Thursday, March 29, 2012

Finally: Sneak-peek

lensa nurrkasih:

Sofia Zahra
Bandar Sierra, Kota Kinabalu


Akhirnya petang tadi menyempatkan diri merakam gambar. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Sofia Zahra. Sejak berpindah ke sini gear terperam je kat bilik... tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu hehe. Akhirnya, petang tadi saya buat juga photoshoot kat tempat favorite tu :). Kawasan favorite ini di atas bukit dan tempat matahari terbenam. Nanti nak upload pic yang lain ye.

Tuesday, March 27, 2012

Mencipta suasana :) | Batu Caves, Selangor

lensa nurrkasih:

Manusia yang berjaya, mampu mencipta suasana sedangkan manusia yang stress dan tidak bahagia membiarkan suasana mempengaruhi mereka. Mereka bersifat reaktif bukan proaktif. Jom audit diri kita ~ Prof Dr Muhaya ~

* Tempat pertemuan dua hati..;). J.O.M Batu Caves 2010 hehe.

Friday, March 23, 2012

Sofia :) | Bandar Sierra, Kota Kinablu

lensa nurrkasih:


Photography is one of the most universal languages around, and you do not have to say a word ~Anonymous~

Salam Jumaat kepada semua :)

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday: Follow your instincts

lensa nurrkasih:

“Follow your instincts. That's where true wisdom manifests itself.” Oprah Winfrey

* Hidup tidak hanya segaris warna. Ada hitam dan putihnya.

Monday, March 19, 2012

Direct flash | Di balik gelap gelita

lensa nurrkasih:

* Beri khabar gembiralah bagi malam yang gelap, bahawa esok lusa akan ada fajar dari puncak gunung dan celah-celah lembah, berilah khabar gembira bagi mereka yang dalam keadaan gelisah, goncang, bahawa dalam kesulitan akan ada kegembiraan, ada kelembutan tersembunyi disebalik kesusahan itu...peace ^_^

Thursday, March 15, 2012

Myself | Self-Potrait 3

lensa nurrkasih:

lensa kecil: Ahhh.. Rasa. Rindu. Sendiri. Tiba-tiba. Mengingat apa yang bahkan sudah agak lama rasa itu ditinggalkan :).

* Rindu pada masa-masa bersama 'sahabat' mengambil gambar bersama ~_~

Wednesday, March 14, 2012

Stay focused | Bandar Sierra, Kota KInabalu

lensa nurrkasih:

Reading, writing, thinking and connect...huuh. Stay focused. Ya Rabbi, keep me in the right track ~_~

Saturday, March 10, 2012

Alhamdulillah: Menang Writing Contest :)

lensa nurrkasih:

Alhamdulillah. Saya memenangi Consolation Prize Writing Contest February 2012 yang dianjurkan oleh En. Eqbalzack. Boleh klik di sini untuk melihat penyertaan saya dan senarai pemenang pula boleh lihat di sini. Terima kasih En. Eqbalzack dan tahniah kepada semua pemenang.

* Inilah essay yang saya hantar :).

Hujung minggu lepas, aku seperti biasa datang lagi ke tempat itu. Duduk di penghujung jeti mengambil gambar sambil melihat gelagat manusia yang juga datang ke situ. Di hujung jeti itu, kelihatan jauh renungan dua insan yang sudah lanjut usia. Tentu diusia begitu, dapat duduk berdua sambil memerhatikan alam pasti memberi ketenangan. Sesekali terlihat si suami menghela nafas panjang. Aku cuma memerhati dari kejauhan. Entah apa butir bicara mereka.

Kadangkala, hati pasti ingin ke suatu tempat yang menenangkan diri kan? Kita hanya ingin duduk di situ. Tidak perlu banyak bicara. Pandangan jauh dilemparkan menatap keindahan alam. Pemandangan membiru nun jauh di sana. Tenang dan damai pasti membungkus terus pemikiran berselirat di dalam fikiran. Dengan cara ini juga kita dapat bermuhasabah panjang. Menghargai nafas-nafas berbaki yang DIA masih pinjamkan. Maha Suci Allah. Itulah cara yang biasa aku lakukan apabila sepertinya perjalanan hidup terlihat sukar. Dapat berhujung minggu begini memang mengasyikkan.

Aah..jauh benar lamunanku. Waktu maghrib sudah mau menjelma. Aku cepat-cepat berkemas dan berlalu meninggalkan pasangan itu. Duduk di jeti dan melihat dua insan ini, ada pelajaran yang diam-diam aku cernakan dalam fikiran. Petang itu, aku melihat hidup ini umpama hembusan nafas. Saban nafas Allah sentiasa barukan kehidupan kita. Yang memerhati, hatinya akan tunduk.

Saturday, March 03, 2012

Dayyan..Hohoho | Cyberjaya

lensa nurrkasih:

Picture Dayyan ini saya ambil masa Family Potrait yang kami adakan di Cyberjaya bersama Ummi, Hafeez dan Ejai :).

Thursday, March 01, 2012

Nikmat dan bahagia | Bandar Sierra, Kota Kinabalu

lensa nurrkasih:

*Terima kasih Tuhan... untuk setiap nikmat, untuk setiap kebahagian :).