lensa nurrkasih:
15 Ramadan 1434H
Masjid Likas, Kota Kinabalu
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ
المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan
akhirnya keselamatan daripada api neraka.
Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).
Jika fasa pertama
(rahmat) terlepas begitu sahaja, maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan
mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.
Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini.
Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita
melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ
عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai
kemaafan, maka maafkanlah kami.
~ DPP Pekan.
No comments:
Post a Comment