Thursday, March 24, 2011

Borders, Mutiara Damansara | Duduk di situ seketika

lensa nurrkasih:

Borders
Damansara

lensa kecil: Minggu ini, boleh dikatakan pagi atau petang akan hujan. Sejuk dan nyaman. Mood nak pergi kerja pun 'nyaman' je :D. Petang itu hujan turun lagi dengan lebat. Saya berkira-kira tidak ingin terus pulang ke rumah. Rasanya ingin duduk-duduk di suatu tempat dikelilingi dengan banyak buku. Ingin 'rasa' perasaan seperti sedang duduk di library uni bila hujan turun :).

Akhirnya, mengajak rakan sekerja dan mengambil keputusan untuk singgah di gedung buku itu. Duduk di satu sudut sambil membelek buku dan pastinya majalah-majalah photography. Sambil berangan-angan: "Nanti nak ambil pic macam ni la." "Nak cuba juga yang macam ni." "Buat macam ini pun cute juga." Haha semua nak buat. Dan tak sedar petang kian berlabuh pergi. Oh, perlu pulang dengan segera walau hujan masih belum berhenti :).

* 'Rasa' itu tidak pernah luput walaupun masa sangat pantas berlalu. Menghargainya akan membuatkan kita mensyukuri setiap apa yang ada pada kita hari ini ^_^.

20 nurr click(s):

adrenalina said...

wah photo nur kali ni nampak lebih fresh... dan berilmiah hehehe. suka semua gambar!!! suka2000x =)

lepak kat gedung buku ni mmg boleh menghilangkan stress...

Firdaus said...

gambar2 dri lensa anda sgt cantik..keep it up!

white rose said...

ya...teruskan usaha mu nur...
jadikannya 1 medan perjuangan seterusnya...
moga dipermudahkan...

Nurr Kasih said...

~ adrenalina: thanks adrenalina :). btl dpt lepak lama2 kat gedung buku mmg mengasyikkan. mcm nak bca semua buku hehe. cpt je masa berlalu...

Nurr Kasih said...

~ Firdaus: thanks Firdaus :)

Nurr Kasih said...

~ wr: thanks atas doanya..InshaAllah moga dipermudahkan :D

risanur said...

mmg rindu saat-saat membaca...

Mamachia said...

cantik pula buku2 tu...bha penuh sdh ilmu fotografi..sis anti ajar akak iya..:-)

Nurr Kasih said...

~ risanur: a'ah mmg rindu..dulu suka duduk lepak kat library hehe

Nurr Kasih said...

~ Mamachia: mana ada kak..baru jgk ni merangkak2. byk berangan2 ja hehe. sya yg kena belajar dgn kakak ni..nti blk sabah kita date ah. InshaAllah share2 tu bole ~_^

Faaein Himura said...

suka pic nurr.. (^^,) suka juga pi kedai buku n library.. bila dah masuk.. rasa macam tak nak keluar je... hehehe...

Nurr Kasih said...

~ Faaein Himura: thanks faaein :D..btl bila masuk library atau kedai buku..mcm xnak keluar je..mcm nak bc semua buku hehe..

Sasa Al-Sharif said...

wow, aku suka idea photo2 ni. horizon yg sgt teliti. aku selalu tersenget. hehe

Faaein Himura said...

hehehe.. betul kan.. tetiba aje rasa rindu nak p library sok.. (^^,)

Nurr Kasih said...

~ Sasa: thanks Sasa. horizon senget2 sikit xpe kot, dimaafkan hehe.

Nurr Kasih said...

~ Faaein Himura: hehe..pi bertapa kat library. jgn tido kat library sudah la..maklumlah sejuk sgt kat dlm tu ^_~.

afzan said...

aku semakin jeles tengok tona nurr sekarang. masih tercari2 nak dapat tona warna macam ni. ahai~~

Nurr Kasih said...

~ afzan: adehh..ini tone enth apa2 je..main ikut suka hati huhu..

Cinoi said...

Cantik2 la pic di library ni.
BOleh bawa masuk camera juga rupanya

Nurr Kasih said...

~ Cinoi: thanks cinoi..ni pic kat kedai buku..xboleh bw camera kat library ke?? huhu. ni nurr ltk camera kat dlm beg..