lensa nurrkasih:
J.O.M | Batu Caves
J.O.M | Batu Caves
30.10.2010
Kredit picture Noorizam
lensa kecil: Saya berkesempatan mengikuti outing semalam yang diadakan di Batu Caves :). Ini outing pertama secara besar-besaran yang saya sertai. Seramai 105 orang photog telah bertemu di Batu Caves.
Seawal pagi, saya dan Zirah sudah sampai ke Batu Caves. Hujan lebat pagi itu. Tetapi alhamdulillah lebih kurang 9.00 pagi, hujan mulai berhenti dan aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas dari Saudara Ijam. Pada mulanya malu juga mengeluarkan 'gear'. Iyelah, melihat kamera peserta lain, lensa mereka yang panjang dan besar pula tu. Kami 'gear' comel je. Apapun selepas berkenal-kenalan dengan rakan peserta lain, semuanya menjadi natural. Begitulah bila photog bertemu, banyak ilmu dapat dikongsikan :). Terima kasih kepada Saudara Ijam dan rakan peserta di atas segala ilmu dan tunjuk ajar. GO semua!!
* Nanti saya kongsikan picture semasa outing :).