Wednesday, February 23, 2011

Reflection | Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

lensa nurrkasih:

KLCC
View from Taman Tasik Titiwangsa

lensa kecil: Gambar 2 minggu yang lepas, ketika berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Orang lain berjogging, saya mengusung 'gear' huhu.

* Photography quotes: "Life is like a good black and white photograph, there's black, there's white, and lots of shades in between." - Karl Heiner -

Tuesday, February 22, 2011

Renungan Alam | Broga Hill, Semenyih

lensa nurrkasih:

Edited: LR
Broga Hill, Semenyih

Renungan Alam

Lihatlah pada alam jagat maya ini,
Lihatlah pada tampaknya dirimu,
Tidak terjangkau maha hebatnya ciptaan,
Tiada siapa yang mampu,
Kecuali Dia yang termampu.

Tika renungan itu memuncak,
Hati nurani mendetik rasa,
Bagai ingin bersatu dalam pelukan,
Pada indahnya alunan alam ini,
Terbentang sempurna tiada tepi.

Kerdilnya terasa diri,
Lantas memuji dan mensyukuri,
Pada nikmat yang mengalir di setiap denyut nadi,
Moga hamba menjadi pencinta hakiki,
Perindu pada pertemuan Illahi...

~ PUTRA RMAN~
iluvislam.com

Friday, February 18, 2011

Testing: Bokeh Love ♥♥♥

lensa nurrkasih:

Bokeh Love-Love
Bangi

lensa kecil: Semalam cuba buat fake lens hood untuk bokeh love :D. Tapi shape love tak berapa cantik. Percubaan pertama :). Petang sempat try di kawasan rahsia hehe. Alamak love senget pulak. Malamnya, ambil kat tepi jalan raya. Inilah hasilnya yang tak seberapa. Lain kali try lagi. Ada sesiapa nak pinjam lens hood love ni?? Buat pun senang juga. Nak cuba boleh rujuk di sini. Selamat mencuba :).

* Salam Jumaat kepada semua. Perkongsian dari sahabat di FB: Love is simple. The more you give, the more you get back. Just love, don't hold it. Just give and don't expect anything in return. It will come to you back in ways unimaginable to you ♥♥♥ :).

Thursday, February 17, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Bokeh di siang hari |

lensa nurrkasih:

Bokeh-Bokeh
Somewhere

Bokeh @ Mutiara Damansara

Bokeh @ Air Terjun Madai, Sabah

Bokeh @ Melaka

lensa kecil: Cari-cari gambar dekat folder dan terjumpa gambar-gambar ini :). Ada juga gambar bokeh waktu malam. Insya-Allah di lain entry saya kongsikan ye. Nanti nak try buat bokeh love-love tu. Ada sesiapa yang dah pernah cuba??

Tuesday, February 15, 2011

Karnival WOW 2011 lagi | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Karnival WOW
Putrajaya

lensa kecil: Lagi gambar di sekitar Karnival WOW Putrajaya.

* Salam Maulidur Rasul kepada semua. Selawat dan salam buat Nabi junjungan, kerabat serta sahabat baginda s.a.w. Dialah pemimpin dan ikutan teladan untuk kita semua. Moga kita diberi syafaatnya dan dihimpunkan bersamanya kelak. Ameen.


SALAM MAULIDUR RASUL
1432H.

Monday, February 14, 2011

Karnival WOW 2011 | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Karnival WOW
Putrajaya

lensa kecil: Semalam sempat pergi ke Karnival WOW Putrajaya 2011 yang berlangsung 11-13 Februari 2011 bertempat di tapak Pasar Tani Precint 2, Putrajaya. Karnival WOW putrajaya ini merupakan acara tahunan anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Karnival kali ini lebih istimewa kerana ianya juga bersempena sambutan 10 tahun Putrajaya di isytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Banyak acara-acara menarik yang diadakan.

* Tapi tak banyak ambil gambar, bateri habis :(.

Monday, February 07, 2011

Kg. Tampi - Tampi, Semporna | A small home

lensa nurrkasih:

Kg. Tampi-Tampi
Semporna

Walaupun kecil di matamu, namun besar di hatiku =).

Wednesday, February 02, 2011

Kelas Basic | Rahsia Wedding Photography II

lensa nurrkasih:

Kompleks Rakan Muda
Puchong

Model - Fifi :)

lensa kecil: Inilah gambar semasa kelas Rahsia Wedding Photography minggu lepas. Banyak ilmu dan tips yang dikongsikan. Malah cara-cara editing menggunakan PS dan LR pun Cikgu AF ada tunjukkan. Mereka yang ada asas PS dan LR memang mudah nak scan, tapi saya yang masih merangkak ni, tengok je la hehe.

Penerangan daripada Cikgu Ahmad Fairus

Hasil-hasil kerja AF. Sebelum dan selepas proses editing.
Setiap satu segmen perlu ada Masterpiece :).

Antara rakan-rakan yang hadir.

Nikon D3. Saya ada juga cuba angkat..huhu berat.

Model pada hari itu iaitu Fifi.


Rakan: "Apasal tiba-tiba semua menjadi buas ni? Time kelas tadi slow je.." Hehehe.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Apapun sangat enjoy dengan kelas ini. Dari segi fasiliti dan makanan pun bagus. Akan diadakan juga kelas editing dan costing, soon.

Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini, dapatlah beri sedikit keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan dengan jayanya. Insya-Allah, peace ^_^.