Monday, January 31, 2011

Kelas Basic | Rahsia Wedding Photography I

lensa nurrkasih:

Kompleks Rakan Muda
Puchong

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
(Istikharah Cinta - Sigma)

lensa kecil: Semalam, saya mengikuti kelas 'Rahsia Wedding Photography'. Alhamdulillah ada rezeki, so dapat join. Fuuhh.. memang banyak yang perlu diteliti sebelum shoot wedding. Apapun satu pengalaman menarik dan thanks a lot to AF yang memberikan ilmu dan tips. Sangat berbaloi ^_^.

Saturday, January 29, 2011

Pantai Kemang | Port Dickson, Negeri Sembilan

lensa nurrkasih:

Pantai Kemang
Port Dickson

lensa kecil: Jalan2 PD :).

Wednesday, January 19, 2011

Broga Hill, Semenyih | Outing | Part II

lensa nurrkasih:

Again
Broga Hill

lensa kecil: Masih lagi mood Broga Hill :). So, upload gambar lagi. Picture buat editing sikit. (Sekarang nak sangat belajar edit gambar huhu). Layan je la :D.

* Photography quotes: Camera is just an instrument to record human's creativity.. but it can record what human cannot view, imagine or dream. - Lakshman Iyer -

Tuesday, January 18, 2011

Broga Hill, Semenyih | Outing | Part I

lensa nurrkasih:

Our group
Broga Hill

lensa kecil: Alhamdulillah, outing ke Broga Hill sabtu lepas berjalan dengan lancar. Seawal pukul 4.30 pagi, Ummi dan saya bergerak ke Semenyih (semangat ni). Kemudian kami berjumpa dengan group seouting iaitu a fun dee dan rakan-rakan lain di Stesen Petronas. Selesai solat subuh, 6.30 pagi kami memulakan pendakian. Saya yang sememangnya bertahun-tahun tidak mendaki ini rasa teruja lah sikit. Pertengahan pendakian, memang macam nak pancit tapi tetap bersemangat bila melihat berduyun-duyun manusia dari pelbagai peringkat usia bergerak cergas memintas pendakian hohoho... Dan yang paling penting, semangat hendak merakam keindahan dari puncak hehe.

Apapun, Subhanallah sampai di puncak sahaja, penat terasa hilang saat melihat keindahan ciptaan Ilahi. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Siapa suka lalang, memang suka tempat ini hehe. Walaupun tak dapat merakam sunrise, tapi rasa sangat berbaloi. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu dan sangat membantu :). Layan je la gambar ye..

Kredit picture a fun dee's photography
Inilah group seouting :).

Kami di pertengahan jalan..
Kredit picture a fun dee's photography

Merakam 'rasa'.. biru, hijau dan coklat.

Lalang itu..

Penembak misteri. Di sebalik lalang, dia membedik.

Juga cantik dikelilingi lalang..

Berlari bersama angin :).

Sudah terlakar cerita kami di sini. Anda bila lagi?? :)

Inilah sebahagian gambar-gambar yang saya rakam. Mungkin picture biasa-biasa sahaja bagi kamu, tetapi tidak bagi saya. Sebab saya masih terasa sengal badan lagi hingga hari ini huhu. Itulah padahnya, tak rajin nak exercise hehe. Ada kesempatan nak naik lagi, jom ^_^.

Monday, January 17, 2011

Broga Hill, Semenyih | Here we come

lensa nurrkasih:

Broga Hill, Semenyih
15.01.2011

lensa kecil: Alhamdulillah..kami telah menawan puncak Broga sabtu lepas :). Tiada kata-kata dapat menggambarkan keindahan apabila berada di puncak. Nanti saya upload lagi gambar-gambar lain ye.

