Tuesday, January 18, 2011

Broga Hill, Semenyih | Outing | Part I

lensa nurrkasih:

Our group
Broga Hill

lensa kecil: Alhamdulillah, outing ke Broga Hill sabtu lepas berjalan dengan lancar. Seawal pukul 4.30 pagi, Ummi dan saya bergerak ke Semenyih (semangat ni). Kemudian kami berjumpa dengan group seouting iaitu a fun dee dan rakan-rakan lain di Stesen Petronas. Selesai solat subuh, 6.30 pagi kami memulakan pendakian. Saya yang sememangnya bertahun-tahun tidak mendaki ini rasa teruja lah sikit. Pertengahan pendakian, memang macam nak pancit tapi tetap bersemangat bila melihat berduyun-duyun manusia dari pelbagai peringkat usia bergerak cergas memintas pendakian hohoho... Dan yang paling penting, semangat hendak merakam keindahan dari puncak hehe.

Apapun, Subhanallah sampai di puncak sahaja, penat terasa hilang saat melihat keindahan ciptaan Ilahi. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Siapa suka lalang, memang suka tempat ini hehe. Walaupun tak dapat merakam sunrise, tapi rasa sangat berbaloi. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu dan sangat membantu :). Layan je la gambar ye..

Kredit picture a fun dee's photography
Inilah group seouting :).

Kami di pertengahan jalan..
Kredit picture a fun dee's photography

Merakam 'rasa'.. biru, hijau dan coklat.

Lalang itu..

Penembak misteri. Di sebalik lalang, dia membedik.

Juga cantik dikelilingi lalang..

Berlari bersama angin :).

Sudah terlakar cerita kami di sini. Anda bila lagi?? :)

Inilah sebahagian gambar-gambar yang saya rakam. Mungkin picture biasa-biasa sahaja bagi kamu, tetapi tidak bagi saya. Sebab saya masih terasa sengal badan lagi hingga hari ini huhu. Itulah padahnya, tak rajin nak exercise hehe. Ada kesempatan nak naik lagi, jom ^_^.

12 comments:

Kira Kekuri said...

Subhanallah..cantik gambar2 nya semuaaa :D

ej said...

huhuhuh.. terasa plak kesal sebab tak join. hehehhehe

yangyuyu said...

nurr...suka la gambar sy berlari bersama angin tu sgt kreatif..upload semua gambar yg ada muka sy kat fb tau..hahaha

fandi said...

haha mmg best.. nanti kita naik lagi ramai2.. =)

white rose said...

best nye...

Nurr_Rahmah said...

~ Cik Shark: Maha Suci Allah.. terima kasih Cik Shark..pic biasa2 je ni huhu..

~ ejai_ej: heheh..x pe next time ramai2 pulak pegi.pendakian ulangan he.

~ yangyuyu: nak upload semua ke? hehe ok nti nak upload..tp pic2 nurr, xpyh la ye..segan la plk..i ni pemalu kihkih..

A FUN DEE: hehe mmg best..ok ada masa bole gi lagi..owh next outing kita buat slow shutter@makro ok juga..:D.

~ white rose: hehe..alhamdulillah mmg best :).

hafeez.halim said...

Waduh.. nie yg tetibe rase kerinduan nak naik broga nie. Kalo tau awal2 aritue leh join skaki ;D

Unknown said...

ntah bile la nak naek broga ni

Nurr_Rahmah said...

~ hafeez.halim: lupa plk nak ajak skli..sbb ingatkan bru je lps naik kan. xpe lps ni ramai2 kita naik lagi :D

Nurr_Rahmah said...

~ bukan photographer: Insya-Allah ada masa juga suatu hari nti tu..tak lari broga dikejar hehe..peace.

nurdani said...

satu bonus kalau panjat Broga boleh dapat gambar2 cantik macam ni. saya pergi hari tu, gambar tak menarik. haha

Nurr_Rahmah said...

~ nurdani: Alhamdulillah.. ala gambar dani pun best jugak apa. klu dapat sunrise mmg lagi berbaloi pendakian ke broga :)