Saturday, August 30, 2014

Instagram Pic: Ke Pusat Asasi UM


Assalamualaikum w.w

Lama betul blog tak berupdate.

Ini cerita masa bulan Mei lalu. Saya ada datang ke KL menghantar Shahrul ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Menghantarnya untuk pendaftaran hingga selesai masuk ke kolej.

Oh sebelum pulang, saya melepas rindu jalan² ke Sogo dan ke Putrajaya ☺. 

Wednesday, May 14, 2014

Instagram Picture: Random 2

Salam.. Lama betul blog tak berupdate. Last update pic baby Husna. Baby Husna sekarang dah 6 bulan dah huhu. Baru2 ni ambil masa buat photoshoot untuk dia :). Teaser satu pic Husna. Oh..Ada lagi ke rakan-rakan yang singgah jenguk kat sini hihi. Apapun didoakan sentiasa dipermudahkan urusan kalian. Nak mudah dan senang saya share je gambar dari instagram dan upload kat sini.. sekurang2 dapat share gambar kan. Ok itu je..InsyaAllah jumpa lagi ;).


Wednesday, January 15, 2014

Salam Update :)

lensa nurrkasih: 

#Blur. Gambar dari udara waktu malam. Ruang angkasa sebelum mendarat di Tawau :)

Assalamualaikum.. Lama betul blog tak berupdate. Genap 2 bulan :). Apapun semoga semua sahabat yang membaca blog ini sihat walafiat hendaknya. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Moga tahun 2014 ini lebih memberi kejayaan dunia dan akhirat. Lebih dekat kepada DIA pencipta sekalian alam. Bagi tahun 2013 yang telah berlalu, Alhamdulillah syukur atas segala nikmat gembira dan sedih. Setiap gembira dan sedih adalah ujian.. Syukur dan sbar adalah kunci kemanisannya :).

Hiduplah berpada-pada. Hidup bagai musafir lalu yang singgah. Yang akan berangkat setelah berehat seketika. Maka luruskanlah musafirmu menuju Tuhan dengan tulus hati. Bersemangatlah utk memperoleh apa yg bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dgn jalan sabar dan janganlah lemah. Bila menimpa sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) katakanlah: Allah telah menetapkan apa yg DIA inginkan untukku.

InsyaAllah, bila hati lapang, hidup sempit tetap senang. Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang. Bila hati kian bening, dihati selalu hanya ada DIA.

Allahu Al-Musta'an.
Allah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya.

*Salam MaulidurRasul 1435H.
Allahumma salli `ala sayyidina muhammad wa`ala ali sayyidina muhammad.

Wednesday, November 13, 2013

Random@3: Wordless wednesday

Membuat puisi memang tidak akan mudah,
bila kau sedang tak merasa apa-apa.
~karenapuisiituindah~

:)

Monday, November 11, 2013

Serahkan diri kepadaNya | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih: 

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Isnin. Tazkirah ini untuk peringatan diri sendiri dan untuk sahabat2 semua juga :).

Rasulullah SAW mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun dalam sekelip mata atau lebih cepat dari itu.”

Mengapa? Kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun kadang-kadang akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Justeru, dalam doa itu Rasulullah SAW berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

"Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Allah, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat yang tidak kami sanggup memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah sebai-baik penolong kepada kami."


Saturday, November 09, 2013

Instagram picture: Random 1

Assalamualaikum kepada semua. Ini gambar2 di instagram. He saja-saja nak share :). Selamat berhujung minggu kepada semua. Moga berbahagia selalu :).

* "Tiada orang yang sepi daripada ujian. Ada ujian yang kita kena hidup dengannya. Apa sebabnya? Kerana inilah jalan untuk kita sentiasa merintih kepada-Nya" ~ Genta Rasa ~ Allahu..

Wednesday, October 30, 2013

Model Cilik: Photoshoot in the backyard | Bangi, Selangor

lensa nurrkasih:

Puteri Qaseh Qistina
Bangi


Gambar ini dah lama saya rakamkan cuma baru berkesempatan untuk diupload. Gambar ini diambil ketika raya Aidilfitri August lepas. Tak ambil banyak masa pun. Waktu petang dalam pukul 5, cuaca yang cerah, set up sikit dengan kerusi merah, tukar baju dan ambil gambar. Mood model agak baik petang itu, lagipun dia memang suka bermain kat laman pun :). Inilah hasilnya.. 

More photo LensaNurrPhotography :)

Friday, October 04, 2013

Random@4: All in one | Sabah

lensa nurrkasih:

Ini gerai tepi jalan di Abaka, Tawau. Singgah sarapan nasi kuning dulu sebelum ke bandar Tawau membeli barang.
Rutin saya bila balik kampung akan hantar mereka geng SMSLD ke asrama, Lahad Datu.

Rindu Puteri Qaseh. Raya Aidiladha 2011 bersama di Kunak.

Hehe Aimy tengok jam nak balik dah. Di D-KL Likas, Kota Kinabalu makan ayam penyet.

  Aktiviti uji minda di Pusat Sains Kota Kinabalu
Pelancong asing yang datang ke Semporna untuk melihat Regata Lepa-Lepa, Semporna. Saya ditemani oleh Abah dan Ummi masa ini. Abah dan Ummi tak nak biarkan saya seorang-seorang drive ke Semporna seawal subuh.
Kebun Abah di belakang rumah di kampung halaman, Kunak. Segala macam tanaman ada..
Di Bandar Sri Indah, Tawau.
Segala hal yang baik selalu datang di waktu yang tepat.
Pun di tempat yang tepat.
Dan tentu dengan seseorang yang tepat.
~Karenapuisiituindah~
* Salam Jumaat kepada semua sahabat. Mari perbanyakkan selawat kepada Rasulullah saw. Allahumma salli `ala sayyidina muhammad wa`ala ali sayyidina muhammad 50x.

Hari ini upload gambar random lagi. Antara gambar-gambar yang dah lama edit cuma hari ini baru upload. Sesekali tengok gambar lama best juga kan..terasa cepatnya masa berlalu. Mari hargai seseorang yang ada di sisi, di masa dan di tempat yang selalunya tepat mereka hadir :).

Sunday, September 29, 2013

Simpang ke Kunak-Lahad Datu 1 km

lensa nurrkasih:

Angin adalah lagu
Yang bergemersik
Pada celah-celah daun.
Angin adalah lagu
Yang bersenandung
Bersama damai alam.
~lensa nurr, 290913~

Throwback gambar-gambar masa balik kampung hari tu. Kalau dapat balik kampung suka jalan-jalan dan ambil gambar sana sini.  Sambil-sambil ambil angin tu, tak nak lah lepaskan peluang tekan shutter sekali. Siapa lagi temankan kalau bukan model cilik seorang ni.. Dia kan minah kampung.. Tiap petang mesti ajak nenek dia jalan ambil angin :). Jadi kalau ajak jalan, tak menolak punya. Dia dulu jalan kat depan :).