Sunday, October 31, 2010

Outing J.O.M - Part I | Batu Caves, Selangor

lensa nurrkasih:

J.O.M | Batu Caves
30.10.2010


Kredit picture Noorizam


lensa kecil: Saya berkesempatan mengikuti outing semalam yang diadakan di Batu Caves :). Ini outing pertama secara besar-besaran yang saya sertai. Seramai 105 orang photog telah bertemu di Batu Caves.

Seawal pagi, saya dan Zirah sudah sampai ke Batu Caves. Hujan lebat pagi itu. Tetapi alhamdulillah lebih kurang 9.00 pagi, hujan mulai berhenti dan aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas dari Saudara Ijam. Pada mulanya malu juga mengeluarkan 'gear'. Iyelah, melihat kamera peserta lain, lensa mereka yang panjang dan besar pula tu. Kami 'gear' comel je. Apapun selepas berkenal-kenalan dengan rakan peserta lain, semuanya menjadi natural. Begitulah bila photog bertemu, banyak ilmu dapat dikongsikan :). Terima kasih kepada Saudara Ijam dan rakan peserta di atas segala ilmu dan tunjuk ajar. GO semua!!

* Nanti saya kongsikan picture semasa outing :).

Friday, October 29, 2010

My journey. Our journey

lensa nurrkasih:

the JOURNEY towards attaining MAHABBAH
Semporna

lensa kecil: Seringkali penghujung jalan yang dianggap sebagai penamat, rupanya ia membawa ke jalan baru yang lebih luas.

* Moga segalanya akan dipermudahkan. Insya-Allah esok saya akan bertemu dengan Zirah dan akan menyertai outing bersama. Walau sebelum ini tidak pernah bersua rupa, tetapi kerana fikrah yang satu dan minat yang sama segalanya terasa mudah dan mesra :). Moga Allah memberkati 'pertemuan' dan 'perjalanan' kami kelak. Ameen.

Thursday, October 28, 2010

Our life | Semporna, Sabah

lensa nurrkasih:

Around the corner
Semporna Holiday Resort

lensa kecil:

Ombak
Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.
~A.Samad Said~

* Penyajak mungkin cuba mengibaratkan diri seperti pantai, yang mana setiap kali ombak menghempas kaki pantai, pantai itu berubah. Mungkin ombak disamaertikan dengan masalah atau dugaan yang melanda; setiap kali dugaan menimpa dan pergi, ‘the person’ melalui proses kematangan dan perubahan. Mungkin persepsinya terhadap kehidupan berubah; boleh jadi dirinya yang baru lebih sarat dengan lautan ilmu; atau mungkin dia kecundang dan nilai dirinya terhakis perlahan-lahan. Yang penting, ‘orang itu’ menjadi insan baru selepas diduga dan diuji dengan badai dunia. ~Kupasan puisi daripada Athirah Dahman, 30 Nov 2008~

Wednesday, October 27, 2010

Sofia Zahra

lensa nurrkasih:

My little niece

lensa kecil: Saya repost picture ini lagi. Saya mencuba teknik Masking. Buat background black and white tu.

* I miss her. Auntie Nur, bila mau pi KK lagi? ^_~.

Tuesday, October 26, 2010

The tallest building | Petronas Twin Tower

lensa nurrkasih:

The tallest building in Malaysia
Petronas Twin Tower



lensa kecil: Ini picture lama. Gambar semasa Abg Bed datang untuk menyelia pelajarnya di Kuala Lumpur. Dari segi compo, angle dan lighting mungkin tak berapa menarik tapi saya upload saja sebagai perkongsian ye. Teruskan usaha :).

* Life brings simple pleasures to us every day. It is up to us to make them wonderful memories. ~ Cathy Allen ~

Monday, October 25, 2010

Color of life

lensa nurrkasih:

Colorful

lensa kecil:
Janganlah hati, gundah gulana dengan dunia,
Kerana ingatlah pada janji Rabbmu,
Janji yang kekal, yang haq, yang pasti.

* 'Everyday may not be good but there's something good in everyday. May you find your happiness'. Ceria di pagi Isnin :).

Saturday, October 23, 2010

Be Careful | Mutiara Damansara

lensa nurrkasih:

My work
Our team

lensa keci: Yang kita perlukan ketika ini ialah semangat untuk berubah dan perubahan itu akan semakin cepat jika terjalin kerjasama dengan orang lain.

