Saturday, September 29, 2012

Travelog: Bali | Part II

Bismillahirahmanirrahim. 

lensa nurrkasih:

Gunung dan Danau Batur
Kintamani, Bali

Kintamani Valcano ini kami jejak pada hari keempat kami di Bali. Kawasan ini adalah tempat wisata yang popular di Bali. Kintamani memiliki udara pergunungan yang sejuk dengan panorama Gunung  dan Danau Batur yang indah. Gunung ini masih aktif dan letusan yang pernah berlaku pada tahun 1917, dimana letusan tersebut telah mengambil ribuan nyawa dan menghancurkan ratusan rumah penduduk Desa Batur Tua yang berada di dasar kaldera Batur. Pesona alamnya yang indah iaitu pemandangan Danau Batur yang merupakan danau terbesar di Bali dan Gunung Batur yang masih aktif menjadi salah satu tujuan wisata paling favorit di Bali ~ sumber.

Sambung cerita wisata kami di Bali setelah dua hari berconference. Tapi dalam dua hari tu sambil menyelam minum air, banyak juga gedung beli-belah dilawati. Berspa pun sudah :). Ok boleh baca Part I travelog saya di Bali. Sambung perjalanan berwisata pada hari keempat.

Pada hari keempat itu kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel pada pukul 8 pagi. Sebelum breakfast tu, tak lepaskan peluang ke pantai Kuta di awal pagi. Apa tidaknya, selama 3 hari di sana cuaca tak mengizinkan untuk berjalan-jalan di pantai. Hujan sentiasa mengiringi perwistaaan huhu. Pantai ni dekat je dengan tempat menginap kami. Tapi tak pe, hujan rahmat. Suasana pun nyaman je.

 # Pantai Kuta, Bali. Awal pagi lagi, jadi tak ramai lagi pelancong bersantai-santai.

Selepas breakfast di hotel, kami menunggu van yang akan membawa kami ke tempat wisata yang telah dipilih oleh ahli rombongan iaitu Ubud Art Village - Kintamani Valcano - Seribatu Village - Goa Gajah.

Tempat pertama yang kami tuju adalah di Ubud Village di Kabupaten Gianyar. Di kawasan Ubud ni terkenal dengan bakat seni masyarakatnya yang menawarkan perhiasan berupa lukisan, batik, patung, ukiran dari kayu dan seni emas dan perak. Ini adalah salah satu tempat yang kami singgah gedung menjual batik.



Di bangunan inilah terdapat banyak batik dijual. Tapi di kawasan dalam tidak dibenarkan mengambil gambar. Karyawan-karyawati sedang mencanting batik.


Konon2 sedang khusyuk mendengar penerangan :). Tapi Kak Zaim dan Kak Suraya memang serius ok.

"Nak try juga.." :)

Selepas lebih kurang satu jam melawat dan ada yang membeli batik di sini, seterusnya kami di bawa ke tempat menjual barangan silver pula. Masuk je ke kawasan bangunan tu, di bahagian luar ada pekerja-pekerja menunjukkan cara melebur silver untuk dibuat loket, cincin dan macam-macam lagi perhiasan. Untuk barangan silver yang di jual, terletak di bahagian dalam bangunan. Masuk melalui sebuah pintu dan tidak dibenarkan mengambil gambar di bahagian menjual silver tu.


Selepas melihat barangan silver tu, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Seribatu Village. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Di sini kami dibawa ke rumah sebenar masyarakat Bali untuk melihat sendiri kehidupan mereka secara live.

 # Pak Ari menerangkan reka bentuk dan fungsi ruang di dalam rumah masyarakat Bali

Setelah itu barulah kami ke Kintamani Volcano yang perjalanannya mengambil masa 2 jam dari Denpasar. Kintamani ni ala-ala Cameron Highland kalau kat Malaysia. Kawasan tanah tinggi yang sejuk. MasyaAllah pemandangan yang cantik dari atas. Namun Gunung Batur tak berapa jelas oleh kabus. Mungkin juga disebabkan hujan yang turun pada malam hari sejak kami di sana.

Kami sampai di Kintamani lebih kurang jam 12.30 t/hari. Dah tiba masanya untuk makan pun. Inilah restoran untuk lunch kami pada hari itu. Restoran Suling Bali. Restoran ini berhadapan dengan pemandangan Gunung Batur. Oh ya, Musolla ada disediakan di dalam restoran ini. Kami solat jamak dahulu kemudian menjamu selera :). Selepas itu barulah sesi mengambil gambar.
# Itu pemandu kami dengan van Isuzu. Di tanah pergunungan ini ramai penjaja jalanan. Mereka akan terus memujuk untuk membeli barang yang mereka bawa (cenderahati, pakaian, key-chain, dll). Ayat saya, "Nggak buk. Saya nggak mau" hehe.

# Suasana di dalam restoran Suling, Bali.

Ini dipanggil jus jeruk dengan harga Rp 25,000. Kat sini fresh orange. Kalau yang pernah ke Indonesia, tentu tahu rasa jus di sana. Memang sangat sedap 100% buah. SIL dah perkenalkan jus alpukat ataupun avakado semasa hari kedua di sana. Tapi sedikit kecewa masa di Kintamani ni boleh habis pula jus alpukat. Sampai sekarang masih teringat pula jus yang pekat tu dan sangat sedap.

Gerai buah-buahan di dalam perjalanan turun dari Kintamani. 

Ok sampai di Kintamani dulu update perjalanan saya di Bali. Insya-Allah akan sambung dalam perjalanan turun dari Kintamani singgah minum kopi gratis di Segara Windhu. Oh panjang juga entry kan. Apapun Alhamdulillah.. syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan. Selamat berhujung minggu semua. Semoga ceria-ceria selalu.

6 nurr click(s):

Kuronofu91 said...

waaaa...teringin gak nak p jalan2 luar malaysia...

Nurr Kasih said...

~ Kuronofu91: InsyaAllah ada rezeki bole pegi :)

yangyuyu said...

salam nurrr

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

biasa g group ke sendiri2? ok x?

Nurr Kasih said...

~ yangyuyu: wsalam... rindu ummi ♥♥ :)

Nurr Kasih said...

~ Khairul: pegi dengan group. Alhamdulillah..semua ok.