Friday, October 04, 2013

Random@4: All in one | Sabah

lensa nurrkasih:

Ini gerai tepi jalan di Abaka, Tawau. Singgah sarapan nasi kuning dulu sebelum ke bandar Tawau membeli barang.
Rutin saya bila balik kampung akan hantar mereka geng SMSLD ke asrama, Lahad Datu.

Rindu Puteri Qaseh. Raya Aidiladha 2011 bersama di Kunak.

Hehe Aimy tengok jam nak balik dah. Di D-KL Likas, Kota Kinabalu makan ayam penyet.

  Aktiviti uji minda di Pusat Sains Kota Kinabalu
Pelancong asing yang datang ke Semporna untuk melihat Regata Lepa-Lepa, Semporna. Saya ditemani oleh Abah dan Ummi masa ini. Abah dan Ummi tak nak biarkan saya seorang-seorang drive ke Semporna seawal subuh.
Kebun Abah di belakang rumah di kampung halaman, Kunak. Segala macam tanaman ada..
Di Bandar Sri Indah, Tawau.
Segala hal yang baik selalu datang di waktu yang tepat.
Pun di tempat yang tepat.
Dan tentu dengan seseorang yang tepat.
~Karenapuisiituindah~
* Salam Jumaat kepada semua sahabat. Mari perbanyakkan selawat kepada Rasulullah saw. Allahumma salli `ala sayyidina muhammad wa`ala ali sayyidina muhammad 50x.

Hari ini upload gambar random lagi. Antara gambar-gambar yang dah lama edit cuma hari ini baru upload. Sesekali tengok gambar lama best juga kan..terasa cepatnya masa berlalu. Mari hargai seseorang yang ada di sisi, di masa dan di tempat yang selalunya tepat mereka hadir :).

8 comments:

Asri Alam said...

gambar kisah kenangan dan direkodkan di dlm blog kamu. kekal jd tatapan dan kenangan suatu hari nti

Nurr_Rahmah said...

~ Asri Alam: Akan jadi tatapan dan kenangan buat kami :)

cimöt said...

nice laaa! each shot, explain something..

Nurr_Rahmah said...

~ cimot: Alhamdulillah..terima kasih :)

Faaeinz said...

betul tu.. bila kita belek gambar2 lama.. rasa seronok sangat.. rasa sekejap aje masa berlalu..

as usual gambar2 nur sentiasa menarik hati saya! =)

Nurr_Rahmah said...

~ Faarihin: Kan...time flies. .
thanks faain. .sts suka gambar nurr he..

Liza Razak said...

love all your pictures!! :)

Nurr_Rahmah said...

~ Liza Razak: Alhamdulillah.. thank you :)