* "Sesungguhnya Allah mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu, selalu memperbaguskan / menyempurnakan perbuatannya." (Hadis)

Friday, October 22, 2010

Always around us

lensa nurrkasih:

Leaf
Weekend shot

lensa kecil:
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you, He’ll always be there ...
(Always Be There -Maher Zain)

* Gambar ini saya ambil hujung minggu lepas. Outing secara solo he. Beginilah jadinya kalau tiada member sehobi lagi. Tetapi tetap juga ingin bereksperimen dengan 'gear' comel. Rasa tidak lengkap hujung minggu jika tidak keluar berdua. Entah apa-apa je ^_~.

Thursday, October 21, 2010

Something beautiful on the other side? Floating | Semporna, Sabah

lensa nurrkasih:

Another view
Floating, Semporna

lensa kecil: Hidup dan kehidupan suatu pentas pengujian. Perjalanan ini panjang dan berliku. Namun destinasinya adalah pasti.

* "Apa yang ada disisimu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang baik dari apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl: 97)

Wednesday, October 20, 2010

Street Photo @ Pasar Minggu, Kunak Sabah

lensa nurrkasih:

Pasar Minggu
Kunak

lensa kecil: Ini picture semasa Nur dan saya mengikut Ummi ke Pasar Minggu di pagi ahad tempoh hari. Anak yang ingin berbakti kepada Ummi semasa bercuti di desa halaman :). Hanya beberapa gambar yang dapat saya ambil. Tidak dapat 'menembak' dengan jayanya kerana kedua-dua belah tangan dipenuhi dengan plastik barang hehe. Mengambil gambar pisang pun jadilah, sementara Ummi memilih pisang ;).

* Photography quotes: "Shoot a lot of pictures. Experiment. Don’t go out with preconceptions of what a picture will look like. That will block you from being receptive to something new and exciting." - Mason Resnick - To the question: "What advice would you give someone who is interested in trying street photography?"

Tuesday, October 19, 2010

On my way

lensa nurrkasih:

On our way
Semporna Road

lensa kecil: Perjalanan yang panjang.

* "Janganlah sekiranya kurniaan-Nya lambat diberikan kepadamu setelah kamu bersungguh-sungguh berdoa, menyebabkan kamu berputus asa. Sesungguhnya DIA telah bertanggungjawab ke atasmu akan menerima semua doa di dalam apa yang DIA telah memilihnya untukmu, tidak di dalam apa yang kamu telah memilih untuk dirimu. Dan di dalam waktu yang DIA kehendaki, tidak di dalam waktu yang kamu kehendaki."

Monday, October 18, 2010

Monochrome Monday | Jeti Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Paya Bakau
Kunak

lensa kecil: Pagi ini hujan membasahi bumi di sini. Hujan itu rahmat. Suasana pagi yang nyaman, damai dan sejuk. Alhamdulillah :). Berfikiran positif dan optimislah bila hari ini semua urusan terlihat amat buruk. Kerana hal itu merupakan petanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan ;). Insya-Allah.

* “Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.” (Alam Nasyrah: 5-6)

Saturday, October 16, 2010

Look to see the signs

lensa nurrkasih:

Close to nature
Madai Waterfront


lensa kecil: Hanya ini saja yang terdaya dengan menggunakan kit lens comel ini ^_^. Semakin kita mendekat, semakin ia terbang tinggi. Subhanallah..

* "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). "(Al-An'aam 6:38)

Friday, October 15, 2010

Colors of night

lensa nurrkasih:

Pinky Friday
My stuff


lensa kecil: Salam Jumaat kepada semua. Teruskan amalan perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w di hari penghulu segala hari ini. Insya-Allah, moga kita akan mendapat syafaat baginda di Masyar kelak. Ameen.

Ini picture try and error beberapa malam yang lepas. Tahu kualiti dan gambar tidak memuaskan. Layan je :). Ingatkan nak post picture bertema: Pinky Friday. Tetapi agak susah juga hendak mendapatkan gambar yang ada warna pink. Jadi saya kira, misi ini mungkin tidak berjaya ^_~.

* Colors quotes: 'Colors are the smilies of nature.' - Leigh Hunt -

Thursday, October 14, 2010

Skywatching | Waterfront, Tawau Sabah

lensa nurrkasih:

Another view
Waterfront, Tawau


lensa kecil: Saya ambil gambar ini semasa bersama Nur menelusuri Bandar Tawau. Singgah sebentar di bahu jalan dan shot beberapa picture.

