Friday, April 27, 2012

Sayyidul Ayyam | Allah always listens

lensa nurrkasih:

"Adakala Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya, adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia, kerana Dia ingin menguji hambaNya."

* Dear Allah, please grant what's best for me. Ameen.

Wednesday, April 25, 2012

Maternity Photoshoot | Nor Ruzana Natiah

lensa nurrkasih:



Happy je pasangan ini semasa sesi photoshoot :). Senang mengambil gambar mereka dan ini adalah bakal anak sulung mereka. Saya doakan semoga dipermudahkan urusan mereka dan gembira menerima kelahiran baby girl yang tak lama lagi. Ameen. 

*More picture @ LensaNurr Photography :)

Tuesday, April 24, 2012

Sneak peek: Ruzana Natiah

lensa nurrkasih: 

Nor Ruzana Natiah 
Taman Tasik Shah Alam 

Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Ummi dan join dua sesi photoshoot walaupun waktu itu kurang sihat. Balik je dari photoshoot demam bertambah dan saat ini demam masih lagi ada namun beransur pulih. Apapun, happy sangat ♥♥♥. Harap ada pertemuan lagi... InshaAllah :)

Thursday, April 19, 2012

Si Abang pula | Muhammad Danial

lensa nurrkasih:


Gambar-gambar masa photoshoot Danial di tempat favorite :). Sporting je Si Abang ni masa ambil gambar.

* More picture di LensaNurr Photography :)

Saturday, April 14, 2012

Fly | Here I come :)

lensa nurrkasih:

Jangan terlalu banyak mengeluh, kelak nanti akan didatangi kemurungan  dan kesedihan, sebaliknya BANYAKKAN BERSYUKUR dan PUJIAN kepada Allah terhadap apa yang diperolehi dan yang diharungi, kelak nanti akan datang kecukupan dan kebahagian. Alhamdulillah..

* Banyakkan berdoa ketika bermusafir. InsyaAllah dimakbulkan. Semoga perjalanan ke tempat lama diberi keselamatan dan dalam rahmatNya jua. Aamin.

Thursday, April 12, 2012

Keep moving forward :) | Bandar Sierra, Kota Kinabalu

lensa nurrkasih:

* Quote of the day: 'We keep moving forward, opening new doors, and doing new things, because we're curious and curiosity keeps leading us down new paths.' - Walt Disney-

Ini gambar kereta mainan si Abang. Tempoh hari saya sempatkan diri juga buat photoshoot untuknya. Dia pun nak juga buat photoshoot personal ;). InshaAllah nanti upload pic yang lain.

Monday, April 09, 2012

Sedikit lama-lama jadi bukit | Bandar Sierra, Kota Kinabalu

lensa nurrkasih:

Sahabat, mari syukuri yang sedikit, InshaAllah Allah akan memberi yang banyak. Buat dulu yang termampu, Allah akan bantu untuk membuat yang tidak termampu. Amal dulu ilmu yang ada, nanti Allah akan memberi ilmu yang tiada. Cubalah sedaya upaya untuk merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain.

Apabila kita mampu melakukan ketaatan, katakan alhamdulillah. Apabila kita terlanjur melakukan kejahatan, ucapkan astaghfirullah. Syukur dan taubat adalah penawar kelelahan diri... di jalan mujahadah! ~ Genta Rasa~

Friday, April 06, 2012

Sayyidul Ayyam | Rehatkan minda pula :)

lensa nurrkasih:

Rehatkan minda dengan gambar  ^^).

Salam Sayiddul Ayyam semua. Hari ini cuti bagi Negeri Sabah dan Sarawak :).

Tuesday, April 03, 2012

Rehatkan mata | Bandar Sierra, Kota Kinabalu

lensa nurrkasih:


Quote of the day: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.” (HR. Ibnu Hibban)

Selamat malam kepada semua sahabat.. Moga dipermudahkan segala urusan pada esok hari. Cukupkan usaha kita dan seterusnya tawakkal kepada Allah. Adapun hasilnya, Allah akan tentukan yang terbaik.. InshaAllah ^^

Sunday, April 01, 2012

Photoshoot bersama Sofia | Kota Kinabalu, Sabah

lensa nurrkasih:


Inilah pic semalam. Puas hati dapat merakam gambar :). Cuaca pun baik. Model pun mood baik je.