Friday, October 05, 2012

Travelog: Bali | Part III (Akhir)

Bismillahirrahmanirrahim. 

lensa nurrkasih:

Goa Gajah,
Bali, Indonesia


Goa Gajah adalah tempat kunjungan terakhir kami. Goa Gajah adalah Peninggalan Purbakala di dalamnya terdapat Petirtaan Kuna 12 x 23 M2, terbagi tiga bilik. Di sekitarnya juga terdapat kolam pertitaan dengan tujuh patung widyadara-widyadari yang sedang memegang air suci. Katanya ketujuh pancuran ini sebagai lambang tujuh sungai penting yang sangat dihormati di India ~ sumber.

Sambung cerita travelog saya ke Bali. Boleh baca di sini  Part I dan Part II. Kami menyambung destinasi seterusnya iaitu Segara Windhu tempat kopi luwak. Di sepanjang menuruni kawasan tanah tinggi Kintamani, mata dihidangkan dengan pemandangan sawah padi dan rumah-rumah masyarakat Bali. Sampai kami di Segara Windhu iaitu kawasan kecil seperti nursery penanaman kopi. Kami diperkenalkan dengan asal usul kopi luwak, kemudian dihidangkan kopi secara percuma. Lepas tu motifnya suruh beli la tu. Oleh kerana saya bukan penggemar kopi, saya try sikit je dan memilih untuk minum koko. Sedap :)

# Sambil2 minum kopi ambil self potrait dulu ;)

Dah selesai menikmati kopi dan penggemar-penggemar kopi pun membeli kopi, kami seterusnya ke destinasi terakhir iaitu di Goa Gajah di Desa Bedulu, Bali. Inilah dia Goa nya. Saya sempat jugak masuk ke dalam dan terdapat tiga bahagian yang diletakkan seperti kain kuning di dalam gambar ni. Tempat untuk offering mereka. Sekejap je saya kat dalam sebab rasanya nak lemas dengan bau colok dan rasa terhimpit pulak sebab gua tu kecil je. Lepas tengok tu, cepat-cepat saya keluar sambil Pak Ari masih menerangkan tentang asal usul Goa ni pada ahli rombongan yang memang minat sejarah ni :).


Ahli rombongan trip sedang mendengar penerangan Pak Ariyana tentang sejarah Goa Gajah :)


Keluar dari Goa Gajah ini, kami sempat lagi cuci mata dan membeli barangan kraftangan yang dijual di situ :). Hari pun dah semakin petang dan tempat untuk dilawati pun dah habis, kami pun bertolak balik dan singgah untuk makan malam. Malam itu kami makan di Natrabu Minang Restaurant. Kemudian balik ke hotel untuk kemas-kemas barang dan balik pada keesokan harinya.

# Di dalam restaurat ni ada pentas ala-ala pelamin. Ahli rombongan tak lepaskan peluang mengambil gambar :).
Keesokan harinya flight balik ke KL pada pukul 11 pagi. Sebelum ke airport, ahli rombongan sempat lagi singgah membeli belah untuk kali terakhir di Krishna Mall. Memang murah sangat-sangat dan berbaloi membeli cenderahati kat situ. Ok selesai! Bye-bye Bali :).

Sampai di sini saja catatan perjalanan saya sepanjang di Bali. Sekadar catatan peribadi untuk tatapan di masa depan. Dengan budaya dan agama yang berlainan yang dianuti oleh masyarakat di sini, setinggi syukur pada Allah atas nikmat Iman dan Islam pada diri. Wassalam.

"Berjalanlah, melihatlah dan mentafsirlah. Mengagungkan kebesaran Allah di dalam musafir tak pernah rugi."

2 nurr click(s):

adrenalina said...

wah...seronok tgk gmbar2 nur gi Bali...=)

Nurr Kasih said...

~ adrenalina: gambar2 biasa je. wah adrenalina pun ke Bandung..mesti best kan. nurr tunggu sambungan cerita hehe