Wednesday, December 29, 2010

Still life @2

lensa nurrkasih:

Along my way
Tawau, Sabah

Tercalarkah maruah?

Terkunci matikah hati?
Sedarlah..bangkitlah..

Jangan biarkan dirimu terus terpenjara di 'situ'.

Walau berbeza warna, kita masih bersaudara dan hamba pada yang SATU.

lensa kecil: Ini gambar-gambar semasa melalui kawasan belakang bangunan kedai di Bandar Tawau. Saya upload sebagai perkongsian. Ini bolehkah dikatogerikan sebagai picture 'still life'?? Huhu.. Layan je la (post entry sambil menonton perlawanan Malaysia vs Indonesia) :).

Perspective quotes: "Every story can be told in different ways." ~Greek Proverb ~

Tuesday, December 28, 2010

I miss that place | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Favorite place
Kunak, Sabah

lensa kecil: Saya upload lagi gambar paya bakau di Jeti, Kunak. Aduhh... rindu pula ingin mengambil gambar landscape di sini. Agak lama juga rasanya tidak memburu sunrise atau sunset. Di manakah kawasan berdekatan baik punya hendak di tuju?? :D.

Monday, December 27, 2010

This way | Bangi

lensa nurrkasih:

My shoot
Bangi - Putrajaya

Biasakanlah bersikap JUJUR sekalipun di hadapanmu terlihat BAHAYA, sebab itu bukanlah BAHAYA tetapi BAHAGIA. Jauhilah KEBOHONGAN sekalipun di hadapanmu terlihat BAHAGIA, sebab itu bukanlah BAHAGIA melainkan BAHAYA.

*Masa terus merangkak pergi, meninggalkan 'semalam' yang telah 'lalu'. Meniti hari ini yang belum 'pasti' dan menuju esok yang masih 'rahsia' dalam 'rahsia-NYA'. Bahagia dan ketenangan itu bukan hanya ada di hujung jalan tetapi ada di sepanjang jalan (^_^).

Sunday, December 26, 2010

Keep us close to You

lensa nurrkasih:

Somewhere
Bangi

Bukan mudah, tatkala jam di dinding berdetik tiga kali, kita bangun melemparkan selimut tebal dan meninggalkan tilam empuk. Pergi ke bilik air lalu membasuh muka, membersih tangan dan mencuci kaki… berwuduk.

Di gelap malam, menjenguk ke tingkap, mendongak sejenak ke langit. Menghitung bintang yang mengerdip. Menyaksikan alam sekeliling sedang rebah di dalam kesepian, memuji dan memuja Tuhannya dengan bahasanya sendiri.

Di saat orang lain lenyap dalam ayunan mimpi, kita bangkit membaja diri. Mempersembahkan puji dan puja yang tidak berbelah bagi. Merayu diampunkan setiap dosa dan kesalahan. Memohon keredhaan dan kerahmatan untuk menempuh kehidupan. Meleleh airmata di muka kerana kita yang lemah dan dhaif ini diperkenan mengadap. ~ Abah Aman ~

lensa kecil: Jalan mujahadah.

Friday, December 24, 2010

Di Muzium Alam Semulajadi | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Pameran Batu-Batuan Pelik & Pameran Serangga
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya

Telur Dinosaur. Usia lebih kurang 65 juta tahun! Huhu. Klik untuk besarkan gambar.

"Akulah Angkasawan Negara ke-2" kata Dafi hehe.

Tengkorak Gajah.

Bangkai Paus Bryde.

Dafi bergambar dengan Baka Tenggiling Gergasi

Nurul, jaga kena tanduk..:)

lensa kecil: Lagi gambar semasa kami ke Pameran Batu-Batuan Pelik di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Jika berkelapangan boleh lah datang ke sini. Pameran ini bermula 16 Dis 2010 - 16 Januari 2011.

Thursday, December 23, 2010

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya | Pameran Serangga

lensa nurrkasih:

Pameran Serangga, Putrajaya
19.12.2010

lensa kecil: Ahad lepas, kami pergi ke Pameran Batu-batuan Pelik dan Pameran Serangga di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Sekali lagi membawa kanak-kanak riang membuat lawatan sambil belajar :). Ketika itu, tidak ramai lagi pengunjung yang datang.

Banyak juga gambar yang saya hendak kongsikan tetapi gambar penuh dengan muka dua model cilik ini. " Auntie, gambar kami di sini". "Cantik di sini, auntie". "Sini lagi". "Saya lagi di sini". Hohoho ok ok, lain kali seorang satu bawa kamera ye hehe. Tapi saya gembira, melihat mereka gembira (^_^).

