Tuesday, June 29, 2010

Night Panoramic | Waterfront, Tawau Sabah

lensa nurrkasih:

Night view
Tawau Water Front



lensa kecil: Percubaan membuat 'long exposure'. Apa yang pasti, sungguh indah dan tenang panorama pada malam itu di Tawau Water Front atau dikenali sebagai Batu Jetty oleh penduduk tempatan. Maklumat lanjut boleh layari di eTawau. Tetapi sayangnya keindahan itu dicemari oleh beberapa pasangan 'couple' yang berada di situ. Baru kami cuba mendekati mereka, mereka cepat-cepat 'lari'. Lagi-lagi melihat lensa yang kami bawa. Huh.

* "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. "(Al-Baqarah 2:164).

Monday, June 28, 2010

Street Photo @1

lensa nurrkasih:

Around the corner
Pasar Minggu Tawau, Sabah


lensa kecil: Di sekitar Pasar Minggu, Tawau sebelum saya berangkat pulang. Jurujual dan pengunjungnya memang ramah. Ramai juga meminta saya merakam gambar mereka. Saya yang 'beginner' ini pula jadi 'naik segan' :). Saya juga sempat berkenalan dengan jurujual cilik iaitu adik Aidil (gambar atas) dan adiknya. Mengagumi semangat mereka bekerja untuk membantu keluarga.

* "Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? Sesungguhnya (mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada." (Surah al-Haj 22: 46).

Friday, June 25, 2010

Go to the light, not to the reflections

lensa nurrkasih:

Atas Jejantas
Berhampiran Sekolah Cina (Nama sekolah tak ingat)
Will update later

lensa kecil: Light trial yang tak berapa menjadi bersama anak-anak comel. Pergi agak lewat dan kereta sudah kurang di atas jalan raya.

* "Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah 5:16).

Monday, June 21, 2010

The first light of day

lensa nurrkasih:

Sunrise
6.10 am

lensa kecil: Mengejar sunrise tetapi 'semua' pun terlewat bangun huhu.

*Photography quotes: "Nothing happens when you sit at home. I always make it a point to carry a camera with me at all times. I just shoot at what interests me at that moment." –Elliott Erwitt-

Friday, June 18, 2010

How to feel happy?

lensa nurrkasih:

Send out your smile
Model: Ila and Sofia

lensa kecil: Cabaran mengambil gambar Sofia yang aktif dan tak nak tengok kamera. Tengok kamera je, muka akan jadi ;(. Tapi lama-lama dia pun ok :).

* 'Kegagalan adalah 'peluang' untuk bermula semula dengan lebih bijaksana.'

Thursday, June 17, 2010

Eye of the heart sees

lensa nurrkasih:

Our first attempt
Behind Sri Indah Housing Area

lensa kecil: Pilot, Lecturer dan saya mencuba mengambil landscape di kawasan perumahan yang dalam fasa pembangunan itu. Tak puas hati. Cuba dan cuba lagi.

*Photography quotes: "A lot of photographers think that if they buy a better camera they’ll be able to take better photographs. A better camera won’t do a thing for you if you don’t have anything in your head or in your heart." - Arnold Newman.

Tuesday, June 15, 2010

New home sweet home

lensa nurrkasih:

Baitul Sakinah
Bandar Sri Indah, Tawau

lensa kecil: Teruja mencuba 'gear' kecil oleh Geng SMSLD. Lepas ini boleh lah selalu outing bersama ;). 

* "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).