lensa nurrkasih:
Our group
Broga Hill
lensa kecil: Alhamdulillah,
outing ke Broga Hill sabtu lepas berjalan dengan lancar. Seawal pukul 4.30 pagi,
Ummi dan saya bergerak ke Semenyih (semangat ni). Kemudian kami berjumpa dengan group seouting iaitu
a fun dee dan rakan-rakan lain di Stesen Petronas. Selesai solat subuh, 6.30 pagi kami memulakan pendakian. Saya yang sememangnya bertahun-tahun tidak mendaki ini rasa teruja lah sikit. Pertengahan pendakian, memang macam nak pancit tapi tetap bersemangat bila melihat berduyun-duyun manusia dari pelbagai peringkat usia bergerak cergas memintas pendakian hohoho... Dan yang paling penting, semangat hendak merakam keindahan dari puncak hehe.
Apapun, Subhanallah sampai di puncak sahaja, penat terasa hilang saat melihat keindahan ciptaan Ilahi. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Siapa suka lalang, memang suka tempat ini hehe. Walaupun tak dapat merakam sunrise, tapi rasa sangat berbaloi. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu dan sangat membantu :). Layan je la gambar ye..
Kami di pertengahan jalan..
Kredit picture a fun dee's photography
Merakam 'rasa'.. biru, hijau dan coklat.
Lalang itu..
Penembak misteri. Di sebalik lalang, dia membedik.
Juga cantik dikelilingi lalang..
Berlari bersama angin :).
Sudah terlakar cerita kami di sini. Anda bila lagi?? :)
Inilah sebahagian gambar-gambar yang saya rakam. Mungkin picture biasa-biasa sahaja bagi kamu, tetapi tidak bagi saya. Sebab saya masih terasa sengal badan lagi hingga hari ini huhu. Itulah padahnya, tak rajin nak exercise hehe. Ada kesempatan nak naik lagi, jom ^_^.