Friday, May 27, 2011

Pagi yang damai | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Pagi
Mutiara Damansara

Pagi | Burung | Mutiara Damansara

lensa kecil: Pagi ini hujan membasahi bumi. Udara segar dapat dihirup seadanya. Alhamdulillah, syukur :). Apapun yang datang... Pahit, kita belajar bersabar. Manis, kita melatih diri bersyukur.

* Salam Jumaat kepada semua ^_~.

Tuesday, May 24, 2011

Team Building Company | Genting Highland

lensa nurrkasih:

1760m
Genting Highland

lensa kecil: Saya kongsikan gambar semasa menyertai aktiviti syarikat yang diadakan di Genting Highland tempoh hari. Sempat juga main kat indoor game, walaupun rakan-rakan amat teruja nak main permainan yang adventure di outdoor game. Tapi petang itu hujan turun dengan lebatnya, so aktiviti outdoor terpaksa dihentikan. Lagipun saya memang cuak sikit hehe.. (dalam hati.. selamat ^_~)

* Quotes of the day: Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom.~ Marcel Proust ~

Sunday, May 22, 2011

Smile, please :) | Sofia Zahra

lensa kecil:

Sofia Zahra
Kota Kinabalu

lensa kecil: Hingga sekali lagi... Ada rindu yang sentiasa ada untuk Sofia :). Diami sudut hati. Moga esok segera ada waktu untuk bertemu mu ^_~.

* Lama betul tak jumpa budak kecik ni huhu.

Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah: Menang GA ' I LIGHT U'

lensa nurrkasih:

lensa kecil: Alhamdulillah. Saya telah memenangi Giveaway 'I LIGHT U' yang saya sertai minggu lepas :). Terima kasih kepada blogger En. Eqbalzack di atas GA yang menarik ini.

Senarai pemenang boleh lihat di sini

Hadiah-hadiah yang disediakan untuk pemenang semuanya adalah produk dari IKEA. Memang berbaloi. Inilah hadiahnya yang saya menangi..Hadiah Utama Lagra Floor Spotlight With Stand :).

Boleh baca entry penyertaan saya di sini :)

Tahniah kepada semua pemenang GA :). Terima kasih juga kepada semua sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan singgah ke sini ^_~.

Monday, May 16, 2011

Sepetang di kebun Abah ~ | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Kebun Abah
Desa halaman

lensa kecil: Petang itu, saya kerahkan geng SMS membantu Atok mereka di kebun memetik kacang :). Daripada menghadap laptop je, baik la mereka mengeluarkan peluh di kebun Abah. Kebun Abah pun semakin luas nampaknya. Tanah di sepanjang jalan, habis dibersihkan untuk menanam. Begitulah Abah yang masa mudanya berbakti pada tanah, usia begini pun tak betah hanya duduk di rumah. Nak juga bercucuk tanam. Yang penting Abah gembira :).

Geng SMS: "Auntie, kenapa tak bantu sama?".
Saya: " Auntie tak boleh la, nanti gatal2". Hehe alasan ^_~.

SELAMAT HARI GURU

* Kepada semua guru yang pernah mendidikku dan kepada semua guru yang terus mencurah bakti. Jasamu sentiasa dikenang. Terima kasih cikgu..

Friday, May 13, 2011

Giveaway - 'I LIGHT U'

lensa nurrkasih:

Giveaway
Tema: I LIGHT U

lensa kecil: Salam kepada semua.. Kali ini saya try join giveaway pula :). Giveaway yang menarik sebenarnya, yang boleh di interpretasi bermacam-macam makna bagi setiap orang :). Dan ini adalah penyertaan GA saya yang pertama :). GA ini dianjurkan oleh En. Eqbalzack. Syarat-syaratnya boleh lihat di sini.

Banner yang sangat menarik :)
Tarikh tamat GA pada 13/05/2011 15/05/2011

Mentari tak pernah lupa untuk menghangatkan bumi yang basah.
Begitu juga Allah takkan pernah lupa untuk menerangi jalan hamba yang mengharap pada-Nya.
Ya Allah, kami mohon KAU terus terangi jalan kami hingga ke nokhtah terakhir.

Ok GA ini nak tag pada EB dan sesiapa sahaja yang ingin menyertai :).

