Thursday, September 22, 2011

Pasar Kunak | Ambil gambar dari 'hati'

lensa nurrkasih:


* Gantungkan kamera di leher dan ke paras dada, kemudian mulalah berjalan. Ambil gambar berpandukan dari 'hati' yang begitu dekat dengan kamera. Tidak perlu mata, lupakan ketajaman gambar, lupakan tone menyesakkan, lupakan apa-apa rules. Teruskan langkah, pandang dari hati dan tekan shutter ~ Kotak Hitam ~

Tuesday, September 20, 2011

Sofia 4 tahun | Kunak Photography

lensa nurrkasih:

Ambil gambar Sofia semasa harijadinya ke 4 tahun pada 31.08.2011 yang lepas. Nak beli cake, masa tu semua kedai tutup sebab masih lagi Hari Raya ke-2. Dapat beli tart blueberry dan letak sebatang lilin pun jadila he~.

* Sofia, semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, penyejuk hati Mama dan Papa, dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamin.

Monday, September 19, 2011

Gembirakan hati hari ini | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Jadikan sekarang masa paling gembira :).

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup kita jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila dah berjaya nanti.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita ada masa gembira dulu-dulu, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini! ~ Genta Rasa ~

Thursday, September 15, 2011

Happy Malaysia Day 2011

lensa nurrkasih:


"Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak di muka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah". - Dr.Yusuf Qardawi -

Friday, September 09, 2011

Satu hari di hari raya - Dafi dan Sofia

lensa nurrkasih:

Aidilfitri 1432H

 
Petang itu...

"Dafi hati2, sofia pun hati2."
Saya mengingatkan dua budak ini yang selamba je jalan kat atas titi tu.
"Dafi, Sofia tengok sini."
Dua-dua pun menoleh. Posing ala kadar je.
"Apasal senyum lain macam ni. Macam senyum kambing ja auntie tengok ;)."
" Hehehe....Sofia la ni."
Dafi menyalahkan Sofia pula.. walhal senyumannya yang terlebih control haha.

"Sekali lagi."
"Sofia pandang lagi la."
Dafi menolak pipi Sofia menoleh ke belakang dan keduanya pun gelak terbahak-bahak. Saya pun join gelak juga tapi kamera tetap klik heheh.

"Oitt sudah2... nak hujan ni. Jalan."

Wednesday, September 07, 2011

Raya 1432H | Kanak-kanak riang di hari raya :)

lensa nurrkasih:

Aidilfitri 1432H
Tawau

Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi. Setelah melepasi Ramadhan, diberi kegembiraan pula di Aidilfitri ini. Mudah-mudahan segala amalan di bulan Ramadhan di terima oleh-Nya. Raya kali ini semua keluarga dapat berkumpul bersama. Banyak juga gambar-gambar yang dapat diambil. Gambar anak-anak riang :).

Teringat pula tregedi Raya 2010 he. Gambar raya terdelete tanpa disedari. Waktu itu baru je beli kamera. Keluarga pula beraya menziarah sanak saudara yang jauh di ceruk rantau sana. Pemandangan kampung pun sangat cantik dan natural. Kami apalagi, berposing sakan namun tiada rezeki pula. Tak apa la.. jadikan sebagai kenangan :D. Apapun diharap semua ceria dan mari bersama berpuasa 6 Syawal.

Tuesday, September 06, 2011

Balik kampung Raya 1432H | Tawau, Sabah

lensa nurrkasih:

On my way
Persiapan raya :)


Hari ini sudah Syawal ke-8. Alhamdulillah. Harap semuanya baik-baik saja. Dan pastinya gembira dapat beraya bersama keluarga :D.

Salam Aidilfitri untuk semua dan Maaf Zahir dan Batin.

* Alhamdulillah. Iftar bersama di Hotel Emas ^_~.