Monday, December 26, 2011

Keep fighting | Kota KInabalu, Sabah


Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. ~ Genta Rasa ~

Oleh itu berusahalah semua :)

Friday, December 23, 2011

Kuatkan semangat | Kota Kinabalu, Sabah

lensa nurrkasih:

Anjung selera
Kota Kinabalu


One step to thousand step ahead. Teruskan usaha dan mujahadah. Lihat setiap perkara dengan hati yang terang agar 'pahit' pada mulanya tapi 'manis' akhirnya. InshaAllah...

* Salam Jumaat untuk semua. Baby A nak balik dah.. mesti rindunya nanti ;(

Monday, December 19, 2011

Cuti Sekolah: Lok Kawi Wildlife Park | Kota Kinabalu, Sabah

lensa nurrkasih:


Minggu lepas kami pergi menjelajahi Lok Kawi Wildlife Park Kota Kinabalu. Ramai juga pengunjung membawa anak-anak mereka ke sana sempena cuti sekolah ini. Kanak-kanak seronok je melihat pelbagai jenis binatang :).

Kalau ada tele-lens seronok jugak kan menembak hihi. Tak banyak sangat gambar, maklumlah menghayati aktiviti kali ini sambil berkenal-kenalan dengan binatang-binatang di situ ;). Boleh lawati Sabah Tourism Website untuk mengetahui tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu.

Saturday, December 17, 2011

Jika cinta, apa buktinya? | Anjung Selera, Kota Kinabalu


Kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang kebesaran-Nya. Lihatlah pesona alam, langit berwarna jingga dikala senja, gelora laut yang memukau dan kehidupan yang penuh ranjau.

Semuanya membuktikan bahawa Allah yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Semakin direnung, semakin terasa diri kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan kepada Yang Maha Besar.

Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta pada-Nya. (Dapatkan Solusi #37 untuk bacaan lanjut - Jika Cinta, Apa Buktinya m/s 68)

Sunday, December 11, 2011

Puteri Qaseh | Kunak, Sabah

Puteri Qaseh
Happy duduk dalam bakul :)


* Refleksi diri.

"... orang yang gemar melihat aib dan kejelekan orang lain, fikirannya hanya diselimuti oleh aneka keburukan sementara hatinya hanya dikepung prasangka-prasangka buruk. Kerana itu, di mana-mana pun matanya melihat, yang nampak ialah ular, kala jengking, duri dan sebagainya. Di mana sahaja dia berada sentiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup ini. Nauzubillah..

Sebaliknya, orang yang begitu senang dan melihat nikmat dan menyebut-nyebut kebaikan yang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. Di sini anggrik, di sana melati, di mana-mana sahaja mata memandang, yang nampak hanya bebungaan yang indah, mekar dan harum mewangi. Di mana-mana yang terlihat hanyalah keindahan. (Maulana Jalaluddin Rumi)

Friday, December 09, 2011

Terhibur dengan syukur | Kunak, Sabah

Orang yang bersyukur sentiasa melihat 'kelebihan' bukan pada 'kekurangan'. Mereka bersyukur dan merasa cukup. Dan anehnya orang yang bersyukur akan ditambahkan rezeki yang berlipat ganda (Solusi Isu #37, Terhibur Dengan Syukur)

Tuesday, December 06, 2011

Photoshoot | Baby Aimy Insyirah

Lamanya blog tidak berupdate huhu. Saya rindu dengan kalian semua dan blog ini.

Awan tebal.. langit mendung.. mentari bersembunyi. [Aduh.. aku mencipta jurang yang semakin melebar dengan teman-teman. Doakan aku teman..aku mahu kembali pulih!]