* "Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Ar-Rum: 48)

Wednesday, October 13, 2010

Look around you

lensa nurrkasih:

Along my way
Randomness




lensa kecil: "Wah hari-hari upload picture nampak?" sms seorang sahabat kepada saya. "Hehe.. cuma picture biasa-biasa je la. Sekadar perkongsian bersama. Mana tau daripada lihat akan membuatkan fikir. Dan dari fikir akan membuahkan zikir pada yang melihat. Kan ibadah tu :). " jawab saya.

* Gambar yang saya ambil cuma gambar biasa. Selain kepuasan yang saya perolehi daripada merakam gambar, saya ingin melatih diri untuk mentadabbur melalui alam dan kehidupan. Mudah-mudahan natijahnya akan menjadikan diri tunduk dan tawaduk berjalan di muka bumi Allah ini..Amiin.

Tuesday, October 12, 2010

We are friend

lensa nurrkasih:

Memey and his friend
Pangkalan, Kunak


lensa kecil:
"Kak, kakak dari TV mana?" tanya adik berbaju merah itu semasa melihat saya membawa seketul 'gear' :). Bawa gear yang besar sedikit, pasti mereka menyangka wartawan atau bekerja di stesen TV. Saya hanya tersenyum.

"Nama siapa? Boleh akak ambil gambar?" tanyaku.

"Boleh Kak. Namanya Memey." adik berbaju hitam itu pula menjawab dengan teruja. Hehe.

* Shoot picture ini semasa mengikut Abah ke Pangkalan. Abah pun hendak menjual hasil tanamannya di situ :). Mereka berdua ini adalah di antara beberapa remaja dari suku kaum Bajau Laut yang setiap hari menunggu kapal yang membawa muatan ikan. Mereka mendapat harga yang murah dari kapal itu sebelum mereka menjual dengan menjaja ikan tersebut di Pekan Kunak. Walaupun hasilnya sedikit tetapi mereka berjuang untuk mencari rezeki yang halal.

Monday, October 11, 2010

Blue sky | Semporna, Sabah

lensa nurrkasih:

Floating
Semporna

lensa kecil: Ceriakan pagi Isnin dengan beautiful blue sky picture. Bekerja dengan ceria :). Bismillah.

* Happy quotes: "The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up." - Mark Twain -

Sunday, October 10, 2010

Symmetry on Sunday

lensa nurrkasih:

Symmetry
Green-Building

lensa kecil: Mencuba simetri semasa mengambil gambar bangunan ini iaitu satu teknik yang biasa juga digunakan dalam photography untuk menunjukkan keseimbangan atau keharmonian. Tapi picture ini biasa-biasa saja.

Symmetry (from Greek: "συμμετρεῖν" = to measure together), generally conveys two primary meanings. The first is an imprecise sense of harmonious or aesthetically pleasing proportionality and balance;[1][2] such that it reflects beauty or perfection. The second meaning is a precise and well-defined concept of balance or "patterned self-similarity" that can be demonstrated or proved according to the rules of a formal system: by geometry, through physics or otherwise.
Boleh lihat gambar-gambar hebat simetri di sini.

* Oh, hari ini perfect 10's - 10.10.10. Have a nice weekend kepada semua :).

Saturday, October 09, 2010

Tag @1: Blog Hebat :)

lensa nurrkasih:

Semalam dapat tag dari sahabat blogger Aku is Aku. Dapat tag Blog hebat :). Alhamdulillah.. mudah-mudahan hebat di mata manusia, dan hebat juga di sisi-NYA. Ameen.

Tag macam ni sekurang-kurangnya dapat juga menaikkan semangat pada blogger untuk terus berblogging kan :). Jadi sebagai blogger, kita support mana-mana yang baik ye. Ini tagnya:

1) Nama blog anda buat masa ni..
Lensa Nurr Kasih.

2) Anda rasa blog anda hebat..
Insya-Allah. Mudah-mudahan hebat dan memberi manfaat kepada mereka yang datang berkunjung.

3) Benda yang anda sayang?
Mensyukuri semua nikmat dan anugerah dari-Nya.

4) Anda tengok waktu dekat mana??
Kat jam tangan (Jawapan jujur he)

5) Web sesawang yang anda selalu jenguk.
Blog kawan-kawan, blog ilmiah dan web yang boleh diambil manfaatnya.

