Wednesday, March 30, 2011

Close-up

lensa nurrkasih:

Try and error
UKM


~ Sedia untuk berlepas ~

~ Terus mencari.. ~

~ Berusaha sampai ke puncak ~

~ Bersatu kita teguh ~

~ Sabar hingga berkembang ~

~ OOF :) ... ~

lensa kecil: Ok entry yang lepas di sini, saya ada memberitahu ada mengambil gambar close-up serangga. Banyak juga la gambar yang saya ambil tapi tak menjadi huhu. Lagipun tak banyak serangga di kawasan itu. Ataupun skills saya tak cukup lagi ni hehe.

Tak pe, teruskan usaha :). Layan je la gambar yang berjaya saya ambil dengan kit-lens comel saya ni :). Insha-Allah lain kali kita cuba lagi ye ^_~.

Monday, March 28, 2011

Baby Qaseh Qistina

lensa nurrkasih:

Qaseh Qistina
Bangi

lensa kecil: Upload picture baby lagi :). Lama tak jumpa baby kecil ni. Cadangnya nak try buat photoshoot, tapi tak sempat-sempat lagi :). Tup-tup balik ni, agaknya dah besar dah huhu. Picture ini la yang sempat saya ambil tempoh hari ^_~.

Sunday, March 27, 2011

At sister's place | Sri Indah, Tawau Sabah

lensa nurrkasih:

Baitul Sakinah
Sri Indah, Tawau

lensa kecil: Upload picture semasa pulang ke desa halaman tempoh hari :). Happy anak-anak riang ini dapat bermain dengan binatang ternakan.

Thursday, March 24, 2011

Borders, Mutiara Damansara | Duduk di situ seketika

lensa nurrkasih:

Borders
Damansara

lensa kecil: Minggu ini, boleh dikatakan pagi atau petang akan hujan. Sejuk dan nyaman. Mood nak pergi kerja pun 'nyaman' je :D. Petang itu hujan turun lagi dengan lebat. Saya berkira-kira tidak ingin terus pulang ke rumah. Rasanya ingin duduk-duduk di suatu tempat dikelilingi dengan banyak buku. Ingin 'rasa' perasaan seperti sedang duduk di library uni bila hujan turun :).

Akhirnya, mengajak rakan sekerja dan mengambil keputusan untuk singgah di gedung buku itu. Duduk di satu sudut sambil membelek buku dan pastinya majalah-majalah photography. Sambil berangan-angan: "Nanti nak ambil pic macam ni la." "Nak cuba juga yang macam ni." "Buat macam ini pun cute juga." Haha semua nak buat. Dan tak sedar petang kian berlabuh pergi. Oh, perlu pulang dengan segera walau hujan masih belum berhenti :).

* 'Rasa' itu tidak pernah luput walaupun masa sangat pantas berlalu. Menghargainya akan membuatkan kita mensyukuri setiap apa yang ada pada kita hari ini ^_^.

Wednesday, March 23, 2011

Hot Air Baloon Fiesta 2011| 3rd Putrajaya | Part II

lensa nurrkasih:

Hot Air Balloon Fiesta 2011
Putrajaya

lensa kecil: Tak banyak rupanya gambar yang saya ambil semasa Hot Balloon Fiesta baru-baru ini. Dengan cuaca yang kurang memberangsangkan pagi itu, saya cuma berdiri di depan skrin besar sambil memerhatikan gelagat pengunjung yang datang. Memang ramai. Kemudian melawat sekitar gerai yang ada di situ dan terus bergerak ke destinasi seterusnya... pameran jualan buku :D.

Monday, March 21, 2011

Hot Air Baloon Fiesta 2011 | 3rd Putrajaya | Part I

lensa nurrkasih:

Hot Air Balloon Fiesta 2011
Putrajaya

lensa kecil: Sabtu lepas saya berkesempatan pergi ke 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 di Putrajaya yang diadakan dari 17-20 Mac 2011. Ingatkan dah awal dah sampai pukul 8 pagi, rupanya itu pun dah terlewat. Dan kebanyakan balloon-balloon sudah pun diterbangkan di udara huhu.

Hanya sempat mengambil beberapa gambar balloon. Mengikut laman web rasmi event ini di sini, terdapat 20 penyertaan balloons dengan pelbagai bentuk dan rupa dari beberapa buah negara. Tetapi saya hanya sempat merakam beberapa ini sahaja. Layan je la picture ini :D.

