Tuesday, November 30, 2010

PHOTOGRAPHY CONTEST by www.afundee-photography.com

lensa nurrkasih:

Contest
Tema: Kreatif


lensa kecil: Salam semua. Hari ini saya sertai contest lagi iaitu PHOTOGRAPHY CONTEST by www.afundee-photography.com. Hehe.. saat-saat akhir. Seperti biasalah ye, menyertai untuk memeriahkan contest rakan-rakan blogger :D.

Tema contest adalah Gambar Kreatif. Subjek gambar pula bebas dan mengaplikasikan teknik-teknik fotografi. Aduhh.. ni yang lemah ni. Tapi apapun, semangat juga nak sertai tu. Berjaya atau tak, yang penting dah cuba he. Sila klik sini untuk syarat-syarat contest. Inilah gambar yang saya pilih. No editing ye :).

Saya suka gambar ini kerana saya rasa menarik dan comel. Cute je souvenir kucing-kucing ni. Walaupun dari segi komposisi tidak menarik tetapi di sebalik gambar ini mengingatkan saya memori semasa bercuti ke Kuching, Sarawak. Ya souvenir ini dibawa pulang dari sana. Kiranya itu percutian pertama saya di luar negeri sendiri. Jadi melihat kucing-kucing comel ini juga mengingatkan saya semasa berjalan-jalan sepanjang Waterfront Kuching :D.

Dari segi pencahayaan, saya ambil gambar ini di tepi tingkap di mana cahaya masuk dan saya rasa ianya telah menghasilkan kesan cahaya yang soft pada gambar. Background di belakang itu pula, adalah langsir berwarna putih jadi background nampak lebih ringkas dan kemas tanpa menyerabutkan mata. Iya la, kucing-kucing tu pun dah sedia colorful. Jika menggunakan background yang colorful juga, subjek akan nampak tenggelam.

Ok itu saja. Contest ini berakhir hari ini 30 Nov 2010 jam 12 tgh malam tau. Jadi siapa yang berminat, cepat-cepat buat entry ye. Selamat mencuba juga :D.

Monday, November 29, 2010

When you stand for nothing

lensa nurrkasih:

Stand
Klcc

lensa kecil: Kadang-kadang kita rasa, kita sudah tahu apa yang kita tahu. Tetapi kita sebenarnya tidak mengetahui apa yang kita tahu dan kita sendiri kadang-kadang tidak tahu kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita tahu itu.

Saturday, November 27, 2010

Contest:: Kids & Baby Photo

lensa nurrkasih:

Contest
Kids & Baby Photo

lensa kecil: Inilah kali pertama saya menyertai contest :). Contest:: Kids & Baby Photo oleh Cik Safiyyah Osman. Lagipun syarat-syaratnya simple je. Walaupun simple, tapi tak tau kriteria gambar yang akan dipilih. Apapun, saja join untuk menyokong kawan-kawan blogger. Ok klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Banner contest. Sweet je :D.

Contest ni kena letak 1 gambar.. tak kisah la gambar zaman baby, budak2, gambar anak @ pun anak saudara. Jadi ini gambar yang saya letak hehe.

Gambar ini diambil semasa keluarga baru berpindah ke Baitul Sakinah. Bergambar bersama anak-anak saudara. Tengok Sofia kat belakang tu. Dah suruh duduk kat depan, tapi nak juga berdiri kat belakang kerusi tu. Last-last nampak kepala je hehe. Yes, sweet moment :).

Oh, Hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari Lazo Diamond Jewellery. White Gold.

Tarikh tutup adalah pada 30 November 2010 tapi kata empunya contest terpulang pada dirinya utk menamatkan lebih awal.. Jadi jangan bertangguh.. Kalau ada masa free jom join :).

Lastly kena tag 8 orang. So, Ini lah mereka yangyuyu | cts | Sasa | Faarihin | me@3rma | ejai_ej | Abg Bob | en. Afzan.

* Ada satu lagi contest nak ikut, tapi tak buat lagi :D.

Friday, November 26, 2010

Go to Iran Exhibition | KLCC

lensa nurrkasih:

Iran Solo Exhibition
Kuala Lumpur Conference Center





lensa kecil: Saya pergi ke Iran Solo Exhibition dekat KLCC. Pelbagai barangan Negara Iran yang dipamerkan. Dari sekecil-kecil barangan cenderamata sehinggalah sebesar-besar jentera pun ada.

Satu cara untuk mempromosikan teknologi mereka. Banyak juga booth dibuka. Booth cenderamata, carpet, perabot rumah, peralatan hospital, lukisan dan macam-macam lagi. Lukisan-lukisan itu pun dibuat dari benang. Dari jauh nampak seperti lukisan, bila disentuh, ehh lukisan macam carpet la :).

