Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

lensa nurrkasih:

Salam Aidlfitri buat semua sahabat.
Maaf Zahir dan Batin.
Lama blog tak berupdate.
Macam mana raya?
Semoga semuanya gembira :).

Tuesday, August 14, 2012

Hari-hari terakhir Ramadhan..

lensa nurrkasih:

25 Ramadan 1433H 
Kunak


Hingga hari ini, kita masih ada peluang untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan yang semakin sampai ke hari terakhir. Betapa sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang hari-hari terakhir dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan. ~ Ustaz Dr. Zaharuddin ~

* Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedia diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam. Jom jangan lepaskan peluang ini ganjaran yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar ~ sama-sama audit diri sendiri ~

Thursday, August 09, 2012

Lailatul-Qadr...

lensa nurrkasih:

20 Ramadan 1433H 
Tawau 


Ya Allah..Pertemukan kami Lailatul Qadar.

P/s: Highway Tawau, Sabah.
Ambil gambar bersama Geng SMSLD.

Saturday, August 04, 2012

Sepertengahan...Ramadan

lensa nurrkasih:

15 Ramadhan 1433H
Jeti Kunak.

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

* Doa Qunut.