Saturday, March 10, 2012

Alhamdulillah: Menang Writing Contest :)

lensa nurrkasih:

Alhamdulillah. Saya memenangi Consolation Prize Writing Contest February 2012 yang dianjurkan oleh En. Eqbalzack. Boleh klik di sini untuk melihat penyertaan saya dan senarai pemenang pula boleh lihat di sini. Terima kasih En. Eqbalzack dan tahniah kepada semua pemenang.

* Inilah essay yang saya hantar :).

Hujung minggu lepas, aku seperti biasa datang lagi ke tempat itu. Duduk di penghujung jeti mengambil gambar sambil melihat gelagat manusia yang juga datang ke situ. Di hujung jeti itu, kelihatan jauh renungan dua insan yang sudah lanjut usia. Tentu diusia begitu, dapat duduk berdua sambil memerhatikan alam pasti memberi ketenangan. Sesekali terlihat si suami menghela nafas panjang. Aku cuma memerhati dari kejauhan. Entah apa butir bicara mereka.

Kadangkala, hati pasti ingin ke suatu tempat yang menenangkan diri kan? Kita hanya ingin duduk di situ. Tidak perlu banyak bicara. Pandangan jauh dilemparkan menatap keindahan alam. Pemandangan membiru nun jauh di sana. Tenang dan damai pasti membungkus terus pemikiran berselirat di dalam fikiran. Dengan cara ini juga kita dapat bermuhasabah panjang. Menghargai nafas-nafas berbaki yang DIA masih pinjamkan. Maha Suci Allah. Itulah cara yang biasa aku lakukan apabila sepertinya perjalanan hidup terlihat sukar. Dapat berhujung minggu begini memang mengasyikkan.

Aah..jauh benar lamunanku. Waktu maghrib sudah mau menjelma. Aku cepat-cepat berkemas dan berlalu meninggalkan pasangan itu. Duduk di jeti dan melihat dua insan ini, ada pelajaran yang diam-diam aku cernakan dalam fikiran. Petang itu, aku melihat hidup ini umpama hembusan nafas. Saban nafas Allah sentiasa barukan kehidupan kita. Yang memerhati, hatinya akan tunduk.

0 nurr click(s):