Tuesday, May 10, 2011

Emptiness | Genting Highland

lensa nurrkasih:

Kabus
Genting

lensa kecil: -

Sunday, May 08, 2011

Photo Contest: The Best Sunset In Your Life

lensa nurrkasih:

Photo Contest
Putrajaya

lensa kecil: Saya try join contest lagi ;). Join untuk memeriahkan contest yang dianjurkan oleh kawan-kawan. Contest ini dianjurkan oleh afundee sempena harijadinya. Sebelum itu nak buat ucapan harijadi, bagi ucapan awal :).

"Selamat ulangtahun kelahiran fundee. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati setiap usiamu. Ameen2."

Ok maklumat lanjut tentang contest boleh klik di sini.

Contest ini akan berakhir pada 11/05/2011.

Inilah gambar sunset yang saya dipilih ^_~. Gambar ini saya rakam sewaktu perjalanan pulang dari Putrajaya ke Bangi. Bukanlah gambar yang terbaik, tetapi yang pasti suasana saat itu memang sangat indah... Maha Suci Allah.

Senja itu
alam bagai tunduk pada garis ketaatan.
Di ufuk barat
warna jingga melakar rentak iramanya
indah, seindah titah Tuhan.
Mentari juga
tidak pernah lupa pada garis paksinya
sujud, akur, patuh
pada Tuhan yang Maha Pencipta.
Namun, kita sebagai insan berakal
mengapa selalu ingkar firman Tuhan??
~ lensanurr, 080511, 8pm ~

" Demi cahaya merah pada waktu senja. Demi malam dan apa yang diselubunginya. Demi bulan apabila jadi purnama. Sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Al-Insyiqaq: 16-20)

" Sungguh, bukti-bukti yang nyata telah datang dari Tuhanmu. Barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka dialah yang rugi." (Al-An'am: 104)

* Lastly nak tag kawan-kawan ummi | afzan | adrenalina | Faaein | dan sesiapa sahaja yang ingin menyertai contest ini :). Chaiyok ^_~.

Saturday, May 07, 2011

Blue dragonfly ~ | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Dragonfly
Desa halaman, Kunak

lensa kecil: Selamat berhujung minggu kepada semua. Semoga gembira bersama keluarga ye :). Saya upload lagi gambar semasa balik ke desa halaman tempoh hari. Picture dragonfly ini saya ambil di kawasan sungai. Ala-ala komander renjer menghendap musuh pula rasanya. Kena berendam di dalam sungai untuk mengambil shoot ini. Mesti tenang dan pergerakan pun slow motion supaya tidak menakutkan subjek he. Seperti biasa, cuma dapat buat close-up je la ^_~.

* Photography quotes: To spot the difference between an average picture and an excellent picture, you have to look at a lot of pictures. - Jim Beecher -

Wednesday, May 04, 2011

Alhamdulillah: Menang contest :)

lensa nurrkasih:

lensa kecil: Alhamdulillah. Terima kasih kepada pemilik blog Wajah Rahsia Hati :). Semalam balik dari tanah tinggi, dapat message di fb dari dyanzjha untuk tuntut hadiah. Hadiah apakah?? Rupanya saya adalah pemenang utama untuk contest Jangan Pandang Kamera yang saya join tempoh hari tu. Dah lama diumumkan pemenangnya sejak 15 April lalu, tetapi saya yang tak alert dengan keputusan pemenang. Dah setengah bulan berlalu huhu.


Senarai pemenang boleh lihat di sini
Senarai hadiah boleh lihat di sini pula :)

Sebenarnya tak sangka sebab ramai sangat penyertaan dan gambar semua pun bagus-bagus. Tapi Alhamdulillah mungkin rezeki saya kali ini. Esok-esok, InshaAllah rezeki sahabat-sahabat pulak ye. Hadiahnya ada 2 pilihan tetapi saya pilih yang ini. Terima kasih sekali lagi ♥♥♥♥♥♥.



Inilah gambar yang saya letak tempoh hari. Boleh klik di sini :)

Terima kasih juga pada eezance sebab tag contest ini. Thanks my dear ^_~. Tahniah juga pada afzan sebab menang gambar paling cool :). Terima kasih juga kepada semua.

Monday, May 02, 2011

White heart | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Desa Halaman
Kunak

lensa kecil: Jiwa yang bersih akan mudah dipenuhi dengan kebahagiaan. Keindahan yang terpampang disekelilingmu juga adalah seruan alam untuk mengisi jiwamu dengan kebahagiaan :).

* Bertolak ke tanah tinggi pagi ini. Harap dapat picture yang best-best ^_~.