Monday, January 09, 2012

Sofia minat baru | Kota Kinabalu, Sabah

lensa nurrkasih:


Hari baru adalah hari prestasi,
Bangunlah merapat pada Ilahi,
Agar cita dan tekadmu terus tinggi,
Tahajud cintamu biarlah benar-benar dinikmati,
Biar hari ini hidup penuh berseri !

~Afdholul Rahman of LangitIlahi~

* Sofia bergaya dengan gitar kecilnya. Ada cita-cita nak ikut jejak Najwa Latif ke? Huhu...

Friday, January 06, 2012

Violet: Indah untuk setiap sabar


Untukmu sahabat ^^, semoga Allah memberikanmu (juga diriku) pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap dugaan, kejayaan untuk setiap usaha dan makbul untuk setiap doa. Aamin ya Rabbal Alamin..

Wednesday, January 04, 2012

Wordless Wednesday: Luaskan pandangan

lensa nurrkasih:

Dari udara
Kota Kinabalu


Jika sebelum ini hanya 'melihat' sesuatu perkara pada satu sisi pandangan sahaja, hari ini cuba lihat dengan pelbagai sisi pandangan. Atau perlu naik di tempat yang lebih tinggi, untuk melihat keseluruhan keadaan itu. Pasti lebih luas dan akan rasa lebih baik kan :).

Sunday, January 01, 2012

View from the sky | Di ruang udara Tawau, Sabah

lensa nurrkasih:

Flying
Tawau, Sabah

KL - Tawau. Subhanallah, suka melihat awan yang berkepul-kepul.

"Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya."


SELAMAT TAHUN BARU 2011 :).