* Photography quotes: Photography is a good medicine.. it medicates you and others in a single dose. - Lakshman Iyer -

Sunday, January 16, 2011

LCCT: Waiting

lensa nurrkasih:

LCCT
In the morning

Ruang menunggu selepas boarding pada pukul 7.00 pagi di LCCT. Masing-masing sedang menunggu untuk memulakan perjalanan pagi itu.

lensa kecil: Fotografi adalah sesuatu yang subjektif. Tidak semua sesuatu itu cantik di mata kita dan cantik juga di mata orang lain. Dan mungkin juga sesuatu yang tidak cantik di mata orang lain, tetapi cantik di mata kita dan mempunyai makna yang tersendiri. Apapun teruskan berkongsi gambar dengan ikhlas, disamping itu teruskan menambah ilmu. Mudah-mudahan apa yang kita ingin kongsikan akan memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain. Peace ^_^.

* Oh, nanti saya kongsikan gambar outing saya bersama rakan-rakan photog ke Broga Hill ye :).

Tuesday, January 11, 2011

SDSI 2011 | Melaka

lensa nurrkasih:

Satu Daerah, Satu Industri
Melaka

Selebriti TV3, Azizah Ariffin di booth Negeri Perak..

lensa kecil: Gambar yang sempat saya rakam semasa singgah ke Showcase 1 Daerah 1 Industri di Melaka tahun lepas. Tahun lepas?? Huhu macam gambar lama sangat la pulak. On the way bertolak balik ke KL, kami menyempatkan diri singgah sebentar meninjau-ninjau SDSI ni. Kraftangan, ukiran, sulaman, makanan tempatan dan bermacam-macam lagi barangan yang dipamerkan. Jadi saya kongsikan gambar yang sempat saya ambil :).

* Sharing quotes: If you are really thankful, what do you do? You share. ~ Anonymous ~

Sunday, January 09, 2011

I Don't Want To Be A Pirate! | Muzium Samudera, Melaka

lensa nurrkasih:

Muzium Samudera
Melaka

lensa kecil: Gambar semasa ke Melaka tempoh hari. Kapal yang terdampar di atas darat ini dikenali sebagai Muzium Samudera. Dalam kapal ini, terdapat beberapa tingkat yang mempamerkan bermacam-macam barang-barang sejarah dan cerita asal usulnya. Insya-Allah di lain hari saya kongsikan ye :). Layan je la gambar ^_^.

Photography quotes: There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are. - Ernst Haas - Huhu.

Wednesday, January 05, 2011

Smile, there's a beautiful rainbow in the sky

lensa nurrkasih:

Alam Sari
Bangi

Biasanya selepas hujan, akan ada pelangi indah yang muncul. Perumpamaan bagi mereka yang sedang menghadapi ujian, ingatlah selepas kegagalan, pasti akan ada kejayaan sesudahnya. Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Insyirah 95: 5)

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu. Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai, Insha-Allah.

lensa kecil: Memujuk diri sendiri. Laju-laju mengucap syukur atas perjalanan takdir yang telah ditetapkan ^__^. To my friend Faaein, cari semangat yang hilang itu. Teruskan usaha ye, chaiyo :).

Monday, January 03, 2011

Fireworks @ The Curve, Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

Fireworks
The Curve, Mutiara Damansara

lensa kecil: Firework/Bunga api = Hanabi dalam bahasa Jepun. Sebenarnya tak plan pun untuk mengambil gambar bunga api. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ingatkan hanya stay kat rumah sahaja. Tetapi memandangkan saya terpaksa standby kerja pada malam itu, jadi bawa la 'gear' sekali. Percubaan pertama ambil gambar bunga api :).

Saya mengambil gambar dari jauh sahaja. Tak tau pun bunga api tu akan muncul kat mana. So, setting kamera kat tripod dan tunggu. Haissh, jangkaan tersasar 45 darjah dari kawasan sasaran hehe. Beberapa kali juga ubah setting sebab gambar tak berapa menjadi. First try guna 'Bulb', kemudian saya tukar ke Mode Shutter Priority. Apapun pengalaman dapat tengok bunga api di tempat tinggi ;).