6) Letak 3-5 blog yang anda rasa hebat
- Blog Abg Bob - Jutawan Arowana (Ni confirm tak jawab ni he. Tapi memang nak bagi)
- Blog Zirah - The Sign Of THE LORD.,Our Creator (Ni pun adik busy, mungkin tak jawab)
- Dan kepada semua sahabat blogger. Anda semua layak mendapat Blog Hebat ini :). Sebab semua pun adalah yang terhebat.

Alhamdulillah.. selesai menjawab tag walaupun jawapan skema je. Layannn.

Friday, October 08, 2010

Flower @4

lensa nurrkasih:

Pinky Friday
Pink Sunflower

lensa kecil: Salam Jumaat kepada semua. Kita sama-sama perbanyak selawat di hari segala penghulu hari ini ye, mudah-mudahan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya. Insya-Allah, Ameen. Saya post gambar bunga lagi hari ini. Bunga matahari pink :). Semoga hari ini penuh ceria hendaknya. Selamat berhujung minggu juga. Jaga iman dan manfaatkan hujung minggu anda bersama keluarga dan teman-teman :).

* Minggu ini nak buat experimen apa ye? Google picture dulu cari idea ^_^.

Thursday, October 07, 2010

Bye bye everyone

lensa nurrkasih:

Airport
Departures





lensa kecil: Berkesempatan ke airport tempoh hari. Dapat juga melihat gelagat manusia. Semua bergegas ke haluan atau destinasi masing-masing. Kena bergerak pantas, kalau tidak nanti tertinggal penerbangan pula. Masa memang semakin pantas berlalu meninggalkan kita. Isilah masa dengan sebaiknya.

* "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-Asr)

Wednesday, October 06, 2010

A Journey Into The Mysterious Place

lensa nurrkasih:

Mystery House
Light in the dark

lensa kecil: Mode: Dark. Shot picture rumah ini semasa ikut Abg Bob melihat kawasan lot-lot banglo di situ. Sebenarnya cantik-cantik rumah kat sini tetapi saya buat ala-ala seram gitu :) tak nampak seram pun hu.

* "Whenever you feel you're down and whenever you feel that everything is going wrong, it is just Allah way to make our spirit strong. Believe in Allah and HE will lead you to the right path of life".

Tuesday, October 05, 2010

M.08 | Pelabuhan Lahad Datu, Sabah

lensa nurrkasih:

Fishing boats
Pelabuhan, Lahad Datu

lensa kecil: Selepas menghantar geng SMSLD, kami terus ke pelabuhan Lahad Datu. Waktu petang banyak kapal berlabuh. Ambil beberapa gambar sebelum balik.

* "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita juga umpama kapal yang belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

Monday, October 04, 2010

A beautiful day is coming

lensa nurrkasih:

Golden moment
In the morning


lensa kecil: Tak selamanya hujan tanpa henti dan tak selamanya mendung tanpa mentari. Moga bersabar!

Setenang jiwa yang gundah,
Namun usah meratap hiba,
Anggaplah ia dosa semalam yang menjadi pembersih,
Sebagai tanda cinta Allah kepada hambanya.

* ~Sesungguhnya dengan hadirnya ujian, kita akan lebih dekat pada-Nya~

Saturday, October 02, 2010

Ya, ya I see your cute smile :)

lensa nurrkasih:

Sofia Zahra
Baitul Sakinah, Tawau

Sofia :)
lensa kecil: Sofia my sweet little niece.

* Photography quotes: 'When you photograph a face . . . you photograph the soul behind it.' - Jean -Luc Godard

Friday, October 01, 2010

A beautiful day | Semporna Holiday Resort

lensa nurrkasih:

View from the jetty
Semporna Holiday Resort

lensa kecil: Di resort ini ada disediakan perkhidmatan scuba diving. Tapi tak tanya pula berapa charge perkhidmatannya ;). Kami hanya berjalan-jalan sambil membawa Abah dan Ummi melihat tempat orang. Air lautnya memang jernih. Teringat pula 'ad-hoc planning' saya bersama Dayah ke Pulau Mabul suatu ketika dulu. Sempat lagi menyewa peralatan snorkling. Rasanya masa itu kami tiada kamera digital lagi, cuma menggunakan kamera filem. Jadi hanya ada beberapa keping picture kenangan sahaja di album gambar :).

* 'Friendship like a breath, you can't feel all the time but you know it's still there as long alive and will in mind forever.'