Thursday, November 25, 2010

Make a new beginning | Kuala Lumpur

lensa nurrkasih:

Jalan Duta
Kuala Lumpur

lensa kecil: Suatu ketika, dia menganggap inilah jalan bahagia. Rupanya yang bahagia itulah yang pahit bila dia tersedar. Memang pahit untuk ketika itu, namun 'ibrah'nya bila masa telah berlalu. Dia terpilih, Tuhan sedang 'berbicara' dengannya.

* Inspiration qoutes: Each morning being, a new beginning. ~

Wednesday, November 24, 2010

Never see a full stop

lensa nurrkasih:

Again
Sofia Zahra

lensa kecil: Jangan takut pada tiap-tiap cabaran baru yang datang setiap hari. Tuhan tak akan beri sesuatu perkara di luar dari kemampuan seseorang. Bukankah itu selalu emak pesan kepada kamu.

Oleh itu percayalah pada diri kamu, lalu senyumlah.

Tuesday, November 23, 2010

My journey ~

lensa nurrkasih:

Jalan Reko
Kajang

lensa kecil: Bermula dengan langkah yang sukar kemudian perlahan. Akhirnya sampai ke satu tempat, langkah itu terhenti dan tinggal hanya sebagai mimpi. Jadi, semua ini hanya mimpi? (^_*)

Monday, November 22, 2010

Nur | Self-Potrait 1

lensa nurrkasih:

Nur
In action

lensa kecil: Bila ada kamera, selalu je akan ambil picture sendiri depan cermin. Iye la, jurugambarlah paling kurang muka ada kat dalam gambar hehe.

Saturday, November 20, 2010

Flower @5

lensa nurrkasih:

Flower
Singing in my heart

Kadang-kadang, Allah bagi bahagia kepada kita, hanya dengan melihat bunga kegemaran kita. Alhamdulillah, dengan rasa bahagia itu.

Sungguh, Allahlah yang berkuasa membolak balikkan jiwa manusia.

lensa kecil: Stock picture lama. Saya upload untuk perkongsian rasa itu bersama :). Have a nice weekend untuk semua.

* Photography quotes: "The photography same as fishing because it can make you relax and release your tension". - Anonymous -

Friday, November 19, 2010

Wonders of a light | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Sunset
Putrajaya

lensa kecil: Menuju cahaya :D.

* Photography quotes: "Light is something close to the life of a photographer. They were amazed of the beauty that can produced by the light. But I found, one type of light a much more fascinating, namely the spiritual light. There is something in Islam that can produce beauty and light." - Peter Sanders

Thursday, November 18, 2010

Eid al-Adha | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Petang
Putrajaya

DSC_2173 copy
lensa kecil: Aidiladha ini tak dapat balik ke desa halaman. Laptop pula tiba-tiba masuk 'wad'. Dalam dua hari lagi mungkin baru akan 'sembuh'. Jadi raya ini, takbir beriringan dengan makan, lena dan lensa :). Apapun, moga penghayatan Aidiladha tentang pengorbanan dapat dicerna dalam kehidupan.

* Doa dalam hati: Ya Allah, moga aku juga akan menjadi 'tetamu' yang dinanti, Insya-Allah.

Tuesday, November 16, 2010

Always believe

lensa nurrkasih:

Cute
Home sweet home, Bangi

Sentiasa bersangka baik kepada Rabbul Izzati dan teruslah memujuk hati supaya kembali bangkit bertatih meski jatuh tersungkur berkali-kali. Jalan berliku itu bukan asbab untuk terus mengangkat tangan mengaku kalah. Perit bukan asbab untuk terus berpatah balik ke jalan belakang sebaliknya cuba memujuk hati.

"Allah yang beri ujian, Dia pasti memujuk dengan cara dan kehendak Nya."

Arh... Tuhan selalu punya cara terbaik untuk mentarbiyyah hamba-hamba Nya, hanya kita sahaja (hamba yang tak mengaku hamba, nauzubillah) sombong dalam menilai satu per satu hikmah yang Dia perlihatkan. Dia yang memiliki segala-galanya, Dia yang mentakdirkan sesuatu maka Dia juga pasti akan membahagiakan hamba Nya menurut cara yang Dia kehendaki buat hamba Nya, bukan cara yang hamba idam-idamkan. Yakin dan percayalah..