Balloons yang sudah jauh diterbangkan :)

Balloon Duo (Belgium)

:)

:) :)

Balloon Darth Vader (Belgium)

Balloon Mauriske (Belgium)

Balloon Doraemon (Japan)

Ok picture lain nanti saya kongsikan ye ;).

Friday, March 18, 2011

Sweet autumn | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Autumn
Mellow yellow

lensa kecil: Salam Jumaat kepada semua. Picture autumn ini saya ambil di sekitar kediaman saya. Autumn dari sebatang pokok yang mengeluarkan bunga-bunga kuning yang cantik ;). Oh, hari ini rakan-rakan akan pergi ke Hot Baloon Fiesta di Putrajaya. Saya pula tidak dapat menyertai mereka. Insha-Allah mudah-mudahan esok saya akan berkesempatan :D.

* Day quotes: Most of the time, when we don't see the things that we've requested, we get frustrated. We get dissapointed. And we begin to become doubtful. The doubt brings about feeling of dissapointment. Take that doubt and shift it. Recognise that feeling and replace it with feeling of unwavering faith. Say "I know that it's on it way." - Lisa Nichols -

Yay it's on its way, Nurr!

Thursday, March 17, 2011

Perginya seorang blogger..

lensa nurrkasih:

Disebalik...Lens@ Kehidupan-
" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"

lensa kecil: Innalillahi wainnailahirajiun. Dapat berita ini daripada blog Kak Fieza. Sangat terkejut walaupun cuma mengenali arwah melalui blognya. Sesekali ab@h_izz ada datang juga memberi komen di sini. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 14 Mac yang lalu. Cerita lanjut boleh baca di sini.

Salam takziah juga buat keluarga arwah. Semoga arwah dipermudahkan di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

* Satu perjalanan yang pasti...

Wednesday, March 16, 2011

Kehidupan ini | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Batu Kawan
Damansara



* If you don't take the time to look, you'll never manage to see anything.~ Anonymous ~

Sunday, March 13, 2011

Flower @6

lensa nurrkasih:

Flower
UKM

lensa kecil: Salam kepada semua? Bagaimana cuti hujung minggu anda? Tentu seronok kan. Selamat bercuti juga pada adik-adik sekolah ye. Cuti-cuti juga, tapi buku jangan sesekali dilupa.

Bunga ini nama apa ye? Gambar yang pertama tu kebetulan dapat dengan background yang gelap. Ambil picture tu dengan membelakangkan matahari petang yang terik dan hasilnya spot yang jelas pada bunga dan latar belakang iaitu tanah dan rumput tidak kelihaan. Tapi compo tak berapa menarik kot sebab kelopak bunga ada yang ter'cut' hehe. Picture seperti ini juga pernah dipublish oleh Sasa tentang spot metering di sini. Layan ;)

Friday, March 11, 2011

Favorite place | UKM, Bangi

lensa nurrkasih:

My favorite place :)
UKM

Kadangkala bila hati rasa tidak tenang, kita ingin pergi ke suatu tempat untuk menenangkan diri. Bila masa itu datang, kita hanya ingin bersendirian.

Hanya duduk diam di situ dan tidak berbicara. Pandangan jauh dilemparkan menatap keindahan alam ciptaan-Nya. Subhanallah.. dengan hanya menatap ciptaan-Nya saja sudah membuatkan diri berasa tenang. Bagaimana pula jika hati dan jiwa sepenuh raga sentiasa mengingati-Nya??

* “Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”. - Ar-Ra’d: 28 -

Thursday, March 10, 2011

Beautiful faces @1 | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Faces of tomorrow
Mutiara Damansara

lensa kecil: Wajah-wajah ceria anak-anak di kejiranan saya. Pada waktu petang, biasanya akan ada kelibat mereka bermain di playground taman itu atau sedang membuat kerja sekolah. Gembira dan ceria. Seronok je tengok anak-anak ini bermain, bagaikan dunia ini mereka yang punya :). Bila pulang dari kerja, akan ada yang menyapa "Assalamualaikum Kak Nurr". Hehe sopan sungguh anak-anak ini. "Kak Nurr, bila nak buat photoshoot ni?" *Toink*

Tuesday, March 08, 2011

Bukit Broga, Semenyih | Sebelum cahaya :D

lensa nurrkasih:

Broga Hill
Semenyih
Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya

Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta
Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Lagu: Sebelum Cahaya (Letto)

lensa kecil: Kerinduan pada Broga haha... Pada redup paginya, pada alunan lalangnya dan pada angin sepoi bahasanya. Manusia datang dan pergi, namun Broga tetap setia menanti ;).


* Oh minggu depan akan diadakan 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011. Jom jumpa di sana ^_^.