Saturday, September 29, 2012

Travelog: Bali | Part II

Bismillahirahmanirrahim. 

lensa nurrkasih:

Gunung dan Danau Batur
Kintamani, Bali

Kintamani Valcano ini kami jejak pada hari keempat kami di Bali. Kawasan ini adalah tempat wisata yang popular di Bali. Kintamani memiliki udara pergunungan yang sejuk dengan panorama Gunung  dan Danau Batur yang indah. Gunung ini masih aktif dan letusan yang pernah berlaku pada tahun 1917, dimana letusan tersebut telah mengambil ribuan nyawa dan menghancurkan ratusan rumah penduduk Desa Batur Tua yang berada di dasar kaldera Batur. Pesona alamnya yang indah iaitu pemandangan Danau Batur yang merupakan danau terbesar di Bali dan Gunung Batur yang masih aktif menjadi salah satu tujuan wisata paling favorit di Bali ~ sumber.

Sambung cerita wisata kami di Bali setelah dua hari berconference. Tapi dalam dua hari tu sambil menyelam minum air, banyak juga gedung beli-belah dilawati. Berspa pun sudah :). Ok boleh baca Part I travelog saya di Bali. Sambung perjalanan berwisata pada hari keempat.

Pada hari keempat itu kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel pada pukul 8 pagi. Sebelum breakfast tu, tak lepaskan peluang ke pantai Kuta di awal pagi. Apa tidaknya, selama 3 hari di sana cuaca tak mengizinkan untuk berjalan-jalan di pantai. Hujan sentiasa mengiringi perwistaaan huhu. Pantai ni dekat je dengan tempat menginap kami. Tapi tak pe, hujan rahmat. Suasana pun nyaman je.

 # Pantai Kuta, Bali. Awal pagi lagi, jadi tak ramai lagi pelancong bersantai-santai.

Selepas breakfast di hotel, kami menunggu van yang akan membawa kami ke tempat wisata yang telah dipilih oleh ahli rombongan iaitu Ubud Art Village - Kintamani Valcano - Seribatu Village - Goa Gajah.

Tempat pertama yang kami tuju adalah di Ubud Village di Kabupaten Gianyar. Di kawasan Ubud ni terkenal dengan bakat seni masyarakatnya yang menawarkan perhiasan berupa lukisan, batik, patung, ukiran dari kayu dan seni emas dan perak. Ini adalah salah satu tempat yang kami singgah gedung menjual batik.



Di bangunan inilah terdapat banyak batik dijual. Tapi di kawasan dalam tidak dibenarkan mengambil gambar. Karyawan-karyawati sedang mencanting batik.


Konon2 sedang khusyuk mendengar penerangan :). Tapi Kak Zaim dan Kak Suraya memang serius ok.

"Nak try juga.." :)

Selepas lebih kurang satu jam melawat dan ada yang membeli batik di sini, seterusnya kami di bawa ke tempat menjual barangan silver pula. Masuk je ke kawasan bangunan tu, di bahagian luar ada pekerja-pekerja menunjukkan cara melebur silver untuk dibuat loket, cincin dan macam-macam lagi perhiasan. Untuk barangan silver yang di jual, terletak di bahagian dalam bangunan. Masuk melalui sebuah pintu dan tidak dibenarkan mengambil gambar di bahagian menjual silver tu.


Selepas melihat barangan silver tu, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Seribatu Village. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Di sini kami dibawa ke rumah sebenar masyarakat Bali untuk melihat sendiri kehidupan mereka secara live.

 # Pak Ari menerangkan reka bentuk dan fungsi ruang di dalam rumah masyarakat Bali

Setelah itu barulah kami ke Kintamani Volcano yang perjalanannya mengambil masa 2 jam dari Denpasar. Kintamani ni ala-ala Cameron Highland kalau kat Malaysia. Kawasan tanah tinggi yang sejuk. MasyaAllah pemandangan yang cantik dari atas. Namun Gunung Batur tak berapa jelas oleh kabus. Mungkin juga disebabkan hujan yang turun pada malam hari sejak kami di sana.

Kami sampai di Kintamani lebih kurang jam 12.30 t/hari. Dah tiba masanya untuk makan pun. Inilah restoran untuk lunch kami pada hari itu. Restoran Suling Bali. Restoran ini berhadapan dengan pemandangan Gunung Batur. Oh ya, Musolla ada disediakan di dalam restoran ini. Kami solat jamak dahulu kemudian menjamu selera :). Selepas itu barulah sesi mengambil gambar.
# Itu pemandu kami dengan van Isuzu. Di tanah pergunungan ini ramai penjaja jalanan. Mereka akan terus memujuk untuk membeli barang yang mereka bawa (cenderahati, pakaian, key-chain, dll). Ayat saya, "Nggak buk. Saya nggak mau" hehe.

