Friday, November 23, 2012

Bali | Jalan Sulawesi

Bismillahirrahmanirrahim.

lensa nurrkasih:

# Jalan Sulawesi di Bali, Indonesia

Gambar ini saya ambil masa ke Bali tempoh hari. Kami di bawa ke Jalan Sulawesi ini oleh Pak Supir teksi sebab nak membeli kain. Katanya di kawasan ini banyak kain dan murah-murah. Murah-murah itu yang dicari he. Lokasi tempat kain ini di Denpasar iaitu capital city dan terletaknya pejabat pentadbiran bagi Bali. Terdapat dua buah bangunan dan disepanjang itu penuh dengan kedai kain huhu. Saya cuma beli dua pasang kain. Rambang mata juga nak pilih bila dah banyak pilihan :). Sehelai kain cotton dapat dalam Rp 88,000.00 atau dalam RM25. Kalau ikutkan memang nak borong banyak he.

Sebenarnya yang buat teruja ialah jumpa nama Jalan Sulawesi ini. Macam tau-tau je saya ingin menjejak Makassar, Sulawesi, Indonesia. Insya-Allah mudah-mudahan direzekikan :).

4 nurr click(s):

Wahida said...

gambar pantai x shoot ke? hehe

Nurr Kasih said...

~ Wahida: kawasan pantai hot.. nti kamera terbakar hehehe..

labulabi said...

syok nya dapat jalan jalan.

Nurr Kasih said...

~ labulabi: alhamdulillah :)