Friday, February 25, 2011

Sejambak bunga :D

lensa nurrkasih:

Flower

lensa kecil: Salam Jumaat yang indah buat semua. Saya suka menyebut Hari Jumaat ini hari yang special. Kenapa?? Hari Jumaat ini adalah hari yang istimewa kerana dalam Islam, Hari Jumaat diletakkan sebagai ketua atau penghulu segala hari dan diberikan lebih ganjaran jika melakukan walau sekecil kebaikan berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Moga hari ini kita diberi kemudahan untuk melakukan walaupun sekecil amal kebaikan. Semudah dengan 1 senyuman ^_~.

Wednesday, February 23, 2011

Reflection | Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

lensa nurrkasih:

KLCC
View from Taman Tasik Titiwangsa

lensa kecil: Gambar 2 minggu yang lepas, ketika berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Orang lain berjogging, saya mengusung 'gear' huhu.

* Photography quotes: "Life is like a good black and white photograph, there's black, there's white, and lots of shades in between." - Karl Heiner -

Tuesday, February 22, 2011

Renungan Alam | Broga Hill, Semenyih

lensa nurrkasih:

Edited: LR
Broga Hill, Semenyih

Renungan Alam

Lihatlah pada alam jagat maya ini,
Lihatlah pada tampaknya dirimu,
Tidak terjangkau maha hebatnya ciptaan,
Tiada siapa yang mampu,
Kecuali Dia yang termampu.

Tika renungan itu memuncak,
Hati nurani mendetik rasa,
Bagai ingin bersatu dalam pelukan,
Pada indahnya alunan alam ini,
Terbentang sempurna tiada tepi.

Kerdilnya terasa diri,
Lantas memuji dan mensyukuri,
Pada nikmat yang mengalir di setiap denyut nadi,
Moga hamba menjadi pencinta hakiki,
Perindu pada pertemuan Illahi...

~ PUTRA RMAN~
iluvislam.com

Saturday, February 19, 2011

Yes, never ever give up :D | Tanjung Agas, PD

lensa nurrkasih:

Tanjung Agas
Port Dickson

lensa kecil: Selamat berhujung minggu kepada semua. Moga ceria di hujung minggu ^_^.

* Muhasabah diri: Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali. Pertama, mungkin kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Ingat, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ untuk yang kedua biasanya terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali! ~ Genta Rasa ~

Friday, February 18, 2011

Testing: Bokeh Love ♥♥♥

lensa nurrkasih:

Bokeh Love-Love
Bangi

lensa kecil: Semalam cuba buat fake lens hood untuk bokeh love :D. Tapi shape love tak berapa cantik. Percubaan pertama :). Petang sempat try di kawasan rahsia hehe. Alamak love senget pulak. Malamnya, ambil kat tepi jalan raya. Inilah hasilnya yang tak seberapa. Lain kali try lagi. Ada sesiapa nak pinjam lens hood love ni?? Buat pun senang juga. Nak cuba boleh rujuk di sini. Selamat mencuba :).

* Salam Jumaat kepada semua. Perkongsian dari sahabat di FB: Love is simple. The more you give, the more you get back. Just love, don't hold it. Just give and don't expect anything in return. It will come to you back in ways unimaginable to you ♥♥♥ :).

Thursday, February 17, 2011

Model Cilik: Dafi :) | Melaka

lensa nurrkasih:

Dafi
Melaka

lensa kecil: Tak ada model nak shoot, so model cilik pun jadilah :). Ini gambar Dafi semasa kami ke Melaka tempoh hari :). Baju merah menyala lagi. Gambar biasa-biasa sahaja. Bukan contoh gambar yang baik. Saya masih dalam proses nak belajar ambil gambar potret huhu. Apapun cuba jaya kan. Boleh juga baca teknik foto potret di sini.

* Oppss, picture ke-3 tu, sebolehnya kincir angin tu tak bersambung dengan kepala kan. Hehe layan je la. Peace ^_^.

