Thursday, November 14, 2013

Fly

lensa nurrkasih: 

Terbang tinggi
Laut China Selatan dilintasi
Moga Allah rahmati.

Wednesday, November 13, 2013

Random@3: Wordless wednesday

Membuat puisi memang tidak akan mudah,
bila kau sedang tak merasa apa-apa.
~karenapuisiituindah~

:)

Monday, November 11, 2013

Serahkan diri kepadaNya | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih: 

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Isnin. Tazkirah ini untuk peringatan diri sendiri dan untuk sahabat2 semua juga :).

Rasulullah SAW mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun dalam sekelip mata atau lebih cepat dari itu.”

Mengapa? Kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun kadang-kadang akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Justeru, dalam doa itu Rasulullah SAW berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

"Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat yang tidak kami sanggup memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah sebai-baik penolong kepada kami."


Saturday, November 09, 2013

Instagram picture: Random 1

Assalamualaikum kepada semua sahabat. Gambar di atas adalah gambar-gambar saya di instagram. He saja-saja nak share kepada sahabat blog semua :). Oh, minggu depan saya akan bermusafir lagi. Moga dipermudahkan perjalanan kami. Selamat berhujung minggu kepada semua. Moga berbahagia selalu :).

* "Tiada orang yang sepi daripada ujian. Ada ujian yang kita kena hidup dengannya. Apa sebabnya? Kerana inilah jalan untuk kita sentiasa merintih kepada-Nya" ~ Genta Rasa ~ Allahu..