Saturday, April 30, 2011

Majlis resepsi Saleh & Hasma | Bukit Jelutong

lensa nurrkasih:

lensa kecil: Gambar lama yang baru nak upload huhu. Layan je la. More picture di LensaNurr Photography :).

Friday, April 29, 2011

Risalah perjalanan | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Jetty
Kunak
lensa kecil: Hilang kabus, teduh hujan. Langit cerah akan kelihatan ^_~.

Thursday, April 28, 2011

Majlis Khatam Al-Quran - Hasma

lensa nurrkasih:

Hasma
Subang Bistari

lensa kecil: Upload picture masa Majlis Khatam Al-Quran Kak Hasma. Harap tak ada yang bosan tengok ye. Saja nak upload, hiasan dan gambar dalam rumah ni cantik ^_^.

* Boleh juga tengok di sini LensaNurr Photography :).

Tuesday, April 26, 2011

Wedding - Saleh & Hasma

lensa nurrkasih:

Wedding Saleh & Hasma
Subang Bistari

lensa kecil: Inilah gambar-gambar yang saya shoot 2 minggu lepas bersama Ummi. Barakallah kepada pasangan mempelai. Semoga dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen. More picture boleh klik di sini LensaNurr Photography :).

* Picture untuk reception, InshaAllah nanti sambung upload ye.

Monday, April 25, 2011

Ke sungai ~ | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Sungai
Desa halaman

lensa kecil: Berkesempatan lagi menjejakkan kaki di sungai ini. Airnya cetek sahaja, tapi jika berkesempatan, kami tidak akan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Walau jejak akan hilang bersama air yang mengalir, walau bekas akan hilang oleh arus, namun nostalgia itu sentiasa ada di situ. Kerana inilah daerah kami :).

Thursday, April 14, 2011

Kisah bermula...

lensa nurrkasih:

Bermula di sini..
Bukit Jelutong

lensa kecil: Dah beberapa hari tak update blog. Penat masih terasa ditambah pulak laptop masuk wad huhu. Minggu lepas 2 hari shoot wedding sebagai backup. Walaupun sebagai BP, kepenatan pasti terasa juga kan. Apapun semua ini sebagai pengalaman dan sangat happy dapat merakam gambar. Thanks to Ummi ^_~.

Tuesday, April 05, 2011

Sweet things..1

lensa nurrkasih:

Random
Sweet things

lensa kecil: Bila dihimpit kesibukan dengan rutin kerja seharian, sesekali lega juga dapat bercuti kan. Haish..bila la ada masa lagi ni :). Yang bestnya kalau bercuti sambil merakam gambar landscape, sunrise dan sunset. Sangat suka ^_~... Gambar ini saya ambil ketika bercuti ke Bukit Merah dan Melaka.

* Quotes of the day: If you want your life to be meaningful, go out and do something about it. ~ Mary Louise Wiley

Sunday, April 03, 2011

Terbang tinggi | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Terbang setinggi awan ~
Putrajaya

lensa kecil: 'Setiap kamu mempunyai peluang untuk terbang tinggi dan memperolehi apa yang kamu inginkan. Tetapi emak selalu pesan, semua itu mestilah disusuli dengan usaha yang kuat, doa yang tidak pernah putus dan bertawakkal hanya pada-Nya. Dalam perjalanan itu kamu pasti akan berhadapan dengan awan yang tebal dan ribut badai. Namun percayalah semua itu pasti boleh kamu harungi dengan semangat yang kuat.. Insha-Allah'. ~ lensanurr, 2 pm ~

* Chaiyok ^_~.