Wednesday, October 30, 2013

Model Cilik: Photoshoot in the backyard | Bangi, Selangor

lensa nurrkasih:

Puteri Qaseh Qistina
Bangi


Gambar ini dah lama saya rakamkan cuma baru berkesempatan untuk diupload. Gambar ini diambil ketika raya Aidilfitri August lepas. Tak ambil banyak masa pun. Waktu petang dalam pukul 5, cuaca yang cerah, set up sikit dengan kerusi merah, tukar baju dan ambil gambar. Mood model agak baik petang itu, lagipun dia memang suka bermain kat laman pun :). Inilah hasilnya.. 

More photo LensaNurrPhotography :)

Wednesday, October 09, 2013

Repetition | Bangunan Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah

lensa nurrkasih:

Biasanya kami akan ke Bangunan Wisma MUIS ni sebulan sekali. Di tingkat bawah bangunan ni banyak dijual makanan kesihatan macam habatus sauda, madu, produk kecantikan keluaran tempatan, buku-buku agama, baju muslimah, tudung dan macam-macam lagi la. Ini kiranya macam one-stop centre untuk barangan islamik. Suka pergi ke sini cuci2 mata dan biasanya kami akan beli buku :).

Friday, October 04, 2013

Random@4: All in one | Sabah

lensa nurrkasih:

Ini gerai tepi jalan di Abaka, Tawau. Singgah sarapan nasi kuning dulu sebelum ke bandar Tawau membeli barang.
Rutin saya bila balik kampung akan hantar mereka geng SMSLD ke asrama, Lahad Datu.

Rindu Puteri Qaseh. Raya Aidiladha 2011 bersama di Kunak.

Hehe Aimy tengok jam nak balik dah. Di D-KL Likas, Kota Kinabalu makan ayam penyet.

  Aktiviti uji minda di Pusat Sains Kota Kinabalu
Pelancong asing yang datang ke Semporna untuk melihat Regata Lepa-Lepa, Semporna. Saya ditemani oleh Abah dan Ummi masa ini. Abah dan Ummi tak nak biarkan saya seorang-seorang drive ke Semporna seawal subuh.
Kebun Abah di belakang rumah di kampung halaman, Kunak. Segala macam tanaman ada..
Di Bandar Sri Indah, Tawau.
Segala hal yang baik selalu datang di waktu yang tepat.
Pun di tempat yang tepat.
Dan tentu dengan seseorang yang tepat.
~Karenapuisiituindah~
* Salam Jumaat kepada semua sahabat. Mari perbanyakkan selawat kepada Rasulullah saw. Allahumma salli `ala sayyidina muhammad wa`ala ali sayyidina muhammad 50x.

Hari ini upload gambar random lagi. Antara gambar-gambar yang dah lama edit cuma hari ini baru upload. Sesekali tengok gambar lama best juga kan..terasa cepatnya masa berlalu. Mari hargai seseorang yang ada di sisi, di masa dan di tempat yang selalunya tepat mereka hadir :).