Monday, July 29, 2013

20 Ramadan 1434H

lensa nurrkasih:
 
20 Ramadan 1434H
Kunak, Sabah
 
Ramadan sudah memasuki di 10 malam terakhir. Begitu cepat masa berlalu. Di 10 hari terakhir ini kita disunnahkan untuk i'tikaf (berdiam diri di masjid). Inilah puncak keutamaan kebaikan di bulan suci ini.. iaitu mencari Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan..Subhanallah. Ayuh usahakan untuk i'tikaf di 10 hari malam terakhir Ramadhan! 

~ Ramadan kareem.

Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadan 1434H

lensa nurrkasih:
 
15 Ramadan 1434H
Masjid Likas, Kota Kinabalu
 
Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
 
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.

Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Jika fasa pertama (rahmat) terlepas begitu sahaja, maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami.
 

Friday, July 19, 2013

10 Ramadan 1434H

lensa nurrkasih:
 
10 Ramadan 1434H
Kota Kinabalu
 

Sebagaimana terdapat dalam sebuah hadits Qudsi, ALLAH SWT berfirman:
 
"Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa; ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya." [Bukhari /1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944].
 
"Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya." [Bukhari/1761].
 
* Salam Jumaah mubarakah kepada semua. Hujan mengiringi pagi Jumaat di bulan barakah ini. Mari perbanyakkan selawat: Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad.

Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday: Sekilas senyum :)

lensa nurrkasih:
 
Sofia
Kota Kinabalu
Sofia | Smile | Kota Kinabalu
 
Izinkan pagi ini aku memetik senyummu
Dan melukiskannya di sketsa wajahku ~ Jendela Puisi ~
 
* 8 Ramadan. Keep calm, smile & continue zikr :)

Saturday, July 13, 2013

5 Ramadan 1434H

lensa nurrkasih:
 
5 Ramadan 1434H
Kunak
 
 Alhamdulillah | Hijau | Kunak, Sabah




Bismillahirrahmanirrahim.
 
🚫10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

  Tidak sahur.
-Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong dan sebiji kurma.

Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 😅

Terlebih tidur 😴
-Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh ...diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

Berbuka secara buffet sampai buncit 🍤🍹🍩🍪🍌🍍
-Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir.
-Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 💸💸💸

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Rasulullah SAW setiap malam struggle untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 📈

Puasa tapi tak solat.
-Pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. Ayoyo! 🙈🙈

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-Bulan Ramadan bulan Ilmu.📚📕📓 Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. 😾

🔟 Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan.🌜
-Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem! 🎊
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!


Copy and Paste.

Sunday, July 07, 2013

Terus bersemangat........

lensa nurrkasih:

Danial | Padang | Tunas Bola Sepak | Universiti Malaysia Sabah

Setelah berhibernasi dalam majlis ilmu harap lebih bersemangat lepas ni :).
~ Congrats untuk c abang juara TUMS :).