Thursday, August 08, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

lensa nurrkasih:
 
1 Syawal 1434H
Salam Aidilfitri
 
"Terdapat riwayat yang datang dari para sahabat radhiyallahu’anhum bahawasanya mereka saling mengucapkan selamat di hari raya dengan ucapan, تقبل الله منا ومنكم “Taqabbalallahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian)"

* Selamat Hari Raya kepada semua sahabat. Ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap. Mari kita raih fitrah kebahagiaan dan kesyukuran menjelang syawal ini. Moga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima dan kita menjadi insan yang lebih bertaqwa. Minna wa minkum taqabbal ya kareem.

Wednesday, August 07, 2013

Akhir Ramadan 1434H | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:
29 Ramadan 1434H
Kunak, Sabah
Peringatan hari ini. 

Celakalah mereka yang setelah Ramadan pergi tidak Allah ampuni dosa mereka. Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni".
T__T.. Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan ini dan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu. Aamiin.

Sunday, August 04, 2013

Pre-Ramadan | Sofia Zahra

lensa nurrkasih:
Sofia
Kota Kinabalu, Sabah

Sebelum Ramadan, saya sempat mengambil gambar model cilik ini. Apa taknya.. dah berulang kali cakap yang dia dah lama tak buat photoshoot huhu. So.. saya ikutkan je sebab dia yang semangat nak ambil gambar. Tempat seperti biasa di atas bukit berdekatan dengan rumah. Sebab kerelaan sendiri, mood pun baik je masa ambil gambar tu. Layan je la gambar-gambar Sofia ni :).

Salam kepada semua sahabat. Selamat berpuasa di hari-hari terahir Ramadan dan InsyaAllah mari sama-sama tingkatkan ibadah. Moga beroleh pengampunan segala dosa-dosa. Aamiin.

*LensaNurr Photography.

Saturday, August 03, 2013

25 Ramadan 1434H

lensa nurrkasih:
25 Ramadan 1434H
Kunak, Sabah
Hari ini ialah hari ke-25 Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Ada antara kita yang sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita, dan hanya Allah sahaja yang tahu sama ada ia akan kembali melawat kita lagi tahun depan ataupun tidak. Dalam kesedihan itu, ada yang masih bersemangat dan ada juga yang sudah keletihan. Letih atau tidak, semoga kita semua tidak akan berhenti. Selagi Ramadhan masih ada dan kita masih hidup, selagi itulah peluang keemasan ini masih ditawarkan oleh Allah kepada kita. Kita masih lagi mempunyai beberapa hari sebelum Ramadhan pergi. Lailatul Qadar belum tentu lagi sudah berlalu ataupun tidak. Maka, ambillah peluang berbaki ini. Lakukan yang terbaik. ~ Aiman Azlan~