Saturday, August 03, 2013

25 Ramadan 1434H

lensa nurrkasih:
25 Ramadan 1434H
Kunak, Sabah
Hari ini ialah hari ke-25 Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Ada antara kita yang sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita, dan hanya Allah sahaja yang tahu sama ada ia akan kembali melawat kita lagi tahun depan ataupun tidak. Dalam kesedihan itu, ada yang masih bersemangat dan ada juga yang sudah keletihan. Letih atau tidak, semoga kita semua tidak akan berhenti. Selagi Ramadhan masih ada dan kita masih hidup, selagi itulah peluang keemasan ini masih ditawarkan oleh Allah kepada kita. Kita masih lagi mempunyai beberapa hari sebelum Ramadhan pergi. Lailatul Qadar belum tentu lagi sudah berlalu ataupun tidak. Maka, ambillah peluang berbaki ini. Lakukan yang terbaik. ~ Aiman Azlan~

2 comments:

Faaeinz said...

Ramadan semakin meninggalkan kita. Sedih juga tak banyak amalan yang dilakukan.. =(

Nurr_Rahmah said...

~ Faarihin: a'ah Faaein..sedih kan bila mengenangkan diri yg tak memaksimumkan amalan di bulan ini huhu.

Ya Allah Engkau Maha Mengetahui kelemahan kami. Kami bermujahadah. Terimalah amalan kami.