Wednesday, February 16, 2011

Bokeh di siang hari |

lensa nurrkasih:

Bokeh-Bokeh
Somewhere

Bokeh @ Mutiara Damansara

Bokeh @ Air Terjun Madai, Sabah

Bokeh @ Melaka

lensa kecil: Cari-cari gambar dekat folder dan terjumpa gambar-gambar ini :). Ada juga gambar bokeh waktu malam. Insya-Allah di lain entry saya kongsikan ye. Nanti nak try buat bokeh love-love tu. Ada sesiapa yang dah pernah cuba??

* Kata hikmah: Ada waktunya dalam perjalanan kehidupan, kita akan menemui satu dinding yang mungkin memberikan beberapa keadaan, perlu menongkahnya atau berpatah balik ke belakang, atau hanya duduk berdiam diri, menanti masa berlalu, menunggu keajaiban berlaku dalam kehidupan.

Bagi mereka yang berhati besar dalam melihat kehidupan, pasti berusaha untuk menongkahnya. Dia tidak akan pernah berhenti sebelum dia memang benar-benar tidak berupaya meneruskannya. Ya harungi sahaja laluan itu, berlarilah sekuat mungkin, lepasi sempadan yang ada, dan lihat sejauh mana kamu boleh pergi. Chaiyo :).

Tuesday, February 15, 2011

Karnival WOW 2011 lagi | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Karnival WOW
Putrajaya

lensa kecil: Lagi gambar di sekitar Karnival WOW Putrajaya.

* Salam Maulidur Rasul kepada semua. Selawat dan salam buat Nabi junjungan, kerabat serta sahabat baginda s.a.w. Dialah pemimpin dan ikutan teladan untuk kita semua. Moga kita diberi syafaatnya dan dihimpunkan bersamanya kelak. Ameen.


SALAM MAULIDUR RASUL
1432H.

Monday, February 14, 2011

Karnival WOW 2011 | Putrajaya

lensa nurrkasih:

Karnival WOW
Putrajaya

lensa kecil: Semalam sempat pergi ke Karnival WOW Putrajaya 2011 yang berlangsung 11-13 Februari 2011 bertempat di tapak Pasar Tani Precint 2, Putrajaya. Karnival WOW putrajaya ini merupakan acara tahunan anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Karnival kali ini lebih istimewa kerana ianya juga bersempena sambutan 10 tahun Putrajaya di isytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Banyak acara-acara menarik yang diadakan.

* Tapi tak banyak ambil gambar, bateri habis :(.

Monday, February 07, 2011

Kg. Tampi - Tampi, Semporna | A small home

lensa nurrkasih:

Kg. Tampi-Tampi
Semporna

Walaupun kecil di matamu, namun besar di hatiku =).

Thursday, February 03, 2011

Enough for me | Kunak, Sabah

lensa nurrkasih:

Favorite Place
Kunak

Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tak daya ku harap rebut cinta-Mu
Meski begitu hina ku bersimpuh.
(Cukup Bagiku - Opick)

lensa kecil: Happy Chinese New Year and have a nice holiday.

HAPPY CHINESE NEW YEAR
2011.

Wednesday, February 02, 2011

Kelas Basic | Rahsia Wedding Photography II

lensa nurrkasih:

Kompleks Rakan Muda
Puchong

Model - Fifi :)

lensa kecil: Inilah gambar semasa kelas Rahsia Wedding Photography minggu lepas. Banyak ilmu dan tips yang dikongsikan. Malah cara-cara editing menggunakan PS dan LR pun Cikgu AF ada tunjukkan. Mereka yang ada asas PS dan LR memang mudah nak scan, tapi saya yang masih merangkak ni, tengok je la hehe.

Penerangan daripada Cikgu Ahmad Fairus

Hasil-hasil kerja AF. Sebelum dan selepas proses editing.
Setiap satu segmen perlu ada Masterpiece :).

Antara rakan-rakan yang hadir.

Nikon D3. Saya ada juga cuba angkat..huhu berat.

Model pada hari itu iaitu Fifi.


Rakan: "Apasal tiba-tiba semua menjadi buas ni? Time kelas tadi slow je.." Hehehe.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Apapun sangat enjoy dengan kelas ini. Dari segi fasiliti dan makanan pun bagus. Akan diadakan juga kelas editing dan costing, soon.

Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini, dapatlah beri sedikit keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan dengan jayanya. Insya-Allah, peace ^_^.