dengan ganjaran 1,000 solat dan solat di masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan ganjaran 500 solat."

Monday, August 09, 2010

Ramadhan Kareem

lensa nurrkasih:

The Steel Mosque
Putrajaya

Steel Mosque
lensa kecil: Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Masjid yang diperbuat daripada steel dan kawasan sekitarnya dikelilingi air. Alhamdulillah dapat solat berjemaah di sini tempoh hari. Insya-Allah berkesempatan ingin re-shoot semula di sini :).

* Salam Ramadhan kepada semua. Mari kita berusaha untuk meraih segala ganjaran hebat di bulan mulia ini. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Datangmu kunanti.

Friday, August 06, 2010

Flower @2

lensa nurrkasih:

Different

lensa kecil: Salam Jumaat :). Saya upload picture bunga-bungaan pula. Boleh juga sebagai terapi mata. Cantik. Suka pula mengambil gambar bunga. Maha Suci Allah yang menciptakan. Pasti DIA tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

* "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu." (Fussilat: 53-54)

Wednesday, August 04, 2010

Capturing the moment

lensa nurrkasih:

Airport Shot
Ceritera hidup


lensa kecil: Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanan ada banyak duri, banyak cabaran. Begitu juga ceritera hidup kita. Tapi yang pastinya jiwa-jiwa ini akan tiba masanya terbang kepada pemiliknya iaitu Pencipta yang Maha Agung. Pilihlah jalan yang membawa bahagia di dunia dan akhirat.

Monday, August 02, 2010

Action in waiting

lensa nurrkasih:

Aircraft
Everyone can fly :).


lensa kecil: Ini picture seminggu yang lepas. Abg Bed dan keluarga transit selama 4 jam untuk flight seterusnya selepas seminar di sini. Oleh itu, saya pun mengambil kesempatan bertemu mereka di airport. Ahh..yang buat teruja ialah Abg Bed beli 'gear' baru la. Tak sabar rasanya 'beraksi' balik raya nanti hehe. Rindu Sofia juga. Lihatlah gelagatnya dalam picture tu..Geram.

* 'Kredit untuk picture Abg Bed juga :).