Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Bismillahirrahmanirrahim. 

lensa nurrkasih:

 #Puteri Qaseh, LCCT Airport

2012 berlalu. 2013 menjelma.
Apa yang telah kita lakukan?
Apa pula yang akan kita lakukan?
Yang telah berlalu, apakah dipenuhi keburukan atau kebaikan?
Yang akan ditempuhi, apakah akan diisi dengan cara yang sama juga?
~ Afdholul Rahman~

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Friday, December 21, 2012

Sayyidul Ayyam | Sudah bersawangkah?

Bismillahirrahmanirrahim.

lensa nurrkasih:


 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Huhu lama blog tak berupdate. Semalam ada terbaca status En. Wazari Wazir :). "Percayalah cakap saya, nak buat blog atau nak set up blog bukannya susah. Kurang setengah jam pun boleh siap, tapi nak maintain blog, nak update blog dengan maklumat berguna, hatta nak menceritakan pengalaman kita bekerja seharian, adakalanya terasa bagai satu bebanan yang amat berat. Kita berbangga, senyum lebar, telling the world that we have a blog to share but after a while, our blog become "Old Kid On The Block" nobody notice it, and after a year, most blog died without notice, alangkah malangnya nasib blog tersebut".

Heheh.. Memang diakui, kadang liat juga nak update blog. Tapi adakala tu, datang juga semangat nak share sesuatu dan rasa happy bila dapat berkongsi gambar. Gambar tak lawa mana pun...  tapi harapnya ada manfaat yang boleh diambil. Saya juga sedang bermujahadah.. untuk terus sharing dengan semua. Harap sahabat2 yang lain pun terus berusaha update blog ye :).

*Salam takziah kepada keluarga dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sifu Rabani Ayub (fb) - Documentary Photographer and Photojournalist dari Sabah yang telah 'pergi' semasa menjalankan tugasnya. AL-FATIHAH.

Monday, December 03, 2012

Dear December | UMS, Kota Kinabalu

Bismillahirrahmanirrahim. 

lensa nurrkasih:


# Padang UMS, Sabah

Waktu tidak pernah berhenti. Sebahagia manapun kita, semenderita apapun kita, mau semarah apapun kita, sebenci apapun kita, sesebal apapun kita, dan berbagai bentuk perasaan lainnya. Ingatlah selalu, waktu di seluruh belahan bumi tidak pernah berhenti. Tetap berjalan. 

Kita suka menghabiskan waktu dengan keluarga, seseorang, atau entahlah. Seolah-olah rasanya detik jam di dinding terhenti. Tidak. Waktu tetap berjalan. Kita tidak suka menghabiskan waktu dengan keluarga, seseorang atau entahlah. Sehingga ingin rasanya detik jam berlalu pantas. Tidak. Waktu juga tetap berjalan. ~ Tere Liye ~

Setiap detik, setiap minit. Masa terus melaju pasti. Mahu tidak mahu, kita harus terus berjalan. Semoga diri tidak membazir terlalu banyak waktu.