# Suasana di dalam restoran Suling, Bali.

Ini dipanggil jus jeruk dengan harga Rp 25,000. Kat sini fresh orange. Kalau yang pernah ke Indonesia, tentu tahu rasa jus di sana. Memang sangat sedap 100% buah. SIL dah perkenalkan jus alpukat ataupun avakado semasa hari kedua di sana. Tapi sedikit kecewa masa di Kintamani ni boleh habis pula jus alpukat. Sampai sekarang masih teringat pula jus yang pekat tu dan sangat sedap.

Gerai buah-buahan di dalam perjalanan turun dari Kintamani. 

Ok sampai di Kintamani dulu update perjalanan saya di Bali. Insya-Allah akan sambung dalam perjalanan turun dari Kintamani singgah minum kopi gratis di Segara Windhu. Oh panjang juga entry kan. Apapun Alhamdulillah.. syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan. Selamat berhujung minggu semua. Semoga ceria-ceria selalu.

Wednesday, September 26, 2012

Travelog: Bali | Part I

Bismillahirrahmanirrahim.

lensa nurrkasih:

Muzium Bali dan Monumen Bajra Sandhi
Bali, Indonesia

.
Ini adalah Monumen Bajra Sandhi, Bali. Merupakan Monumen Perjuangan Rakyat Bali dan menjadi simbol masyarakat Bali untuk menghormati para pahlawan serta merupakan lambang persemaian pelestarian jiwa perjuangan rakyat Bali dari generasi ke generasi. Monumen ini terletak di depan Kantor Gubernur Bali yang mengekspresikan sebuah genta yang tinggi menjulang bagi masyarakat Bali ~ sumber.
.
Ini sedikit cerita travelog saya ke Bali pada 16-20 Sept 2012. Boleh dianggap travelog ke? Apa-apa aja la kan. Alhamdulillah..saya berpeluang menjejak Bali. Saya ke Bali bersama SIL dan ahli rombongan untuk conference. Thanks a lot sis (moga dimurahkan rezeki dan selalu dalam lindunganNya). Ok bab conference itu saya tak akan ceritakan, tapi bab berwisata sambil ambil gambar itu yang saya suka :).

# Pasport jangan lupa :)

Oh! bagi penggemar fotografi, Bali adalah satu tempat yang memang ah..nak cakap apa ye..Rare. Exotic. Human interest, senibina dan nak buat street photography memang best. Dapat berjalan di sepanjang lorong atau outing photography pasti akan dapat banyak gambar. Dapat melihat kehidupan orang lain yang berbeza budaya dan agama membuka mata untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan pada diri. Saya ke sini mengikut trip dan pilihan tempat sudah pun ditentukan, jadi saya ikut sahaja dan mengambil gambar sesempat yang boleh. 

Penerbangan dari LCCT ke Denpasar mengambil masa selama 3 jam. Dalam kapal terbang rasa teruja nak sampai :). Mula-mula tu rancak bersembang, dah puas sembang.. tido dan tido. Huhu jenuh juga kan menunggu sampai tiga jam di atas kapal terbang. Akhirnya tiba juga di Ngurah Rai International Airport, Bali. Dalam pukul 4 semua urusan imigresen selesai dan kami decide untuk terus tour bersama Pak Ariyana (pemandu pelancong) ke Muzium Bali dan Monumen Bajra Sandhi. Iye la alang-alang kan..kalau dah check in hotel, liat pula nak keluar semula.

# Bergambar bersama ahli rombongan kongres di hadapan pintu masuk Museum Bali.

Di Muzium tu biasalah penerangan asal usul tentang Bali dan penduduknya. Masa tu badan pun dah rasa lemau, jadinya tak la ambil perhatian sangat hehe. Yang menarik perhatian saya di halaman Muzium tu ramai kanak-kanak yang belajar menari. Katanya mereka berlatih untuk acara-acara keagamaan ataupun persembahan untuk pelancong yang datang ke Bali. Tunggu kat lua Muzium dan sanp snap.
# Di luar Museum Bali, ramai budak2 dan remaja berlatih menari tarian kebudayaan..

Gambar di bawah adalah Monumen Bajra Sandhi. Ramai juga masyarakat tempatan di luar kawasan monumen ni. Ada yang bersantai-santai, peniaga dan beriadah memandangkan monumen ini bersebelahan dengan padang. Sebenarnya kami tak dapat pun nak masuk ke dalam kawasan monumen ni sebab dah ditutup pada pukul 5 petang. Kami sampai dah 5.15 petang, jadinya tak dapat la nak masuk. Pak Ari pun tak pulak bagitahu, so kami ambil gambar dari luar pagar pun jadi la.



# Ini di hadapan Monumen Bajra Sandhi.

Hari pun sudah semakin petang dan perut dah mula menyanyi. Apalagi kami pun dibawa ke Kemangi Restaurant. Kami solat jamak dulu di Musolla yang disediakan kemudian menjamu selera.