Wednesday, December 22, 2010

Light Wonderland | i-City, Shah Alam

lensa nurrkasih:

i-City
Colorful view

lensa kecil: Saya upload lagi gambar di i-City. Insya-Allah jika berpeluang ke i-City lagi, saya akan cuba pergi pada hari bekerja. Weekend memang amat ramai pengunjung. Nak masuk ke tempat favorite seperti rumah salji, taman safari, malah bergambar depan replika burung gagak merak pun kena beratur huhu. Nak ambil gambar tanpa kelibat manusia memang agak susah malam itu. Mungkin disebabkan cuti sekolah. Ya pasti disebabkan cuti sekolah (^_^).

* Disebabkan mata di illuminated by LED lights, saya pun suka-suka la buat colorize pada gambar :).

Monday, December 20, 2010

Nikmat | Semporna, Sabah

lensa nurrkasih:

Floating
Semporna

Nikmat
Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.
~ A. Samad Said ~

i-City, Shah Alam | Night Shooting

lensa nurrkasih:

i-City, Shah Alam
18.12.2010

lensa kecil: Alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengikuti Kelas Basic Photography | Night Shoot di i-City bersama yangyuyu Sabtu lepas. Kami sampai agak terlewat sedikit tapi still bersemangat hehe. Terima kasih kepada Fairus kerana terus membantu peserta-peserta memantapkan basic skill dalam photography. Lagi-lagi peserta seperti saya ni huhu. Kelas yang dianjurakan secara percuma. Inilah gambar-gambar semasa kelas berlangsung. Layan :).

Kredit Picture Ahmad Fairus

Memang ramai pengunjung yang datang. Setiap sudut penuh dengan manusia huhu.

Rakan-rakan yang hadir. Sangat bersemangat untuk mendapat shoot terbaik.
Inilah gambar-gambar yang dapat saya ambil. Rasa blank dan pening pulak malam tu nak shoot apa. Tiada idea :). Terpesona dengan suasana yang penuh warna warni barangkali. Hehe alasan (^_^).

Sunday, December 19, 2010

Blogger new template

lensa nurrkasih:

i-City
Shah Alam

lensa kecil: Balik sahaja dari Kelas Malam di i-City, terasa pula nak tukar template blog. Saya pun google template yang berkenan di hati. Ting..inilah hasilnya. Ok tak? Oh, Insya-Allah nanti saya upload picture yang diambil di i-City.

* Photography quotes: "I'm always mentally photographing everything as practice." - Minor White -

Friday, December 17, 2010

Jalan-jalan ke Melaka

lensa nurrkasih:

Jalan Istana, Melaka
11.12.2010 - 12.12.2010

lensa kecil: Minggu lepas, kami berpeluang ke Melaka berjalan-jalan sambil membawa kanak-kanak riang ini. Melawat Kota Bersejarah kata mereka. Tidak banyak tempat dapat dilawati tetapi dapatlah membuatkan bahuku rasa sengal-sengal mengusung 'gear' :).

Apapun seronok dapat berjalan begini. Pastinya Nurul akan bersemangat untuk memulakan hari baru persekolahan nanti selepas bercuti sakan (^_^).

Thursday, December 16, 2010

Life is life | Pelabuhan Lahad Datu, Sabah

lensa nurrkasih:

Port
Lahad Datu

Biarkanlah segala sesuatu
mengalir seirama takdir.
Jangan sesekali kau tidur
kecuali tetap waspada.
Saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang
ternyata Allah telah mengubah keadaan.

* Life quotes: Life is a song, sing it. Life is a beauty, admire it. Life is a struggle, accept it. Life is a tragedy, confront it. Life is life, fight for it.

lensa kecil: Gambar ini saya ambil selepas menghantar anak-anak saudara ke SMSLD tempoh hari. Nur dan saya memang bercadang singgah ke Pelabuhan itu. Tetapi selepas mengambil beberapa keping gambar di situ, termasuk gambar Kapal M.08, baru perasan mereka-mereka yang ada di pelabuhan itu melihat kami 'semacam' je huhu. "Kawasan larangan ke?" tanya saya pada Nur. "Entah" jawab Nur. Saya ambil sekeping gambar lagi dan terus mengajak Nur pulang :).

Wednesday, December 15, 2010

Beautiful day today | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Jetty
Kunak

Melihat dan mentadabbur alam semesta
Muhasabah dan merenung ke dalam diri
Subhanallah, setinggi dan segunung zikir
Buat Pencipta Yang Maha Agung.

lensa kecil: Pagi itu, awal keluar menuju ke Jeti. Ummi dan Nur menemani. Sambil berjogging, sempat juga mengetik 'gear'. Setiap hari pertukaran masa ini berlaku di depan mata. Dan, sungguh ramai mereka yang asyik dan mengejar keindahannya. Namun, adakah hati itu 'celik' tatkala melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya. Adakah hati itu 'tunduk' berzikir merasai kebesaran-Nya. Allahu. * Muhasabah diri*