~Kalam dari Ukhti Insyirah Soleha. Jazakillah khairan ya ukhti secret admire :P~

Monday, November 15, 2010

Silhouette | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Around the corner
Putrajaya



Hati Ini
Sepi malam ditemani bintang,
Terik mentari ditemani bayu siang,
Tuhan yang Esa menjadikan ciptaan-Nya berpasang-pasangan,
Malam dan siang,
Suka dan duka,
Namun, mengertilah hati
Di mana ada puncaknya, pasti ada surutnya,
Di mana ada tenang, pasti ada berkocakan,
Namun, hati jangan sekali kau tunduk pada tuntutan nafsu itu,
Amarahmu itu,
Kerana Rabbmu telah berpesan,
Hatimu itu sentiasa berbolak balik..
Dan hatimu itu, hanyalah dipegang oleh-Nya,
Maka, janganlah hati itu digusarkan oleh kata-kata hati,
Yang acapkali dibisikkan kata-kata dusta dari musuhmu,
Janganlah hati ini, gundah gulana dengan dunia,
Kerana ingatlah:
'Lah Tahzan, Innallahama'ana'
Janganlah bersedih..Sesungguhnya Allah bersama kita.
Yakinlah, terus tabah, moga kasih Ilahi terus bersamamu.
~Ummi Raudhah, Mac 2010~

lensa kecil: Picture ini saya ambil semasa pergi beriadah petang bersama SIL. Sekitar PICC :). Oh, lama betul tak update blog Nurr Kasih. Insya-Allah akan update :D.

Sunday, November 14, 2010

Finish :) | Semporna, Sabah

lensa nurrkasih:

The holiday collection
Semporna


lensa kecil: He macam agak lama pula tidak berblog. Padahal baru beberapa hari je :). Syukur, Allah permudahkan melalui hari-hari semalam. Alhamdulillah, selesai sudah menjawab exam, selebihnya Allah jua yang menentukan :). Doaku moga damai dihati sentiasa mengiringi langkah kita semua. Ya Allah, permudahkan jalan kami menuju-MU. Ameen.

Mulakan hari esok dengan senyuman,
Aturkan langkah dengan keyakinan,
Akrabkan hati dengan Tuhan,
Rapatkan diri sesama insan.

* “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al Hadid: 1)

Wednesday, November 10, 2010

Silent !

lensa nurrkasih:

Mode: Exam :)
Home sweet home

lensa kecil: Hujung minggu ini saya akan menduduki exam. Harap sahabat mendoakan. Terima kasih :D.

Tuesday, November 09, 2010

Basic Photography | Part 1 & 2

lensa nurrkasih:

Laman Budaya, Shah Alam
06.11.2010

lensa kecil: Minggu lepas, saya berkesempatan mengikuti satu kelas basic photography iaitu Kelas Belajar Fotografi/Editing Percuma untuk Bumiputra di Laman Budaya, Shah Alam ;). Terima kasih kepada Fairus dan semua fasi yang terlibat di atas usaha murni untuk berkongsi asas fotografi secara percuma kepada kami yang ingin belajar ini :). Kelas yang diadakan memang santai dan banyak input yang dapat diambil. Seperti biasa lah ye, ada outing, ada picture ;).

Kredit picture Ahmad Fairus

Ini semasa Kelas Basic untuk Part 1&2. Practice aperture, shutter speed and iso.

Tugasan Group 1 - Ambil picture tong sampah biru tu hehe.

"Before, after" - Kata Fairus yang banyak memberi tunjuk ajar.

Kelas Basic Part 3&4 - belajar teknik pengcahayaan dengan menggunakan reflector, speedlight dan cls.


Model adalah fasi.
Saya memang tidak pandai untuk mengambil gambar potret huhu. Cuba jaya untuk belajar ;).

Thanks kepada sahabat blogger Ejai_ej sebab meminjamkan speedlight. Dapatlah saya try and test :).

Antara rakan-rakan yang datang.




Kawasan sekitar Laman Budaya, best :).

Oh, ada juga sahabat blogger yang hadir iaitu Haidi tapi tidak pula bertegur sapa. Serius, saya konfius nak tegur, muka lain dalam blog he.. takut silap orang. Insya-Allah next outing tegur-tegur la ye :).

Monday, November 08, 2010

Take my picture, please :D

lensa nurrkasih

Lens in action
Tali air Bukit Merah

lensa kecil: Masih picture di BM. Sambil menunggu proses harvest bermula, sempat lagi 'kepang-kepung' mengambil picture bunga-bunga jalanan di tepi tali air. Sambil ambil gambar, terlintas juga dalam hati supaya berhati-hati, takut-takut ada pula mangsa terjatuh dalam tali air huhu.. Nauzubillah..

* Photography quotes: If you don't have much time to write a story, take a picture. - Anonymous -

Saturday, November 06, 2010

Colorful light

lensa nurrkasih:

Color of the light
Make our world cheerful

lensa kecil: Kelmarin, saya bermusafir bersama SIL ke Bukit Merah. Sebelum ayam berkokok lagi, kami sudah turun dari rumah ;). Kemudian singgah solat subuh dan breakfast di RnR Sungai Buloh. Sempat ambil beberapa picture sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

* Kata Hikmah: "Yang paling jauh bukannya bintang, mentari atau pun jua rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan, yang ada hanya hari ini dan akan datang, gunakanlah hari ini dengan sebaiknya, kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya" - Imam Al-Ghazali -