Friday, July 16, 2010

Still Life @1

lensa nurrkasih:

Everywhere
Key to see behind it

lensa kecil: Melihat gambar-gambar 'still life' daripada rakan-rakan fb. Saya cuba juga tetapi 'picture still life' mereka memang sangat cantik dan kreatif. Apapun, setiap gambar itu ada makna dan 'interpretasi'nya tersendiri bagi si jurufoto :).


Thursday, July 15, 2010

In harmony with nature | Taman Cempaka, Kajang

lensa nurrkasih:

Lake garden
Beautiful place


lensa kecil: Ini adalah sekitar kawasan utama taman itu. Orang berjogging, saya sempat lagi 'menembak' :). Gambar yang pertama itu, sangat cantik kalau dapat buat ROL (Ray Of Light). Dan pagi ini seorang rakan blog pula membuat tutorial: ROL di sini. Terima kasih..nanti boleh cuba. Apapun tenang pagi itu melihat keindahan ciptaan Tuhan.


Wednesday, July 14, 2010

Exercise for a healthy

lensa nurrkasih:

My Nephew
Baitul Sakinah, Tawau

lensa kecil: Semasa bercuti ke desa halaman hari itu, seronok je melihat anak-anak riang ini bermain badminton. Saya pun apa lagi, sekali menyertai mereka. Sampai sakit-sakit lengan dibuatnya. Di kawasan perumahan BSI fasa (2) ini, baru 2-3 buah keluarga yang berpindah ke sini. Jadi kawasan ini masih sunyi lagi dari orang sekeliling. Kami apa lagi, bagai kawasan perumahan ini kami yang punya he.

* Photography quotes: 'Photography is the beauty of life, captured'. -Tara Chisholm-

Monday, July 12, 2010

Taman Cempaka, Kajang

lensa nurrkasih:

Lake garden for healthy lifestyle
Taman Cempaka, Kajang

lensa kecil: Panaroma di sekitar lake garden. Tempat riadah bagi mereka yang tinggal berdekatan. Cantik kawasan sekitarnya. Dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan 'track jogging' sejauh 4km mengeliling tasik ini. Sambil riadah dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah.


Friday, July 09, 2010

Greenery scenery

lensa nurrkasih:

Inspiring and lovely farm
Home sweet home, Kunak

lensa kecil: Kebun Abah berhampiran rumah menjadi 'tembakan' saya pula. Abah lagi yang menjadi modelnya 'Model Petani Berjaya' he. Home sweet home menghijau dengan tanamannya. Beginilah hasilnya berbudi pada tanah. Hijau yang mendamaikan. Masya-Allah.

* "Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)." (Al-Baqarah 2:22)