Monday, September 19, 2011

Gembirakan hati hari ini | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Jadikan sekarang masa paling gembira :).

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup kita jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila dah berjaya nanti.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita ada masa gembira dulu-dulu, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini! ~ Genta Rasa ~

10 comments:

labulabi said...

tok tok tok!! salamlekom.selamat hari raya Nur. :).

Hida Kadiso said...

nampak kunin.. =D

adrenalina said...

saya pun gembira pada hari ini =)

EB said...

Ya harus gumbira selalu..
Gmbr da siap edit sngtlah cantik..
Owh gumbira..

Nurr_Rahmah said...

~ labulabi: sila2 masuk :). selamat hari raya juga labulabi he ~

Nurr_Rahmah said...

~ alhamdulilla..harap semua gembira hari ini dan seterusnya :D

Anonymous said...

kita selalu mengharapkan kegembiraan sepanjang hari..tapi adakalanya kesedihan akan mencelah jugak..huhu..sedihlah pasai blog LadyD tu..problem je manjang.

Faaein Talip Roy said...

betul.. harus gembira senantiasa.. hehe... entri terkena dengan sy ni... asyik tangguh je ni.. hurm.. -_-

yangyuyu said...

bila jumpa nurr sy gembira:)

eh lari topic ke ni:P

Nurr_Rahmah said...

~ yangyuyu: eh2..tak lari la. nurr pun gembira bila jumpa ummi :). klu mcm tu kena hari2 jumpa la ni kihkih...