Friday, January 14, 2011

Peaceful day | Semporna, Sabah

lensa nurrkasih:

Around the corner
Abah and Shahrul

Ada ketika,
Ingin selalu datang menyapa angin laut,
Memberi ketenangan yang takkan terungkap kecuali dengan bahasa kalbu.

lensa kecil: Salam Jumaat kepada semua. Sebenarnya tiada idea nak post gambar apa. Cuma teringat angin laut yang lembut menyapa ke muka. Hehe..berpuitis lagi.

Oh, suka entry yangyuyu - Komen Membina. Ada betulnya, kadang-kadang kita bagi komen yang standard je ~ Nice, Cute, Cantik. Tapi kalau dapat Otai yang komen, memang semua tak kena agaknya. Adakah Otai yang nak komen gambar saya? huhu. Apapun kena banyak belajar lagi dari segi komposisi, rule of thirds, view point, background, foreground, framing, tones, contrast dan banyak lagi. Jadi nanti boleh lah bagi komen yang membina pada rakan-rakan dan berkongsi ilmu he. Apapun komen-komen semua amatlah saya hargai. Peace ^_^.

10 nurr click(s):

Wahida Shukeri said...

tiba2 wahida rasa nk komen jugak walaupun x la hebat mana pun lagi...
gambar yg 1st tu ok..pakai focal length berapa tu nurr??kalu awak pakai kit ngn 18mm mungkin bleh nampak lagi wide kot...tapi dah nice habis dah sebenarnye..tu la best kalu ade lens wide untuk landscape, nampak seluruh alam la...
gambar yg kedua tu candid kan??compo pun xbleh nk adjust la unless kita suruh subject move ke tepi ckit ke, dok rapat2 ckit ke..tapi dah nama candid, spontan je la kan..

anyway, tempat ni kat mana yea??

yangyuyu said...

thanks sebab mem popularkan entry sy hari ini ye..hehehe...starts from now mari kita ajak kawan2 komen membina..

tapi nak komen membina utk org tak lain, ampun sy rasa sy sgt cetek pengetahuan pasal fotografi lagi..memang taktau nak komen apa pun..now time for me menimba ilmu banyak2 dlu..

pasal kelas kompo ahad depan tu, memang rasanya tak dpt pegi nurr, sebab sy dgn husband dah declare Ahad ialah family day..sy yg buat rules tu, hehehe..kang tak pasal2 kena marah

Nurr Kasih said...

~ Wahida Shukeri: wah terima kasih sudi komen kat sini..nurr suka sgt :).

utk 1st pic tu, time ambil gmbr ni ingatkn mmg nak focus pd rumah atas air tu, tu yg guna max focal length 55mm..mmg ada kit-lens je time ni.btl gambar landscape mmg cantik sgt klu guna lens wide, lagi klu tmpt yg cantik mcm tmpt ni tp x tau la bila nak dpt :). pic kedua tu, a'ah candid tp mcm ada blur sikit la..saja upload sbb nak tunjuk Abah yg sedang merenung sejauh mata memandang..

nway, thanks sudi singgah dan bagi komen. Tempat ni kat Semporna, Sabah.

Nurr Kasih said...

~ yangyuyu: ya bagi komen yg membina dgn ilmu juga kan..apapun support dr kwn2 yg buat lg semnagat tu hehe.

oo..its ok ummi. mgkn dia akan buat lain kali kot. harap2 hari sabtu la..klu Ahad, xdpt plk ummi nak join =).

white rose said...

maaf laa kerana berbicara disini...

bukan semua orang boleh menerima kritikan kita sebenarnya...
kadangkala bila ada orang kritik kita, kita cepat melatah...
belum sempat orang tu nak membela diri, kita dah downkan secara habis habisan...

(ni berckp berdasarkan pengalaman...)

sy penah menegur kualiti gambar seorang kawan di FB...sy bkn kritik, tapi sekadar memberikan idea sahaja...tapi sy telah DICANTAS dengan sehabisnya...malah telah dikutuk2 oleh insan tersebut...
sejak dari itu, sy tak mahu memberikan sebarang komen/ idea tuk sesiapa...

maaf laa nurr...
sy INSAN YANG LEMAH jua...
sy juga PUNYA MARUAH DIRI...


apa2 pun nurr, sy suka dengan gambar2 yang nurr snap nih...

ikhlas dari hati, memang cantik2 belaka...

Sasa Al-Sharif said...

ekceli aku pun sokong kak yangyuyu. aku nak jugak komen membina dari rakan blogger photog semua.

pic dgn subjek berdua mungkin nurr boleh rujuk komposisi odd

pic kedua pun nak komen tentang vp jgk. apa jadi bila shoot dari aras yg rendah sedikit utk menunjukkan keluasan pemandangan laut.

dah start ni, pandangan ja ya

Faaein Himura said...

cantik!...

hahaha.. komen yg mmg terbiasa untuk dikomen..

teringin juga komen kritikan yg membina dari rakan2 tntg gmbar yg di'tangkap' tu.. masih lagi banyak kelemahan.. bnyk benda tak belajar agi.. asyik main redah aje.. huhuhu..

apa2 pun Nurr.. saya suka tgk pic awan dan laut itu.. =]

Daddy Cool said...

Sangat tenang...

Tahniah dengan foto yang hebat ini...!

afzan said...

saya bukan otai. dan tidak dapat beri komen membina. tapi saya ok dengan gambar ni. seperti biasa nurr akan menjadikan perkampungan nelayan sebagai trademarknya :P

Nurr Kasih said...

~ white rose: emmm.. x semua org boleh menerima kritikan dengan hati yg terbuka.

nurr pula anggap kritikan atau komen dr sahabat blogger sebagai perkara positif utk memperbaiki lg kelemahan diri. nway thanks ya..

~ Sasa: Thanks sasa..btl tapi nak bagi komen membina mesti dgn ilmu kan, klu x alamatnya x kena pulak..

serius, nurr 1st time dengar komposisi odd, nti nurr google :). owh ye jgk..pic ke-2 tu mcm x luas pemandangan kan..terhad pada 2 subjek tu je..klu ada pemandangan laut kat belakang lg cantik kan..

hehe..thanks..ok pandangan diterima ..dont worry nurr ok je..lagi sgt happy dpt komen2 kwn2 ^_^.

~ Faaein Himura: hehe..komen biasa pun ok apa faaein..ye la nak komen bab2 fotografi ni mgkn xreti sgt lagi..jd cantik pada mata kita maka kita ekspresikan dengan perkataan CANTIK tu..

nurr pun sama..masih byk kelemahan dan perlu utk terus belajar. nway thanks ya..

~ Daddy Cool: huhu..x la hebat mana..masih belajar2 lagi. Apapun thanks :).

~ afzan: hehe..trademark ye?? haishh..kat mana perkampungan nelayan yg nak diterjah lagi ni :). tak otai pun, xpe. komen dari sahabat blogger pun nurr sgt hargai..kan kita sama2 belajar.