Saturday, June 29, 2013

Mood bertapa :) | Kota Kinabalu, Sabah

lensa nurrkasih:

Bertapa di library UMS. Sunyi sepi.

Hadapi dengan senyuman ~Dewa~

Sunday, June 23, 2013

Biarkan dia pulang | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:
 
Di sebuah renung murung
kau bawa kembali setanggi kenangan
Tuhan, biarkan dia pulang
sebelum terlantar di rimba waktu ~Jendela Puisi~

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday: Jauh tapi dekat

lensa nurrkasih:

Sentiasa berasa dekat dengan Allah, memberikan kekuatan yang luar biasa kepada seorang Mukmin. Jiwanya kaya dengan keyakinan, luas dengan harapan dan kukuh dengan kekuatan.
Jika engkau bertanya tentang Allah…
Sesungguhnya Dia amat dekat.
 

Monday, June 10, 2013

Salam Syaaban 1434H | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Hari ini bermula bulan Syaaban.
Ahlan wa sahlan ya syahra Syaaban..
Dipanjangkan usia, sebulan lagi menemui Ramadhan.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan."

* Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ini :)

Saturday, June 08, 2013

Selamat pagi | Stesen Bas, Inanam

lensa nurrkasih: 

Inanam, Kota Kinabalu

Waktu berkejaran
antara
desah siang, resah malam
semoga, enam purnama dimaknakan
~Bertatih Dengan Pena~

* Seawal 7am sudah menjejak stesen bas Inanam, mengirim 'dokumen' ke BSI. Selepas itu duduk sebentar mengetik beberapa keping gambar sebelum pulang.

Wednesday, June 05, 2013

Wordless Wednesday: Sementara & Sederhana

lensa nurrkasih:


Hayatilah makna 'sementara'...
InsyaAllah, kita akan tenang dengan segala yang sederhana! ~Genta Rasa~