Monday, August 15, 2011

Jalan mujahadah | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

15 Ramadhan 1432H
Mutiara Damansara

Hari ini sudah 15 Ramadhan. Berulang-ulang kali saya mengingatkan diri untuk terus me'makna'kan Ramadhan kali ini. Memetik kata-kata Ustaz Pahrol: Manalah tahu nyawa terhenti di sini dan Ramadhan terus tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya. Ya Allah moga kami tidak termasuk dalam orang-orang yang rugi. Ya Allah, mereka, dia dan saya sedang bermujahadah. Mudahkanlah...


Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!
Siapa yang menyemai benih, akhirnya akan menuai hasil.
Ramadhan adalah pesta ibadah, bukan pesta juadah.
Ramadhan adalah bulan kesabaran, bukan bulan pembaziran.

14 comments:

Firdaus said...

nice pic.. ;)

EB said...

Salam Ramadhan.

2nd pic soft focus.. hehehe...

Mmmm.. EB sentiasa beringat ini bulan Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak!!

Smlm selesai memberikan salam solat sunat witir eb terasa amat2 sedih.. sedih.. Ramadhan semakin berlalu pergi.. Sedih bln dpn da xda tarawih da.. Sedih.. Klu blh x nak Ramadhan ini pergi sungguh sedih..

EB klu blh x nak tahu Ramadhan ini dah masuk hari ke brapa setiap hari.. Aku sedih....

yangyuyu said...

time kasih kerana mengingatkan..insyaallah kita gandakan amalan 10mlm terakhir

cantik gambaq awk..

Anonymous said...

moga kita tak termasuk dlm golongan org2 yg rugi... amin

nurr, apa maksud 'soft focus' yg EB ckp tu eik? (erk... nak tahu... kalo tak keberatan terangkan.. ) ~

Shiqa Nawar said...

nice pict~

ermm..kdg2 tgok skang macam pesta juadah dan pembaziran juga.. huhuhuhu

allahualam~

Kuronofu91 said...

nice pics...luv it~~~

adrenalina said...

insaf ... kene dengan gambar...kita manusia yg kerdil..mestilah bersederhana dalam apa2 pun yg kita buat...

jom buka puasa... =)

Anonymous said...

ambillah iktibar di bulan ramadhan..aminn..

ej said...

pejam celik, pejam celik dah 15 hari puasa.. hurm... rasa cam kejap je.. huhuhu...

Nurr_Rahmah said...

~ Firdaus: tq ;)

~ EB: salam ramadhan EB. beruntung masih punya hati yg amat mencintai Ramadhan.

Begitulah org2 yg soleh, apabila ramadhan semakin pergi, sayu hati mereka kerana Ramadhan akan pergi meninggalkannya. Entah dapat bersua lagi atau tidak. Bulan yang Allah bukakan rahmat, pengampunan seluas-luasnya dan pembebasan dari api neraka. berbahagia mereka yg benar2 beramal di blan barakah ini.

~ yangyuyu: sama2 ummi :). ya InsyaAllah 10 malam terakhir dan bertemu lailatulqadar. satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. MasyaAllah..

Nurr_Rahmah said...

♥ manje ♥: InshaAllah. aamin. err..'soft fokus' nurr pun baru tau hehe. nurr dah google dan ia satu teknik dalam fotography juga. nurr pun xreti nak terangkan. maaf ye manje. nanti nurr try tanya2 lebih detail lagi :D

~ Cik Shiqa: betul shiqa. kita bermula dari diri kita. biarlah bersederhana dan x membazir :D

~ Kuronofu91: tq :D

~ adrenalina: ya betul..melatih diri seniasa bersederhana. awal buka puasa kat sana kan he.

Nurr_Rahmah said...

~ LadyD: InshaAllah sama2 mengingatkan. tq LadyD :D

~ ejai_ej: aah rasa kejap je. hari ni dah 17 ramadhan. salam Nuzul Quran :D

fandi said...

gmbr 1st tu tiada subjek yang jelas.. gmbr kedua mungkin nurr nak buat teknik soft focus.. tp gmbr agak underexposed.. selalunyer soft focus ni menarik dibuat dengan guna lensbaby.. :)

Nurr_Rahmah said...

~ A FUN DEE: tq atas komen. InshaAllah akan terus memperbaiki :D