Membuat puisi memang tidak akan mudah,
bila kau sedang tak merasa apa-apa.
~karenapuisiituindah~
:)
Wednesday, November 13, 2013
Monday, November 11, 2013
Serahkan diri kepadaNya | Kunak, Sabah
lensa nurrkasih:
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Isnin. Tazkirah ini untuk peringatan diri sendiri dan untuk sahabat2 semua juga :).
Rasulullah SAW mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
”Ya Allah
janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun dalam sekelip
mata atau lebih cepat dari itu.”
Mengapa? Kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita
terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu
mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita
hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah
menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun
kadang-kadang akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit,
pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia
akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak
tabienya.
Justeru, dalam doa itu
Rasulullah SAW berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri
kepada Allah.
"Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat yang tidak kami sanggup memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah sebai-baik penolong kepada kami."
Saturday, November 09, 2013
Instagram picture: Random 1
Assalamualaikum kepada semua. Ini gambar2 di instagram. He saja-saja nak share :). Selamat berhujung minggu kepada semua. Moga berbahagia selalu :).
* "Tiada orang yang sepi daripada ujian. Ada ujian yang kita kena hidup dengannya. Apa sebabnya? Kerana inilah jalan untuk kita sentiasa merintih kepada-Nya" ~ Genta Rasa ~ Allahu..
Subscribe to:
Posts (Atom)