Tuesday, October 25, 2011

Fikirkan yang baik-baik saja :) | Bangi, Selangor

lensa nurrkasih:


Fikirkan yang baik-baik saja, InshaAllah segala yang baik-baik datang. Kamu menjadi apa yang kamu selalu fikirkan. Fikirkan kebaikan akan menarik kebaikan-kebaikan yang lain.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya ^_~.

Friday, October 21, 2011

Amani | Cyberjaya

lensa nurrkasih:


Gambar Ummi dan Amani di Cyberjaya. Outing terakhir saya bersama The Ladies Photographer. Semoga ada perjumpaan lain seterusnya. Saya pasti akan merindui semua aktiviti bersama Ummi (^^,

Thursday, October 20, 2011

Farewell | Marche, Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Marche
Mutiara Damansara
 

Last day hari itu, company belanja makan di Marche. Thanks Boss :). Highlight of the day: 1. Sampai rambang mata nak pilih hidangan :) 2. Saya makan spaghetti dan minum air chocolate. 3. Dan pizza dan ice-cream. 4. Makan berlima dengan harga $250++ hu.

Sunday, October 16, 2011

Self-Potrait 2 | Cyberjaya

lensa nurrkasih:

Mini Outing
Cyberjaya

lensa kecil: Sebenarnya tak sabar nak uplaod picture ni. Suka sangat ngee. Ada satu lagi picture tapi sebab line slow, so upload yang ini dulu la :).

Semalam 15.10.11, Ummi, Ejai, Hafeez dan saya buat mini outing kat Cyberjaya. Petang tu hujan dengan lebat, tapi Alhamdulillah sempat juga la buat family shoot walaupun dah petang sangat. Mungkin ini kali terakhir saya dapat join mereka sebelum saya fly :). Apapun thanks and kredit picture to Hafeez (yang ambil gambar ni), Ejai (guna kamera Ejai) dan especially to Ummi (buatkan cheese cake untuk saya...sedap). InshaAllah dipanjangkan umur, boleh jumpa lagi ^_~.

Thursday, October 13, 2011

Beginning | Kota Kinabalu, Sabah

lensa nurrkasih:

Kejayaan bukan destinasi. Ia sebuah perjalanan. Tentu sudah ramai yang memulakan langkah pertamanya ^_~.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday: Delicious..

lensa nurrkasih:

Kehidupan adakala tidak seperti yang kita harapkan, yang kita doakan setiap hari. Tetapi ia adalah medan untuk kita sentiasa diuji dengan apa yang kita tidak mahu, yang kita takut untuk hadapinya. Namun kesabaran adalah kunci untuk semua itu :).

Tuesday, October 11, 2011

Danial | Malu-malu ambil gambar :D

lensa nurrkasih:

Rindukan sang teman 'lama' yang membuat hati tersenyum. Sebab hanya dengan satu senyuman dapat mengubah hari gelap menjadi terang. Carilah dia, yang dapat membuat hatimu tersenyum ngeeeee ^_~.

Friday, October 07, 2011

Sofia Zahra | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:


"Atok buat apa tu?" tanya Sofia.
"Atok bakar ikan." jawab Abah.
"Oooo. Atok, Sofia suka jambu ni."
"Nanti atok ambil lagi, Sofia bawa balik KK ya."
(Sofia sengih ^_~)

"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun jua rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan, yang ada hanya hari ini dan akan datang, gunakanlah hari ini dengan sebaiknya, kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya" - Imam Al-Ghazali -

Wednesday, October 05, 2011

Wordless Wednesday: Zon mencabar ;)

lensa nurrkasih:

Hanya dengan keberanian untuk berubah, keluar dari zon selesa kepada zon mencabar, kemenangan akan datang menyusul. Jangan diulang asbab kekalahan dan kegagalan yang kita sudah biasa itu, sebaliknya cabarlah diri dengan realiti kehidupan yang tidak semudah ABC ^_~.