Tuesday, June 28, 2011

Pulang petang | Bangi, Selangor

lensa nurrkasih:

Petang
Bangi

lensa kecil: Ini gambar petang Jumaat lepas. On the way balik, dekat nak sampai rumah, singgah kat tepi jalan bila tengok sunset. Kebetulan adik berbasikal tu pun nak pulang ke rumah dia. So masukkan la dia dalam frame :). Rumah adik tu kat depan tu je. Ok pulang cepat, hari dah nak gelap dah :).

Monday, June 27, 2011

Fresh morning | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Morning
Kunak

lensa kecil: Salam kepada semua. Pagi tadi hujan membasahi bumi di pagi Isnin. Alhamdulillah nyaman :). Mata pun rasa nyaman nak 'tertutup' hehe.

* No matter how advanced your camera you still need to be responsible for getting it to the right place at the right time and pointing it in the right direction to get the photo you want. ~ Ken Rockwell ~

Friday, June 24, 2011

Bubble: Bolehkah terbang tinggi?

lensa nurrkasih:

Bubble
Putrajaya

Angankan apa yang engkau ingin angankan...
Pergilah ke mana engkau ingin pergi...
Jadilah seperti yang engkau kehendaki..
Bebaskan semua imaginasi..
Raihlah semua mimpi..
Yang selalu terbayang..
Terbang tinggi..
Bersama angin..

Sebab hidup hanya satu kali dan engkau hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan segala hal yang engkau ingin lakukan ~ pencandapuisi ~

lensa kecil: Haishh.. asyik berpuitis je. Layankan je huhu. Dapatkah terbang tinggi.. Melambai pada Laut Cina Selatan.. Pergi jauh dari tanah besar.. Moga Allah bantu ^_~.

Thursday, June 23, 2011

Berubah menuju kejayaan :)

lensa nurrkasih

Desa Halaman
Kunak

lensa kecil: Dalam kehidupan, kadang-kadang kita harus berani melakukan suatu keputusan BESAR untuk memulai sesuatu proses BARU. Berani membuang kebiasaan-kebiasaan lama yang mengikat dan melekat kuat, meskipun itu, sangat menyakitkan.

Jika kita bersedia dan mahu melepaskan beban lama dan belajar hal-hal yang baru, InshaAllah kita pasti mampu mengembangkan potensi diri yang terpendam untuk menghadapi masa depan dengan penuh keyakinan ^_~.

Tuesday, June 21, 2011

Photoshoot Baby - Qaseh Qistina

lensa nurrkasih:

Qaseh Qistina
Bangi

lensa kecil: Buat photoshoot Qaseh Qistina minggu lepas. Mood dia baik je, so senang nak shoot. Tapi yang kat taman tu, sebab panas sikit buat dia rasa tak selesa kot. Tapi semuanya berjalan lancar dengan bantuan Mama Qistina :). Sangat happy sesi photoshoot ni ^_~.

Saturday, June 18, 2011

Merenung diri | Lahad Datu, Sabah

lensa nurrkasih:

Senja
Lahad Datu


Menyingkap tabir senja
Diam-diam hatiku berdoa
Memohon petunjuk dari Yang Esa
Agar diri ini sentiasa mendapat hidayah dari-Nya.

Thursday, June 16, 2011

Happy | White studio

lensa nurrkasih:

Happy + Ceria
White Studio

lensa kecil: Mood happy sekarang ini :). Baru menerima kunjungan mengejut tadi. My lovely brother datang melawat adiknya ini hehe. Abg Bed datang menyelia di sini dan sempat singgah untuk bertanya khabar. Terharu dan rasa rindu home sweet home pula ^_~.

* Photography quotes: Photography is way to tell others how you feel about what you see. ~ Anonymous ~

Monday, June 13, 2011

Pinky Monday | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Jeti
Kunak


lensa kecil: Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik dan indah. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

* Huhu hari Isnin yang malas, bangkit dan cerialah.. Chaiyo ^_~.

Thursday, June 09, 2011

Saat rindu ^_^ | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Sungai Langgas
Kunak


Aku menanggung rindu
yang sarat, saat berjauhan.
Cukuplah doa untuk mereka dari kejauhan
Seperti juga aku mendambakan doa mereka.

* Saya tahu, kita semua menanggung rindu yang berat saat berjauhan dari keluarga dan sahabat. Jangan lupakan mereka di setiap bisikan doa kalian...^_~

Wednesday, June 08, 2011

Renung seketika ;) | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Borders
Mutiara Damansara


Setiap detik ada masa terbaik untuk kita bermuhasabah diri. Kita undur selangkah ke belakang, untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan.

Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Kita berusaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.~ Genta Rasa~

Tuesday, June 07, 2011

Photoshoot | Baby Waiz Husaini

lensa nurrkasih:

Baby Waiz
29.05.2011



lensa kecil: Photoshoot Baby Waiz sabtu lepas bersama Ummi :). Nak shoot baby ni kena sabar dan tenang kan. Apa tidaknya setiap kali nak tukar prop, baby akan terjaga dan menangis. Kena tenangkan dulu, baru shoot semula :). Sepanjang photoshoot, baby Waiz tido je. Iyelah kan dah namanya baby. Dan yang bestnya, Ibu Waiz pun minat photography.. apalagi sama-sama beraksi la hehe. Cool je.

* Baby Waiz, selamat datang ke dunia. Semoga menjadi anak yang soleh ye, menjadi penyejuk mata ayah dan ibu, InshaAllah. Ameen. Tahniah Ct ^_~.

Monday, June 06, 2011

Newborn | Baby Waiz Husaini

lensa nurrkasih:

Baby Waiz
Segambut



lensa kecil: Shoot Baby Waiz sabtu lepas. Subhanallah, comel sangat :). Gambar-gambar lain nanti saya upload ye.

Friday, June 03, 2011

IKEA, Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

IKEA
Mutiara Damansara


lensa keci: Gambar Jumaat yang lepas. Sempat lagi berphotoshoot sambil cuci mata. Tadi pun sempat TT bersama Ummi di Warong Ayam Penyet. Thanks Ummi sebab belanja :). Esok-esok boleh TT lagi, Insha-Allah ^_~.

Thursday, June 02, 2011

Doa untukmu | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Desa Halaman
Kunak

Teman, tiada kebahagiaan mutlak.. tiada juga dukacita yang selamanya. Bahagia dan derita yang bersilih ganti inilah warna kehidupan.

Doakan kamu teman - segera sirna "susah hati" itu. Sudah lemas lencun kehujanan. Aku rindu sang mentari ceria berteman pelangi indah diwajahmu. Usap sesak dadamu.. Allah mahu beri kamu sesuatu! ^_~.

* Haissh..lama blog tak berupdate. Kalau dah lama tak update, liat betul nak mulakan he. Salam ceria untuk semua teman :).