Wednesday, September 26, 2012

Travelog: Bali | Part I

Bismillahirrahmanirrahim.

lensa nurrkasih:

Muzium Bali dan Monumen Bajra Sandhi
Bali, Indonesia

.
Ini adalah Monumen Bajra Sandhi, Bali. Merupakan Monumen Perjuangan Rakyat Bali dan menjadi simbol masyarakat Bali untuk menghormati para pahlawan serta merupakan lambang persemaian pelestarian jiwa perjuangan rakyat Bali dari generasi ke generasi. Monumen ini terletak di depan Kantor Gubernur Bali yang mengekspresikan sebuah genta yang tinggi menjulang bagi masyarakat Bali ~ sumber.
.
Ini sedikit cerita travelog saya ke Bali pada 16-20 Sept 2012. Boleh dianggap travelog ke? Apa-apa aja la kan. Alhamdulillah..saya berpeluang menjejak Bali. Saya ke Bali bersama SIL dan ahli rombongan untuk conference. Thanks a lot sis (moga dimurahkan rezeki dan selalu dalam lindunganNya). Ok bab conference itu saya tak akan ceritakan, tapi bab berwisata sambil ambil gambar itu yang saya suka :).

# Pasport jangan lupa :)

Oh! bagi penggemar fotografi, Bali adalah satu tempat yang memang ah..nak cakap apa ye..Rare. Exotic. Human interest, senibina dan nak buat street photography memang best. Dapat berjalan di sepanjang lorong atau outing photography pasti akan dapat banyak gambar. Dapat melihat kehidupan orang lain yang berbeza budaya dan agama membuka mata untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan pada diri. Saya ke sini mengikut trip dan pilihan tempat sudah pun ditentukan, jadi saya ikut sahaja dan mengambil gambar sesempat yang boleh. 

Penerbangan dari LCCT ke Denpasar mengambil masa selama 3 jam. Dalam kapal terbang rasa teruja nak sampai :). Mula-mula tu rancak bersembang, dah puas sembang.. tido dan tido. Huhu jenuh juga kan menunggu sampai tiga jam di atas kapal terbang. Akhirnya tiba juga di Ngurah Rai International Airport, Bali. Dalam pukul 4 semua urusan imigresen selesai dan kami decide untuk terus tour bersama Pak Ariyana (pemandu pelancong) ke Muzium Bali dan Monumen Bajra Sandhi. Iye la alang-alang kan..kalau dah check in hotel, liat pula nak keluar semula.

# Bergambar bersama ahli rombongan kongres di hadapan pintu masuk Museum Bali.

Di Muzium tu biasalah penerangan asal usul tentang Bali dan penduduknya. Masa tu badan pun dah rasa lemau, jadinya tak la ambil perhatian sangat hehe. Yang menarik perhatian saya di halaman Muzium tu ramai kanak-kanak yang belajar menari. Katanya mereka berlatih untuk acara-acara keagamaan ataupun persembahan untuk pelancong yang datang ke Bali. Tunggu kat lua Muzium dan sanp snap.
# Di luar Museum Bali, ramai budak2 dan remaja berlatih menari tarian kebudayaan..

Gambar di bawah adalah Monumen Bajra Sandhi. Ramai juga masyarakat tempatan di luar kawasan monumen ni. Ada yang bersantai-santai, peniaga dan beriadah memandangkan monumen ini bersebelahan dengan padang. Sebenarnya kami tak dapat pun nak masuk ke dalam kawasan monumen ni sebab dah ditutup pada pukul 5 petang. Kami sampai dah 5.15 petang, jadinya tak dapat la nak masuk. Pak Ari pun tak pulak bagitahu, so kami ambil gambar dari luar pagar pun jadi la.



# Ini di hadapan Monumen Bajra Sandhi.

Hari pun sudah semakin petang dan perut dah mula menyanyi. Apalagi kami pun dibawa ke Kemangi Restaurant. Kami solat jamak dulu di Musolla yang disediakan kemudian menjamu selera.


Selepas menjamu selera, kami check-in di Kuta Beach Hotel. Malamnya, selepas hemat diri dan menghilangkan lelah, kami tidak lepaskan peluang jalan dan cuci mata di sekitar bandar Kuta. Kami singgah ke pusat beli belah Matahari. Ada juga la kakak2 ahli rombongan yang memborong. Memang hapenning malam kat sana. Ramai pelancong dari luar negara.

Ok Ini Itinerary sepanjang kami di sana :).

Day 1: LCCT - Ngurah Rai Airport, Denpasar, Bali - Muzium Bali - Monumen Bajra Sandhi - Dinner: Kemangi Restaurant - Check In: Kuta Beach - Night: Jalan-jalan.

Day 2: Conference - Night: Shopping :) 

Day 3: Conference - Night: Spa and Shopping :) 

Day 4: Ke Pantai Kuta - Breakfast - Ubud Art Village - Kintamani Valcano - Lunch: Restoran Suling Bali - Seribatu Village - Goa Gajah - Dinner: Natrabu Minagkabau Restaurant. 

Day 5: Ke Pantai Kuta - Breakfast - Shopping: Krishna Mall - Airport. 

Ok sampai sini dulu nanti sambung lagi :). 

No comments: