Thursday, August 26, 2010

See hope in the morning - Apartment Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

In the morning light
Around my apartment

lensa kecil: Segala puji hanya bagi Allah. Cuba-cuba 'menembak' sunrise di awal pagi :). Tak awal pagi sangat pun. Alhamdulillah, cuaca pun baik. Bukan senang rupanya ye mendapatkan gambar 'landscape' yang cantik dalam photography. Betul-betul harus menyemai sifat sabar :). Dah beberapa hari saya mengusung 'gear' untuk mengambil picture semasa matahari naik. Tetapi faktor cuaca dan faktor diri sendiri tidak mengizinkan. 

* Photography quotes: "Photography is like fishing. You go out in the morning with no idea of what the trip will bring. Sometimes luck is on your side and all your crab pots are full of prime Lobsters. Other times you get nothing. - Bob Croxford -

Tuesday, August 24, 2010

Panoramic view

lensa nurrkasih:

Around the corner
Swimming pool, Suria Apartment




lensa kecil: 14th day of Ramadhan Kareem. Terus bermujahadah menyempurnakan sebaiknya ibadah puasa ini dan pengisiannya. Picture ini saya ambil semasa trip kami ke BM. Merakam gambar di sekitar kawasan penginapan selepas breakfast pagi itu. Mencuba more angle of view la kononnya huhu.

* Photography quotes: "Everywhere is something which could be beautiful. You must only to see and to know what and how to take off, to crop from the infinity. Abstract, fine art, nature, landscape and portrait photography." -Florin Constantinescu-

Wednesday, August 18, 2010

Don't they see?

lensa nurrkasih:

Grass
All around us






lensa kecil: Gambar ini saya ambil ketika hendak ke tempat kerja. Singgah sebentar, kemudian ambil gambar rumput-rumput di tepi jalan. Masa ini awal pagi lagi, jadi tak ramai orang. Kalau tak mesti mereka hairan melihat seseorang terbongkok-bongkok mengambil gambar ;). Cuaca pagi itu mendung. Sambil 'menembak' sambil berzikir dalam hati. Maha Suci Allah yang menciptakan semua ini. Nikmat apa lagi yang kami cuba dustakan?


Wednesday, August 11, 2010

Masjid Besi, Putrajaya

lensa nurrkasih:

The interior side view
Steel Mosque

Picture jambatan ini diambil dari dalam masjid. Refleksi jambatan di dalam air yang mengelilingi masjid.
 
lensa kecil: Rekabentuk dalaman Steel Mosque, Putrajaya. Gemerlapan dilimpahi dengan cahaya. Bersesuai dengan proses transformasi masa kini, senibina masjid juga mengalami perubahan dan perkembangan dalam memenuhi fungsinya sebagai sebuah masjid. Gaya seni bina Islam dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi dan Byzantine. Masjid Quba adalah masjid yang mula-mula dibina oleh Rasulullah s.a.w.

Friday, August 06, 2010

Flower @2

lensa nurrkasih:

Different

lensa kecil: Salam Jumaat :). Saya upload picture bunga-bungaan pula. Boleh juga sebagai terapi mata. Cantik. Suka pula mengambil gambar bunga. Maha Suci Allah yang menciptakan. Pasti DIA tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.