Wednesday, September 29, 2010

Waiting

lensa nurrkasih:

Still waiting
Pangkalan, Kunak

lensa kecil: Di setiap pagi hari, rutin mereka menanti kapal laut dalam yang membawa muatan ikan. Moga mereka diberi rezeki yang melimpah.

* "......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Tuesday, September 28, 2010

On our way back

lensa nurrkasih:

We're on our way home
Baitul Rahmah, Kunak


lensa kecil: Kembali pulang.


Monday, September 27, 2010

Peaceful place

lensa nurr kasih:

Again
Jetty, Kunak




lensa kecil: Mood-mengantuk ;). Saya upload picture semasa kami ke Jeti. Alhamdulillah dapat menghirup udara petang di situ. Nyaman dan damai. Ada juga beberapa keluarga datang ke situ riadah petang. Kawasan kapal berlabuh adalah kawasan larangan, jadi ambil gambar dari jauh sahaja lah.


Saturday, September 25, 2010

Cheerful day

lensa nurrkasih:

Majlis Nur (My lovely sister)
Baitul Sakinah, Tawau

lensa kecil: Ini gambar majlis pertunangan Nur tempoh hari di Sri Indah, Tawau. Semuanya berjalan lancar. Banyak juga saya ambil gambar tapi gambar macam out of fokus je. Kena pergi menuntut ni untuk improvekan teknik mengambil gambar ;). (がんばって)

Thursday, September 23, 2010

Air Terjun Madai | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Madai Waterfall

Madai, Kunak





lensa kecil: Petang itu sebelum menemani Pilot membeli barang keperluan untuk dibawa ke asrama SMSLD, kami bercadang pergi ke Air Terjun Madai dahulu. Inilah tempat riadah yang biasa menjadi tapak aktiviti semasa saya di sekolah menengah. Nostalgia juga lah :). Hajat dihati datang ke sini sememangnya untuk merakam gambar air terjun. Sudah sampai di sana baru perasan terlupa pula membawa tripod bersama huhu. Teringin mencuba slow shutter, air terjun akan nampak seolah-olah berkabus dan seperti kapas. Kalau saya yang buat, tak tau jadi atau tak. Em..boleh lihat picture slow shutter di sini.

* Photography quotes: 'If you can see, you can also take pictures. But learning to see may take a long time.' - Anonymous -

Wednesday, September 22, 2010

Living in the forest | Air Terjun Madai, Kunak Sabah

lensa nurrkasih:

Bokeh
Forest Madai Waterfall





lensa kecil: Masya-Allah..banyak tumbuh-tumbuhan unik di dalam hutan kecil Air Terjun Madai, Kunak. Try hendak membuat bokeh dan shot makro di situ. Tapi sedikit kecewa bila kehabisan bateri 'gear'. Beberapa picture bokeh yang tak berapa menjadi ini yang dapat saya ambil ;). Selebihnya picture 'posing' kami, gaya ala-ala aktivis pencinta alam sekitar gitu hihi. Oh ya kredit juga pada Nur kerana dia yang mengambil gambar pokok tinggi itu. Ada 'tangan' photog juga kan :). Gambar air terjun, Insya-Allah nanti saya upload.

* "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan." (An-Naml 27: 93)

Tuesday, September 21, 2010

View of the nature | Jeti Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Mangrove Swamp (Paya Bakau)
Around the corner Jetty, Kunak

DSC_0623-2

DSC_0611






lensa kecil: Paya bakau ini berhampiran dengan Jeti, Kunak. Oleh itu, kami singgah sebentar sebelum ke Jeti. Saya tidak pernah datang ke sini walaupun saya adalah warga Kunak :). 'Gear' yang ada membuatkan saya ingin pergi ke semua tempat huhu. ありがとう (Arigatō) kepada Nur, Pilot dan Dafi kerana menemani dan 'melayani' kerenah outing bersama ini. Insya-Allah, berkesempatan kita pergi lagi mengejar sunrise :).

Monday, September 20, 2010

The beauty of Pangkalan | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Around the corner Pasar Ikan
Pangkalan, Kunak





lensa kecil: Petang itu selepas urusan 'perbankan' selesai, kami bercadang ke Pangkalan (Pasar Ikan) untuk melihat view di sana. Suasana agak lengang di Pangkalan petang itu. Cuaca pun cantik, saya apalagi terus mengeluarkan 'gear' dan mengambil beberapa gambar :).

* 'Pergilah merantau untuk mencari kehidupan kerana dalam perjalanan itu ada lima kelebihan iaitu menghilangkan kesedihan, melihat penghidupan, mendapat ilmu, mengagungkan jiwa dan dapat bergaul dengan orang banyak.' - Imam Syafie -

Thursday, September 16, 2010

Flower @3

lensa nurrkasih:

Flowers again
Orchids

lensa kecil: Stock picture lama semasa ke pesta bunga tempoh hari. Dah lama tersimpan di dalam draf :). Cuti raya ini ada beberapa kali keluar cuba-cuba 'menembak' bersama Nur, Pilot dan Dafi ;). Insya-Allah akan upload untuk perkongsian bersama.


Wednesday, September 15, 2010

Cloudy at the evening

lensa nurrkasih:

Lake Garden

Nature and landscape around us

lensa kecil: Picture sebelum balik beraya di home sweet home. Lake garden ini berhampiran dengan tempat kerja saya. Boleh menenangkan fikiran sambil berjalan-jalan di sini :). Tapi tak ramai orang yang datang ke lake garden ini. 

Tuesday, September 07, 2010

Eid ul-Fitr Mubarak | Bangunan Kehakiman, Putrajaya

lensa nurrkasih:

Bangunan Kehakiman
Putrajaya

lensa kecil: 'Tetamu' yang datang akan pergi meninggalkan kita. Pemergiannya pasti akan ditangisi. Dan pastinya kedatangan Aidilfitri merupakan berita kemenangan, ganjaran dan hadiah bagi mereka yang bersungguh-sungguh menyempurnakan ibadah di bulan barakah ini. Bagaimana kita? Apakah kita berjaya? Atau sekadar menumpang gembira di pinggiran kebesaran-Nya? Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita dan mendapat magfirah di sisi-Nya. Ameen.

"Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua".

* Jika ada tersalah kata dan bicara, ampun maaf dipinta. Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu kebahagiaan buat kita semua. Insya-Allah :).

Monday, September 06, 2010

Practice make perfect

lensa nurrkasih:

First try
Lightroom :)




lensa kecil: 26th day of Ramadhan. Suasana di office sunyi sepi. Ramai yang telah pulang bercuti hari raya. Tentu semua pun sedang sibuk membuat persiapan raya kan. Saya yang belum bercuti lagi. Apapun teruskan semangat Ramadhan yang tinggal beberapa hari ini. Oh ya, semalam saya sempat download software hasil dari tunjuk ajar seorang sahabat blogger AKu is AKU. Terima kasih diucapkan. Oleh itu sempat try edit beberapa picture. Huhu. Saya ubah ke aged photo dan edit tone. Saya upload sahaja lah sebagai tatapan ye. Ok practice make perfect :).


Friday, September 03, 2010

Street picture @2 | Tawau, Sabah

lensa nurrkasih:

Street shoot
Tawau town









lensa kecil: Saya upload picture semasa 'menelusuri' bandar Tawau. Tak banyak gambar yang dapat diambil. Mendahulukan hajat Ummi untuk ditunaikan :). Picture gerai buah-buahan itu bukan di pasar Tawau, tetapi di tempat lain. Insya-Allah berkesempatan ingin mengambil gambar di dalam pasar besar Tawau ;).