Selepas menjamu selera, kami check-in di Kuta Beach Hotel. Malamnya, selepas hemat diri dan menghilangkan lelah, kami tidak lepaskan peluang jalan dan cuci mata di sekitar bandar Kuta. Kami singgah ke pusat beli belah Matahari. Ada juga la kakak2 ahli rombongan yang memborong. Memang hapenning malam kat sana. Ramai pelancong dari luar negara.

Ok Ini Itinerary sepanjang kami di sana :).

Day 1: LCCT - Ngurah Rai Airport, Denpasar, Bali - Muzium Bali - Monumen Bajra Sandhi - Dinner: Kemangi Restaurant - Check In: Kuta Beach - Night: Jalan-jalan.

Day 2: Conference - Night: Shopping :) 

Day 3: Conference - Night: Spa and Shopping :) 

Day 4: Ke Pantai Kuta - Breakfast - Ubud Art Village - Kintamani Valcano - Lunch: Restoran Suling Bali - Seribatu Village - Goa Gajah - Dinner: Natrabu Minagkabau Restaurant. 

Day 5: Ke Pantai Kuta - Breakfast - Shopping: Krishna Mall - Airport. 

Ok sampai sini dulu nanti sambung lagi :). 

Friday, September 14, 2012

Sayyidul Ayyam | Pengubat letih

Bismillahirrahmanirrahim.
lensa nurrkasih:
Cahaya Senja
Kundasang, Sabah


Jika letih...
Teruslah bergerak, hingga keletihan itu lelah mengikutimu,
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,
Teruslah bertahan, hingga kekufuran itu futur menyertaimu.
Hamba Allah tidak pernah berhenti di persimpangan .. Berhenti hanya ketika bertemu dengan Nya. Itulah waktu-waktu untuk beristirahat.. ~ Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah | Al-Fatihah ~
* Sedang letih merindui seseorang :).

Salam Jumaat kepada semua. Selawat. Sungguh indah cahaya senja sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Perjalanan panjang di sekitar gunung Kinabalu disajikan dengan keindahan alam. Terpaku seketika melihat keindahan yang berada di hadapan mata, MasyaAllah. Segala puji-pujian hanya pada Nya.

Thursday, September 13, 2012

Jika jemu | Sandakan, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim.
 
lensa nurrkasih:
 
Bunga jalanan
Sandakan, Sabah
 

Jemu itu satu fitrah...
Jemu itu satu anugerah...
Apabila Allah anugerahkan rasa jemu, itu isyarat supaya kita mencipta kebaikan yang baru! ~ Genta Rasa ~
 
* Perasaan jemu itu fitrah dan anugerah dari Allah! Andai tika ini dirimu dilanda kejemuan, jom mencipta kebaikan-kebaikan baru he. Peace :)

Tuesday, September 11, 2012

Jalan petang Puteri Qaseh | Kunak, Sabh

Bismillahirahmanirahim. 

lensa nurrkasih: 

Puteri Qaseh 
Kunak
 


Assalamualaikum.

Ini Puteri Qaseh Qistina.
Masa bersiar-siar petang.
Bila suruh posing je.. akan lentok kepala he.

* Moga sihat selalu dan menjadi anak yang solehah. Aamiin..

Saturday, September 08, 2012

Rumidi, Sandakan | Part II

lensa nurrkasih:

Rumidi Estate
Sandakan, Sabah
 
Sebelum pulang sempat juga kami mengelilingi estate tu. Pergi ke tempat pelihara kerbau, ke sungai tempat abang mandi-manda dulu dan tapak rumah lama.

Perjalanan yang panjang. Pukul 5 kami masih lagi di jalan sepanjang kundasang. Tak sempat nak singgah di Ladang Tenusu Kundasang sebab dah gelap. Pemandangan senja disajikan dengan warna yang memukau selepas petangnya hujan turun. Akhirnya kami sampai di rumah pukul 8 malam.

Wednesday, September 05, 2012

Rumidi, Sandakan | Part I

lensa nurrkasih:

Tempat kelahiran
Rumidi, Sandakan :)



Dalam perjalanan pulang ke KK, abang bercadang singgah ke tanah permainan mereka dulu di Rumidi, Sandakan. Saya sangat teruja untuk singgah sebab inilah daerah kelahiran saya dan inilah first time saya menjejak kaki di sini. Alhamdulillah.
Abang-abang juga teruja.
Kata abang, bangunan yang hampir roboh ini adalah dewan. Di sinilah tempat mereka bermain. Main badminton, bermain bola dan berjualan. Rumah tempat kami tinggal telah dirobohkan. Diganti dengan rumah pekerja yang baru. Round sekitar tempat ini namun sebenarnya tiada lagi mereka yang dikenali di sini. Semuanya telah berhijrah.

Alhamdulillah.. Allah rezekikan menjejak kaki ke daerah kelahiran :).

Monday, September 03, 2012

Raya 1433H | Riang raya kanak-kanak

lensa nurrkasih: 

Aidilfitri 1433H
Tawau

Raya 1433H ni. Happy :).
Kanak-kanak Riang.
Bandar Sri Indah, Tawau.
Tanjung Batu Laut, Tawau.